26

8.2K 352 1
                                    

Sejak Ezzaq mula memandu, Alayya hanya buang pandangan ke luar tingkap

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sejak Ezzaq mula memandu, Alayya hanya buang pandangan ke luar tingkap. Terkadang, mata wanita ini tidak berkelip termenung. Namun saat Alayya sedar, Alayya akan lihat Ezzaq di sebelah, memastikan yang kehidupannya sekarang adalah sebagai seorang isteri.

Ya, masih sukar untuk Alayya terima kehidupan baru ini. Baru masuk hari ketiga. Jadi...ianya benda biasa, bukan? Terutama sekali saat Alayya menikah dengan lelaki yang tidak pernah terfikir dek minda.

Kali ini, pemanduan mereka agak lama. Entah ke mana Ezzaq mahu bawa Alayya tetapi daripada permintaan Ezzaq pagi tadi, Alayya seolah dapat teka, ke mana tujuan mereka pagi ini.

Alayya di minta untuk kenakan jubah yang begitu ringkas coraknya. Tidak ada batu-batuan, bersama tudung yang menutup dada serta bahu. Ezzaq pula kenakan baju melayu hitam beserta seluar slack hitam. Sekali pandang saja sudah buat Alayya faham.

Selepas 30 minit berada dalam kereta, pacuan empat roda ini akhirnya berhenti di dalam kotak parkir. Semua sangkaan Alayya adalah benar. Mereka berada di tanah perkuburan sekarang.

"Saya sedang datang bulan, Ezzaq..." Alayya ingatkan Ezzaq akan perkara yang satu itu.

"Tak ada masalah untuk wanita haid ziarah kubur. Sayang masih boleh baca surah-surah yang sayang sering baca setiap hari, salah satunya adalah Al Fatihah. Tidak salah sayang duduk di hadapan kubur dan sedekahkan Al Fatihah sementara tunggu Ezzaq habis baca Yasin." Ezzaq bawa keluar kaca mata hitam untuk di pakai.

Mereka berdua akan berada agak lama di tapak perkuburan ini. Jadi Ezzaq sediakan kaca mata hitam awal-awal untuk halang sinaran matahari yang menyilau pandangan.

Alayya buka tali pinggang keledar, sama-sama melangkah keluar daripada perut kereta.

"Assalamualaikum, ya ahlal kubur..." ucap Ezzaq dalam bisikan seraya berjalan menuju ke kubur Fayyad.

Jika dulu, kubur Fayyad kosong tanpa batu nisan, kini kubur itu dihiasi dengan batu nisan bewarna putih. Ezzaq hanya mampu tempah batu nisan terlebih dahulu buat masa sekarang. Pada kemudian hari, saat duit sudah cukup, Ezzaq akan tempah kepuk buat kubur rakannya.

Alayya berhenti berjalan sebaik Ezzaq hentikan langkah di hadapan sebuah kubur.

Alayya baca nama yang terukir pada batu nisan di hujung kubur tersebut. Nama yang sering menemani Alayya selama ini. Pilu hati Alayya saat baca nama itu di batu nisan. Pertama kali Alayya lihat di hadapan mata, kubur Fayyad Hazim.

"Berdiri di sini sekejap sayang." Ezzaq bawa isterinya ke tepi agar dapat bentang tikar di hadapan kubur Fayyad.

"Duduk." Perlahan-lahan Ezzaq tarik tangan Alayya, bawa gadis ini duduk bersila di tempat yang sudah beralas.

"Sayang baca Al Fatihah sebanyak yang sayang mampu. Sampaikan doa pada dia, itu sebesar-besar perkara yang kita boleh lakukan sekarang. Ezzaq nak baca Yasin. Takkan lama, Ezzaq janji." Ezzaq buka aplikasi Quran dalam telefon. Zaman sekarang, semuanya di hujung jari. Walaupun begitu, apabila melibatkan agama, seeloknya cari aplikasi yang benar tak tidak beri maklumat yang salah.

[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAIWhere stories live. Discover now