22

8.1K 350 8
                                    

Ezzaq Qayyum buka pintu bahagian penumpang daripada luar, kononnya mahu bertingkah manis dengan sang isteri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Ezzaq Qayyum buka pintu bahagian penumpang daripada luar, kononnya mahu bertingkah manis dengan sang isteri. Alayya tidak keluar bukan kerana menunggu di layan seperti puteri raja, cuma Alayya sedang fokus melirik kawasan rumah teres ini. Daripada luaran, memang tampak seperti taman perumahan yang baru.

"Sayang, tak nak keluar ke?" Ezzaq menegur Alayya, sekali gus menyentakkan gadis ini.

Apabila sedar, Alayya terus perasan yang Ezzaq sudah pun buka pintu buat Alayya. Tak tunggu lama, gadis ini menapak keluar.

"Selamat pulang." Itulah kata ucapan Ezzaq sebagai tanda menyambut gadis ini ke rumahnya.

Alayya lihat rumah satu tingkat di hadapannya. Kawasan parkir agak luas, terdapat juga kawasan riadah di bahagian kanan rumah. Sekali imbas, rumah begini memang sesuai diduduki oleh keluarga kecil.

"Waktu mereka baru buka penjualan untuk rumah ni, mereka tawarkan pada anggota dan pegawai polis dahulu. Ezzaq rasa mungkin kebanyakan penduduk di sini merupakan polis juga." Ezzaq tutup pintu kereta sebelum dekati pintu rumah.

"Ini rumah sayang. Selesakan diri, buatlah apa yang sayang mahu, hiaslah seperti mana yang sayang nak sebab kita mungkin akan duduk di sini dalam jangka masa yang lama." Ezzaq buka pintu rumah, memperlihatkan ruang dalamnya pada Alayya.

Alayya menjenguk daripada luar sebelum cari wajah Ezzaq semula.

"Mungkin duduk di sini dalam jangka masa yang lama? Ezzaq ada rancang nak pindah rumah ke?" tanya Alayya. Pada Alayya rumah ini lebih daripada cukup untuk dijadikan tempat berteduh sepanjang hayat. Lagipun, rumah ini sudah di beli, bukannya sewa lagi.

"Tak tapi kita tak tahu apa akan jadi pada masa akan datang. Mungkin Ezzaq ditukarkan tempat kerja, mungkin juga sayang ditukarkan tempat kerja. Harapnya tidak. Tapi jika berlaku, kita terpaksa tinggalkan rumah ni," jawab Ezzaq.

Alayya mengangguk, faham. Kalau ikutkan hati, Alayya pun tak mahu tukar tempat kerja. Sejak Alayya dipindahkan ke pejabat SPRM di Putrajaya, Alayya rasa hidupnya tenang dan senang. Putrajaya ini jarang sekali jem dengan teruk. Pada malam hari dan hujung minggu, pasti Putrajaya ini sunyi, seolah tempat yang seronok untuk berehat.

"Masuklah." Ezzaq mempelawa.

Alayya masuk ke dalam rumah bersama ucapan salam. Ezzaq bertindak untuk ambil beg Alayya terlebih dahulu di dalam kereta sebelum masuk ke dalam rumah.

Luas rumahnya. Terdapat tiga bilik, seperti rumah biasa yang banyak didiami oleh anak-anak muda zaman sekarang. Dapat rumah tiga bilik saja sudah memadai.

"Ezzaq." Alayya seru nama sang suami.

"Ya?" Ezzaq kunci dahulu pintu rumah sebelum buka lampu ruang tamu.

"Ezzaq suruh Layya hias rumah tapi rumah ni dah lengkap berperabot. Lepastu, Ezzaq kata rumah Ezzaq tak ada TV, ini apa?" jari Alayya menuding pada alat peranti leper yang berada di atas kabinet televisyen.

[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAIWhere stories live. Discover now