Jari Alayya Dafeena bergerak dengan perlahan. Wanita ini mula sedarkan diri tetapi otot badannya masih keras, membuatkan Alayya kesusahan mahu gerakkan mana-mana anggota badan.
"Putri baru sampai ni. Qalisa ada dengan Putri sekali, dia tengah tidur. Biy kerja elok-elok, jangan melilau tengok perempuan lain"
Suara Putri jelas kedengaran pada telinga Alayya. Alayya buat keputusan untuk bernafas dengan agak kuat, mahu dapatkan perhatian Putri.
Lambat-lambat, Alayya dapat buka kelopak mata. Ruang bilik ini malap, tidak begitu menyucuk bola mata Alayya.
"P-put..." Alayya cuba memanggil.
"Layya?" Putri letak telefon di dalam beg silangnya.
Sebaik nampak Alayya sudah sedar, Putri lantas menekan butang merah di atas katil Alayya, mahu panggil doktor.
"Alayya? Layya dengar Putri tak?" Putri sisir anak rambut Alayya.
Alayya mengangguk semampunya. Tersenyum Putri lihat riaksi daripada Alayya.
Putri menapak sedikit ke belakang, ingin beri doktor periksa tubuh Alayya terlebih dahulu. Putri di minta untuk tunggu di luar memandangkan doktor mahu lakukan beberapa ujian untuk periksa kemampuan otak Alayya berfungsi sekarang.
Putri setia menanti di luar sambil pangku anaknya yang masih lena. Dalam hati, wanita ini tidak berhenti berdoa, semoga Alayya baik-baik sahaja.
"Puan, waris pada Puan Alayya ke?" doktor yang baru keluar daripada wad Alayya lantas hampiri Putri.
Putri langsung berdiri.
"Er tak, saya kawan baik pesakit. Alayya, dia tak ada keluarga. Maksud saya, dia ada suami cuma suami dia jauh, bekerja." Sering kali Putri gagap saat di tanya soala begini oleh orang luar.
"Oh ya ke...nak contact suaminya pun memang tak boleh ya?"
Putri menggeleng kepala. Kalau boleh hubungi, sudah lama Rayyan tolong beritahu Ezzaq akan keadaan Alayya sekarang. Dapat juga Ezzaq tu bercakap dengan Alayya di dalam telefon, takdalah Alayya sugul sahaja.
Doktor tersebut akur. Takpalah, segala maklumat selepas ini, doktor itu akan sampaikan pada Putri sahaja. Doktor bukannya ada hak yang besar ke atas pesakit. Sudah kalau Putri kata warisnya tiada, doktor boleh buat apa?
Sebaik terima berita terkini daripada doktor, Putri masuk semula ke dalam ruang wad. Alayya sudah duduk bersandar pada kepala katil. Jururawat masih buat kerjanya, menukar jarum branula baharu ke telapak tangan Alayya.
Sebaik selesai, jururawat itu lantas keluar. Meninggalkan Alayya bersama Putri di dalam ruang wad peribadi ini.
"Layya okay? Feeling better?" Putri terus bertanya, dia mahu tahu sangat apa yang Alayya rasa tika ini.
YOU ARE READING
[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAI
ActionEzzaq Qayyum, Fayyad Hazim serta Alayya Dafeena merupakan sahabat baik di pusat jagaan anak yatim. Hubungan persahabatan yang terjalin sejak kecil membawa ketiga mereka layari kehidupan dewasa bersama, berjaya raih pekerjaan yang hebat pada mata mas...