Alayya Dafeena duduk di sebuah meja dalam bilik tidurnya. Sejak Alayya kerap pulang ke sini, Puan Maidah beri satu bilik khas buat Alayya di sini. Bila-bila masa Alayya ingin pulang, Alayya boleh ke sini dan rehat sepuasnya.
Puan Maidah tahu, terkadang anak muda hanya ingin lari dari siksa bandar untuk rehatkan minda dan inilah tempat kesukaan Alayya saat mahu keluar sebentar daripada kesibukan bandar.
Sejak di lamar oleh Ezzaq semalam, Alayya kekal di dalam bilik. Alayya langsung tidak keluar makan mahupun berjumpa Puan Maidah. Puan Maidah juga buat keputusan untuk tidak ganggu Alayya.
Keluhan demi keluhan terbit daripada bibir Alayya. Tak ada sesaat pun rasa tenang buat Alayya sekarang. Gadis ini sibuk memikirkan jawapan pada lamaran Ezzaq. Walaupun Ezzaq beri satu minggu masa buat Alayya, Alayya tetap rasa masa itu tidak cukup.
"Layya..." seruan daripada luar bilik yang begitu halus menyentak tubuh Alayya.
Kelam kabut gadis ini simpan kotak cincin di dalam beg baju. Lalu punggung di angkat untuk buka pintu biliknya.
"Umi." Alayya tersenyum saat lihat wajah tua Puan Maidah di muka pintu.
"Hai kak Layya." Anak kecil yang turut berada dengan Puan Maidah sama-sama menegur Alayya bersama lambaian.
"Hello...awalnya awak bangun." Alayya cubit pipi kanak-kanak yang baru berusia 6 tahun ini.
Kanak-kanak itu tertawa suka, rasa disayangi saat ada yang menyentuhnya.
"Layya tak mahu sarapan? Daripada tengah hari semalam Layya tak makan. Apa pun masalah yang Layya hadapi, makan itu tetap perlu. Jangan siksa diri. Allah murka," pesan Puan Maidah.
"Ya, umi. Layya baru nak keluar makan. Umi dah sarapan? Nak sarapan dengan Layya sekali?" Alayya terus menapak keluar, pintu bilik di tutup sebelum di kunci dari luar. Kunci tersebut di simpan elok dalam poket seluar yang berzip.
"Umi dah makan, mahu bawa si kecil ni mandi. Daripada bangun tadi, dia langsung tak mandi. Sibuk dengan lapar yang tak sudah. Itu yang umi bawa dia makan dulu. Layya pergilah ke kantin dulu, nanti umi menyusul"
Alayya kecilkan mata, lihat kanak-kanak yang berjalan sambil pimpin tangan dengan Puan Maidah. Nak hairan apa kalau kanak-kanak minta makanan? Saat mereka membesar memang merupakan saat mereka suka meminta makanan.
"Boleh umi." Alayya menjawab. Sesaat kemudian, Alayya ambil jalan yang berbeza dengan Puan Maidah untuk ke kantin.
Sebetulnya, Alayya tak ada selera untuk jamah apa-apa makanan walaupun perut sudah berkeroncong hebat. Tapi Alayya takkan siksa diri. Segala nasihat Puan Maidah itu akan Alayya semat dalam kepala. Takkan sesekali, Alayya mengabaikan.
Masuk saja dalam kantin, wajah pertama yang menyambut Alayya adalah Ezzaq Qayyum. Alayya dapat lihat Ezzaq duduk di sebuah meja bersama beberapa orang kanak-kanak dalam lingkungan 3 hingga 4 tahun. Begitu fokus Ezzaq supakan ketiga mereka roti canai kosong.
YOU ARE READING
[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAI
ActionEzzaq Qayyum, Fayyad Hazim serta Alayya Dafeena merupakan sahabat baik di pusat jagaan anak yatim. Hubungan persahabatan yang terjalin sejak kecil membawa ketiga mereka layari kehidupan dewasa bersama, berjaya raih pekerjaan yang hebat pada mata mas...