54

7.1K 321 1
                                    

Inspektor Rayyan Hadif masuk ke dalam sebuah bilik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Inspektor Rayyan Hadif masuk ke dalam sebuah bilik. Bilik ini terlihat seperti pejabat biasa, tidaklah seperti ruang siasatan yang berada di balai polis. Mungkin kerana hari ini Rayyan cuma akan di soal sebagai orang awam dan bukannya sebagai penjenayah.

"Inspektor, silakan duduk." Suara Alayya menyapa gegendang telinga. Serentak itu, wajah tegas wanita ini juga terlihat pada pandangan Rayyan.

Rayyan lakar senyum. Jejaka ini tahu dia akan di soal oleh Alayya jadi hatinya tidaklah begitu gugup. Rayyan labuh duduk di kerusi kosong berhadapan Alayya.

"Tahu kan kenapa saya panggil Inspektor ke sini?" Alayya bawa keluar beberapa helai kertas, lalu diletakkan atas permukaan meja.

Rayyan dapat lihat kertas itu penuh dengan tulisan bercetak. Sudah seperti tesis. Pening Rayyan melihatnya. Mujurlah itu bukan tugasan Rayyan.

"Untuk beri penerangan tentang aduan yang saya dan atasan saya lakukan." Rayyan menjawab pertanyaan Alayya.

Alayya mengangguk. Gadis ini membongkok sedikit, ambil air botol kecil yang pihak SPRM sediakan. Botol itu di letakkan di hadapan Rayyan.

"In case, Inspektor haus waktu saya menyoal nanti," ujar Alayya.

Rayyan tersengih. Macam banyak aje soalan yang Alayya ingin tanya.

"Boleh kita mula?" tanya Alayya.

"Boleh"

"Benda paling utama saya nak tahu, macam mana Inspektor yakin, tiada laporan di buat ke atas Inspektor? Boleh jadi, dalam aduan yang saya terima, ada terselit salah laku atau salah guna kuasa daripada Inspektor juga." Alayya sengaja mahu wujudkan ragu-ragu dalam perbualan mereka.

Inilah taktik yang Alayya gunakan. Jika suatu pihak sudah ragu-ragu dengan rakan kerjanya yang lain, pasti pihak tersebut akan bocorkan semua cerita yang dia tahu tentang rakan kerjanya. Mudah. Tak perlu main tarik tali.

"Kalau ada aduan tentang saya maksudnya saya ada lakukan kesalahan di mana-mana. Tapi saya yakin, saya dah cukup amanah sepanjang 8 tahun saya berada di bawah naungan PDRM, sebab itu saya yakin, nama saya tak ada terselit dalam aduan melainkan ada pihak yang ingin menjatuhkan saya"

"Walaupun begitu, saya tetap takkan melenting. Jika orang kata saya salah, saya akan lihat apa kesalahan yang saya buat. Jika saya tak lakukan kesalahan tu, saya boleh buktikan yang saya tidak lakukan kesalahan tersebut. Setakat ini, saya percaya, saya tak pernah guna kuasa yang saya ada untuk buat perkara yang...tidak semenggah"

Jawapan Rayyan bersama keyakinannya buat Alayya mengangguk tanpa sebarang perasaan. Alayya perlu kawal raut wajah saat sedang lakukan pertanyaan begini, jika tidak, Alayya seolah letak diri sendiri dalam masalah.

"Tentang rasuah yang dilakukan oleh ASP Jamal. Macam mana Inspektor boleh tahu ya? Bila Inspektor mengesyaki ASP Jamal ambil rasuah?" Alayya ambil satu pen berdekatannya.

[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAIWhere stories live. Discover now