Alayya Dafeena berlari ke bilik air sebaik rasa tekaknya ingin muntahkan isi perut. Berminit lama gadis ini berada dalam bilik air, melayan rasa yang sering menyerang kerongkong.
Sejak semalam, Alayya mula berasa mual yang begitu teruk. Kepala Alayya berpusing seolah tidak makan selama berhari-hari. Tubuhnya juga terasa longlai, tidak bermaya.
Mungkin fasa mual buat Alayya sudah bermula. Sebelum ini, walaupun Alayya tak begitu bersemangat, Alayya masih dapat kawal mualnya. Tapi tidak lagi sekarang.
Alayya kumur-kumur berulang kali sebelum basuh mulut serta tangannya. Gadis ini menapak keluar daripada bilik air, lantas labuh duduk di atas katil.
Alayya pegang perut yang masih belum berbonjol. Di usap perutnya secara perlahan sebelum bersandar pada kepala katil.
"Awak kenapa sayang...ibu penat ulang alik bilik air..." Alayya bercakap dengan sang anak.
"Awak jangan buat ibu macam ni... ibu tak boleh kerja sayang kalau awak terus macam ni..." Alayya tahan sesak di dada.
Alayya bukan tak mahu guna kad bank Ezzaq tetapi duit dalam bank lelaki itu Alayya mahu simpan untuk waktu kecemasan. Barang-barang bayi juga bukannya murah-murah. Alayya tak boleh sewenangnya guna duit yang Ezzaq tinggalkan.
Jika Alayya tidak terima gaji, sukar untuk Alayya hidup. Sukar juga untuk dia besarkan anak ini seorang diri. Semakin lama, Alayya terasa hidupnya semakin susah.
Tubuh sendiri tak mahu beri kerjasama. Hati pula langsung tidak kuat untuk tempuh hari-hari tanpa Ezzaq. Alayya mahu didakap oleh suaminya, Alayya mahu kepala diurut oleh Ezzaq. Alayya mahu dekat dengan Ezzaq pada waktu-waktu begini.
Alayya tekup wajah. Air matanya deras mengalir keluar. Lama kelamaaan, esakan Alayya semakin kuat.
"Layya tak kuatlah, abang..." luah Alayya.
"Allahuakhbar..." Alayya menangis semahunya. Histeris wanita ini dibuatnya.
Alayya letih, Alayya benar-benar keletihan. Ujian Alayya begitu hebat sekarang. Alayya tiada tempat mengadu, juga tiada tempat untuk bersandar tubuh. Kenapa hidup Alayya begitu siksa? Hatinya sakit.
"Assalamualaikum. Alayya!" suara Putri kedengaran.
Alayya bersandar sebentar. Air matanya langsung tidak di seka. Bibir bawah di gigit dengan begitu kuat.
"Alayya," seruan Putri kedengaran lagi.
Alayya tarik nafas dalam. Kaki diturunkan daripada katil, menapak sedikit demi sedikit sehingga tiba di pintu rumah.
Alayya sarungkan dahulu tudung yang sempat di capai sebelum buka pintu rumah.
Wajah Rayyan serta Putri memenuhi pandangan mata. Rayyan terkesima, begitu juga dengan Putri. Terkejut mereka berdua saat lihat wajah lencun Alayya, bersama mata gadis itu yang berona merah.
YOU ARE READING
[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAI
ActionEzzaq Qayyum, Fayyad Hazim serta Alayya Dafeena merupakan sahabat baik di pusat jagaan anak yatim. Hubungan persahabatan yang terjalin sejak kecil membawa ketiga mereka layari kehidupan dewasa bersama, berjaya raih pekerjaan yang hebat pada mata mas...