65

6.7K 316 1
                                    

Rayyan Hadif turun ke kafeteria IPD, jam rehat sudah pun bermula jadi tidak pelik jika kafeteria ini di banjiri oleh manusia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rayyan Hadif turun ke kafeteria IPD, jam rehat sudah pun bermula jadi tidak pelik jika kafeteria ini di banjiri oleh manusia.

Rayyan berjalan perlahan-lahan, sehinggalah matanya menangkap kelibat DSP Razaq di sebuah meja makan dua kerusi.

Rayyan tidak fikir dua kali, lelaki ini lantas labuh duduk di hadapan DSP Razaq.

"Minum air je Tuan?" tegur Rayyan, cuba bermesra.

"Makin tua ni...makin tak ada rasa nak makan," jawab DSP Razaq dengan baik.

"Kau tak pergi beli makanan?" tanya DSP Razaq pula.

"Perut saya kenyang lagi. Tadi saya sarapan lambat." Refleks, Rayyan pegang perut sendiri.

DSP Razaq hanya mengangguk. Sebenarnya...DSP Razaq yang ajak Rayyan berjumpa hari ini kerana ada benda yang ingin dia beritahu pada Rayyan.

"Kau tahu...PDRM mahu hentikan misi pencarian." DSP Razaq tidak beri mukadimah, langsung ucapkan perkara penting yang ingin diberitahu.

Rayyan bisu buat seketika. Otak lelaki ini cuba untuk proses perkara yang dia baru dengari.

"Persengketaan di perairan semakin teruk membuatkan PDRM terpaksa tarik semula tim-tim pencarian," sambung DSP Razaq.

"Tapi...selepas semuanya selesai, selepas kes perairan kita dan Filipina selesai, mereka akan teruskan pencarian Ezzaq, kan?" Rayyan bertanya, agak cuak.

Baru satu bulan mereka mencari, takkanlah usaha mahu dihentikan begitu sahaja?

"Kemungkinan besar, tidak." Jawapan ringkas DSP Razaq buat Rayyan terkesima.

Rayyan tidak tahu mahu beri riaksi bagaimana. Dalam fikiran lelaki ini cuma terfikirkan Alayya yang masih setia menanti kepulangan Ezzaq.

"Mesyuarat dalam diam diadakan. Aku ada dalam mesyuarat itu. Ramai atasan yang bising minta misi pencarian ini dihentikan demi keselamatan operator gerakan khas yang lain. Jika teruskan juga, kemungkinan kita akan lebih bahayakan rakyat yang duduk di sempadan negara"

"Lagipun...mereka kata, nyawa anggota-anggota yang sertai misi pencarian itu juga penting. Mereka dah berusaha yang terbaik tapi satu jejak pun kita tak jumpa. Jadi kita mungkin dah perlu reda dengan semua ni," cerita DSP Razaq panjang lebar.

"Apa perasaan isteri Ezzaq nanti... Ezzaq tu satu-satunya keluarga yang Alayya ada. Mereka baru kahwin, Tuan. Saya sampai sekarang tak sampai hati nak berhadapan dengan isteri Ezzaq. Rasa sayu sangat hati bila tengok Alayya cuba untuk ukir senyum." Rayyan buntu.

Dia faham mengapa ramai atasan yang minta misi ini dihentikan. Tapi memandangkan keluarga kecil Rayyan rapat dengan Alayya, Rayyan jadi serba salah.

"Aku tahu...mereka cuma ada sesama sendiri. Tapi aku boleh kata apa? Sebab mengapa mereka nak hentikan misi pencarian itu sangat kukuh. Ada banyak benda yang mereka pertimbangkan dalam mesyuarat itu dan aku boleh kata, jika tak tarik tim pencarian pulang ke sini, keadaan akan makin huru hara." DSP Razaq rendahkan suara.

[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAIWhere stories live. Discover now