"Kes yang di gelar sebagai Tebusan Penjara Taiping ini dikatakan sudah berlangsung selama 4 hari sebelum Perdana Menteri Malaysia mengambil tindakan untuk menyerang hendap bagi leraikan permasalahan ini pada hari kelima"
"Sebanyak lapan orang operator Unit Tindakan Khas, UTK, berjaya merusuh masuk ke dalam Penjara Taiping pada pukul 6:10 minit pagi waktu Malaysia dan berjaya mengakhiri persengketan pada pukul 6:23 minit pagi. Operasi yang mengambil masa 13 minit ini di gelar hebat oleh Menteri Pertahanan Negara Malaysia"
Sebiji-sebiji bicara pembaca berita ini masuk ke dalam lubang telinga Alayya. Alayya yang saat ini sedang memandu cuba untuk kekalkan fokus pada jalan raya petang yang mulai sesak.
Inikah operasi yang Ezzaq lakukan semalam? Jika benar, bermakna operasi lelaki itu sudah pun berjaya. Di mana agaknya Ezzaq sekarang? Alayya tidak sabar hendak bertemu dengan sang suami. Hatinya kuat ingin masuk ke dalam dakapan Ezzaq. Ditinggalkan secara tiba-tiba bukanlah satu perkara yang menyenangkan hati Alayya. Walau hanya untuk satu hari, jiwa gadis ini tetap melirih, ingin Ezzaq kembali.
Alayya tarik brek tangan. Kepala pantas aje berpaling melihat kenderaan Ezzaq yang sudah terpakir dalam kawasan rumah.
"Ezzaq dah balik," gumam gadis ini sebelum keluar daripada perut kereta dengan pantas.
Alayya masuk ke dalam rumah bersama ucapan salam, lalu mata langsung melilau ke seluruh ruang rumah. Senyap sunyi sahaja.
Alayya menapak ke bilik tidur mereka. Kosong, tidak berpenghuni. Kening Alayya berkerut. Alayya letak dahulu semua barangnya di atas meja solek sebelum menghayun langkah untuk cari Ezzaq.
Tatkala Alayya nampak pintu bilik kerja Ezzaq di tutup, hati Alayya yakin...suaminya ada di dalam.
'Mungkin dia tengah rehat...nanti je la aku bercakap dengan dia,' getus hati Alayya. Wanita ini kembali masuk ke dalam bilik untuk bersihkan diri serta tunaikan solat fardu Asar.
Tujuh hari mereka duduk di bawah satu bumbung, tak pernah sekali pun Ezzaq tutup pintu bilik saat lelaki itu berada di dalam ruangan. Kebiasaannya, Alayya yang akan tutup pintu bilik. Kerana itu, Alayya beranggapan Ezzaq tidak mahu di ganggu sekarang.
Namun, ia tidaklah berlaku seperti apa yang Alayya fikirkan.
Ezzaq ada sahaja dalam bilik kerja ini, duduk di kerusi sambil menunggu isterinya ketuk pintu bilik mahupun seru nama Ezzaq. Ezzaq dengar, enjin kereta Alayya memasuki kawasan rumah.
Ezzaq juga dengar Alayya buka pintu rumah dan berjalan ke bilik belakang. Tapi saat Ezzaq sedar derapan kaki Alayya semakin perlahan, hati Ezzaq hancur. Alayya tidak panggil Ezzaq langsung apatah lagi masuk ke dalam bilik ini.
Di saat Ezzaq rindu pada sang isteri, Alayya langsung tidak pedulikan lelaki itu. Ketika Ezzaq risau akan keadaan Alayya pagi tadi, Alayya langsung tak senyum pada sang jejaka malah terus tarik tangan dan berlalu pergi.
YOU ARE READING
[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAI
ActionEzzaq Qayyum, Fayyad Hazim serta Alayya Dafeena merupakan sahabat baik di pusat jagaan anak yatim. Hubungan persahabatan yang terjalin sejak kecil membawa ketiga mereka layari kehidupan dewasa bersama, berjaya raih pekerjaan yang hebat pada mata mas...