Ketukan pada pintu bilik Misha mengisi seluruh ruangan. Sakit pula hati Encik Manaf saat Misha langsung tidak menyahut segala seruan Manaf serta Munirah.
"Noor Misha! Bapa kata buka pintu ni sekarang sebelum bapa robohkan pintu kau ni." Encik Manaf sudah hilang sabar. Misha ini benar-benar cari masalah.
"Hish!" suara Misha mendengus jelas menusuk gegendang telinga Encik Manaf.
Encik Manaf cekak pinggang, menanti anak perempuannya ini buka pintu bilik. Mujur si Misha dengar kata, kalau tidak, Encik Manaf tidak teragak-agak mahu rosakkan tombol pintu.
Misha buka pintu bilik seluas alam, lalu terus kembali untuk duduk di katil, bersandar pada kepala katil.
"Harini hari Jumaat, kau kenapa tak pergi kerja? Kau ingat ni zaman belajar? Sesuka hati mak bapa kau nak pergi atau tak mahu?" Encik Manaf langsung memarah.
"Orang dah ambil cuti kan. Bapa nak risau pasal kerja orang kenapa? Macamlah orang boleh kena buang..." Misha membalas tanpa sedikit pun lihat wajah Encik Manaf.
"Memang aku kena sibuk sebab aku yang dapatkan kau tempat di IPD Putrajaya tu. Kau jangan buat malu mula aku, boleh tak Misha? Kau nak jadi polis, aku tolong. Kau nak duduk IPD Putrajaya, aku tolong. Bila dah dapat, sesuka hati kau je nak ambil cuti tanpa sebab. Esok kalau ada benda emergency, cuti tahunan kau dah habis, padan muka. Baru rasa langit tinggi ke rendah"
Encik Manaf pula yang sakit hati, rasa ruginya cuti tahunan Misha digunakan begitu sahaja. Padahal anak perempuannya langsung tak buat apa-apa daripada hari Isnin. Lima hari ambil cuti untuk berbaring di rumah? Gila!
"Cuti je la. Peduli apa cuti tahunan habis sekalipun," kata Misha tanpa serba salah.
"Kalau kau kena tindakan tatatertib, bapa tak mahu tolong. Pandai-pandailah kau hidup!" Encik Manaf mengugut.
"Okay. Diaorang takkan boleh buat Misha pun, paling hebat diaorang boleh buat adalah tukar tempat Misha kerja. Baguslah, Misha pun dah menyampah nak duduk kat Putrajaya tu lama-lama. Nak balik semula ke Bukit Aman!" gertak Misha. Nampak seperti gadis ini tidak main-main.
"Dulu masa kau elok dapat Bukit Aman, kau tak nak pergi. Bangunan buruklah, apalah. Sekarang, tiba-tiba nak ke Bukit Aman pula? Kau ingat kalau kau kena tindakan tatatertib, diaorang nak hantar kau ke tempat yang best? Silap-silap kau kena masuk ke ceruk Felda." Sengaja Encik Manaf menakut-nakutkan gadis ini.
"BAPA BOLEH DIAM TAK? SERABUTLAH KEPALA MISHA!" tajam pandangan Misha pada Encik Manaf. Entah-entah, jerkahan Misha sebentar tadi boleh didengari sehingga ke rumah jiran.
Encik Manaf geleng kepala.
"Kalau kau malukan aku sebagai pencen Ketua Polis Daerah, kau memang nak kena. Aku tak teragak-agak nak halau kau keluar rumah." Encik Manaf tekad, dia tak mahu tolong anak tunggalnya lagi, sikit pun tak mahu! Cukuplah dengan segala suasapan yang Encik Manaf sudah beri. Tiba masa untuk Misha berusaha sendiri.
YOU ARE READING
[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAI
ActionEzzaq Qayyum, Fayyad Hazim serta Alayya Dafeena merupakan sahabat baik di pusat jagaan anak yatim. Hubungan persahabatan yang terjalin sejak kecil membawa ketiga mereka layari kehidupan dewasa bersama, berjaya raih pekerjaan yang hebat pada mata mas...