Bunyi hon kenderaan yang begitu kuat menyentak tubuh Ezzaq, secara tidak langsung, ia membawa Ezzaq ke dunia nyata semula.
"Astaghfirullah al azim..." Ezzaq raup wajah. Bagaimana dia boleh terleka saat lakukan tugasan penting begini?
Bunyi enjin kereta serta enjin motosikal saling berlaga, menyucuk gegendang telinga Ezzaq. Jika Ezzaq terus mengelamun tadi, pasti Ezzaq akan dimarahi rakan kerja sendiri.
"Ezzaq, tolong tengok, apa yang tak kena dekat jalan raya sebelah. Bunyi hon tu datang daripada kereta viva yang tengah berhenti di bahu jalan." Rayyan tegur rakan sekerjanya dengan baik.
Ezzaq mengangguk. Jejaka ini lihat dahulu sekitarnya. Ezzaq sekarang sedang berada di jalan raya, tempat utama kereta sering lalu lalang. Mereka perlu lakukan roadblock, disebabkan itu, Ezzaq berada di sini. Setelah sekian lama tidak turun lakukan kerja begini, akhirnya Ezzaq turun menunjuk muka kerana roadblock mereka hari ini, ada kena mengena dengan unit Ezzaq.
"Aku mahu lihat apa yang jadi di jalan raya bertentangan. Kau orang sambung kerja," arah Ezzaq pada anggota polis berdekatannya.
"Baik, Tuan!"
Pantas Ezzaq lintas jalan raya, mahu ke sebelah. Lihat saja nombor plat kereta, Ezzaq langsung lepaskan nafas berat. Raut wajah cuba di neutralkan.
Alayya turunkan tingkap kereta sebaik dengar ketukan pada cermin tingkap. Tidak sedikit pun Alayya lihat pegawai polis yang menegurnya kerana Alayya tahu, itu adalah Ezzaq Qayyum.
"Kenapa, Dafeena? Lama kau hon kereta tadi. Apa lagi yang sakitkan hati kau sekarang?" soal Ezzaq begitu lembut.
"Kereta depan aku nak masuk lorong aku tapi tak beri signal. Dia langgar sikit bahagian hadapan kereta aku ni lepastu terus bla!" geram benar Alayya saat bercerita.
Ezzaq berjalan, lihat kereta viva kesayangan Alayya ini. Terdapat kesan calar kecil di bawah lampu hadapan, sikit saja tapi amarah Alayya seolah lampu hadapan pecah.
Ezzaq kembali ke tingkap kereta.
"Aku akan bayar kos baiki calar tu, yang lain semua nampak okay, takda yang kemek, takda yang pecah. Tenangkan diri kau sebelum mula memandu." Sempat Ezzaq selitkan pesanan.
Alayya tarik nafas dalam sebelum dihembus perlahan-lahan. Wanita yang sudah berusia 29 tahun ini lakukan teknik tarikan nafas ini berkali-kali sebelum balas tatapan mata Ezzaq.
"Terima kasih," ucap Alayya perlahan.
"Ada ambil ubat tak harini?" tanya Ezzaq.
Agak lambat Alayya menggeleng kepala. Ezzaq tahan diri dari hela segala keluhan. Lelaki ini raba poket seluar uniform yang di pakai sebelum keluarkan satu ziplock bag kecil.
Alayya yang nampak tindakan Ezzaq melalui ekor mata langsung menadah tangan. Dua pil ubat dalam beg ziplock itu, Ezzaq letak di atas telapak tangan si rakan. Tanpa perlu sebarang air, Alayya telan kedua-dua biji ubat tersebut.
YOU ARE READING
[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAI
AcciónEzzaq Qayyum, Fayyad Hazim serta Alayya Dafeena merupakan sahabat baik di pusat jagaan anak yatim. Hubungan persahabatan yang terjalin sejak kecil membawa ketiga mereka layari kehidupan dewasa bersama, berjaya raih pekerjaan yang hebat pada mata mas...