Alayya Dafeena tekan loceng rumah Putri. Gadis ini kibas sedikit pakaian yang dikenakan agar lebih kemas dan terletak cantik.
Tidak perlu tunggu lama, pintu rumah Putri terkuak daripada dalam. Alayya sudah senyum sehingga ke telinga, tidak sabar ingin sambut wajah yang begitu manis.
"Aaaaa!" jeritan nyaring Qalisa menyucuk lubang telinga Alayya.
Alayya sudah biasa di sambut begini oleh Qalisa. Setiap kali Qalisa berjumpa dengan Alayya, pasti si kecil ini akan menjerit suka, teruja apabila lihat wajah Alayya.
"Qalisa mahu pergi ke aunty Layya?" pembantu rumah peribadi yang di upah oleh Rayyan ini berbicara dengan Qalisa.
Qalisa keluarkan kedua belah tangan, ingin di dukung oleh Alayya pula.
"Aunty Layya tak boleh dukung Qalisa. Qalisa perlu jalan." Pembantu rumah bernama Aini ini letakkan Qalisa di bawah, mahu si kecil ini berjalan sahaja.
Qalisa berjalan terus peluk kaki Alayya. Alayya tertawa kecil.
"Ini begnya, Puan." Aini hulurkan beg kecil pada Alayya, penuh dengan barangan Qalisa yang pastinya.
"Putri dan Rayyan sudah keluar ya?" Alayya bertanya untuk kepastian.
"Ya, baru saja 15 minit lalu"
Alayya mengangguk. Bukan main ya dua orang tu. Bila Alayya kata mahu luang masa dengan Qalisa berdua, pasangan itu langsung buat perancangan untuk keluar berjanji temu.
"Saya gerak dulu." Alayya capai tangan kecil Qalisa, tidak mahu Qalisa terus berlari tak tentu arah.
"Baik-baik Puan"
Qalisa tarik tangan Alayya agak kuat, terpaksalah Alayya ikut rentak berjalan si kecil ini.
"Kita nak pergi mana ya, Qalisa? Aunty macam nak berjalan di taman je la, tak mahu duduk dalam mall saja." Alayya tekan butang lif ke bawah memandangkan rumah Rayyan ini merupakan rumah apartment.
"Ayim!" Qalisa menjerit.
"Ayim? Azim? Azim mana pula awak sebut ni?" Alayya kerut seribu.
Qalisa senyum sehingga menampakkan beberapa gigi yang sudah tumbuh.
"Ayim...ayim..." puas Alayya berfikir. Apa kena mengena ayim dengan persoalan Alayya tadi?
"Aunty tak fahamlah, Qalisa," ujar Alayya.
"Ayim! Ayim!" Qalisa ulang perkataan yang sama berkali-kali sehinggalah Alayya terfikir akan sesuatu.
"Oh aiskrim? Qalisa nak aiskrim?" Alayya lihat Qalisa di bawah.
Qalisa anggukkan kepalanya, faham dengan persoalan Alayya. Bijak betul Qalisa ni, memang warisi mak dan ayahnya.
"Okay, boleh. Tekak aunty pun teringin nak makan aiskrim." Alayya berjalan sambil berpimpin tangan dengan Qalisa.
YOU ARE READING
[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAI
ActionEzzaq Qayyum, Fayyad Hazim serta Alayya Dafeena merupakan sahabat baik di pusat jagaan anak yatim. Hubungan persahabatan yang terjalin sejak kecil membawa ketiga mereka layari kehidupan dewasa bersama, berjaya raih pekerjaan yang hebat pada mata mas...