71

7.1K 325 3
                                    

Alayya tuangkan air bacaan yang di beri oleh rakan Rayyan semalam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Alayya tuangkan air bacaan yang di beri oleh rakan Rayyan semalam. Rayyan benar-benar kotakan janji. Saat Rayyan kata dia ingin bawa Alayya dengan pantas, lelaki itu langsung bawa rakannya ke rumah Alayya sehari sebelum Alayya mulakan kerja.

Sejak Alayya masuk semula ke tempat kerja, Alayya dapat rasa suasana hatinya berubah lebih tenang. Dia tidak begitu memikirkan tentang Ezzaq setiap masa. Ada waktu, perasaan rindu itu datang terus menyerang jiwa tetapi Alayya cuba untuk tidak layan.

Alayya teguk air bacaan itu bersama selawat dalam hati. Dalam fikiran wanita ini tidak henti melayangkan kata-kata daripada sahabat Rayyan itu.

"Boleh jadi, mimpi tanpa sedar itu merupakan sebuah petanda. Pada saya, apa yang dia cakapkan itu benar. Jangan berhenti berharap agar Ezzaq kembali. Kadang, kerana kita sering menyebut nama Ezzaq, memohon agar dia kembali, membuatkan makhluk-makhluk itu melepaskan Ezzaq pada akhirnya"

"Kita tidak nampak mereka tetapi mereka nampak kita. Kita tak nampak dunia mereka tapi mereka nampak dunia kita. Mereka juga ada kuasa yang kita tak ada. Jangan berhenti berdoa dan meminta. Alayya dan Ezzaq sama-sama sedang berjuang untuk saling bertemu semula jadi jangan putus asa. Saat salah seorang menyerah, korang mungkin takkan dapat berjumpa lagi"

Alayya basuh cawan yang dia gunakan, lalu botol berisi air bacaan itu di simpan dengan baik. Gadis ini baru ingin masuk tidur tetapi ketukan pada pintu rumahnya menghalang Alayya daripada menuju ke bilik.

"Ratna?" Alayya berkerut kening, terkejut lihat Ratna muncul di rumah Alayya pada pukul 10 malam begini.

"Alayya, I'm sorry but I have to. Berita ni penting untuk you tahu." Ratna langsung tak minta izin untuk masuk ke dalam kerana itu bukanlah niat Ratna.

"Ratna...awak baru balik daripada pejabat ke?" tanya Alayya. Pelik apabila lihat Ratna masih berpakaian pejabat.

"Itu benda biasa untuk kami, kerja sehingga lewat malam. Tapi itu bukan benda penting yang I nak you tahu. Sekarang ni, ada satu pihak tengah cuba untuk rampas duit pampasan you." Ratna segera memberitahu.

Alayya terdiam, kepala sibuk memikir gerangan yang berkemungkinan lakukan perkara itu.

"Alayya, you dengar tak?" soal Ratna.

"Misha dan bapa dia, Manaf. Diaorang yang cuba untuk ambil, betul?" Alayya lihat wajah Ratna semula.

"Yes. Mereka kata mereka ahli keluarga Ezzaq"

"It is, mereka ahli keluarga Ezzaq. Jadi biarkan mereka ambil jika mereka mahu." Alayya tampak tidak peduli.

"Alayya?!" nada Ratna naik seoktaf.

"Manaf tu ada kuasa, dia memang betul-betul boleh ambil kalau ada yang menolong dia." Ratna memberitahu dengan serius.

"Percayalah...tiada orang dalam PDRM yang akan lepaskan duit itu pada mereka. Awak tak perlu risau, Ratna. Andai mereka nak ambil sekalipun, biarlah, biar duit haram itu mengalir dalam tubuh mereka"

[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAIWhere stories live. Discover now