TIARA mengelap peluh yang mula menitik membasahi dahi licinnya dengan lengan baju panjang yang dipakainya.
Sudah 2 minggu lebih rasanya dia tidak membersihkan kawasan tepi rumahnya itu. Rumput-rumput hijau pun sudah tinggi naik. Bagi Tiara, dia lebih suka mencabut sendiri rumput itu. Katanya, ada juga lebihan aktiviti yang dia boleh buat untuk mengeluarkan peluh.
Kata nak sihat. Tapi jangan banyak sangat keluar peluh. Tak elok juga untuk kesihatan. Badan boleh dehidrasi.
"Huhh. Penat gila. Habis juga aku cabut rumput-rumput ni semua."kata Tiara sambil bercekak pinggang.
Matanya memerhati sekeliling rumah itu. Rumah banglo setingkat corner lot yang besar itu adalah satu-satunya peninggalan arwah ibunya. Rumah berkonsepkan english design itu adalah hak milik persendirian dan tanah itu juga dibeli oleh ibunya sendiri.
Kini, dia lah pula yang mengambil alih rumah itu. Takkan nak biarkan kosong tak berpenghuni. Sekurangnya, dia ada tempat berteduh yang tidak perlu dibayar sewa bulanannya. Cukuplah sekadar bayar bil api dan air saja.
Pin! Pin!
Tiara menoleh ke pintu pagar rumah. Sebuah kereta Viva berwarna hitam elok di parkingkan betul-betul di pintu pagar besar.
"Tiara!!."jerit Sofea sejurus dia keluar daripada perut kereta. Kanak-kanak riang!
Sofea ni memang sejenis manusia yang suka menjerit. Dibuatnya Tiara tu macam duduk jauh sebatu sampai nak kena menjerit bagai.
Berlari-lari Sofea masuk ke dalam kawasan rumah dan mendekati Tiara yang sudah pun duduk di atas kerusi yang diperbuat daripada kayu itu.
"Kafe okey?."soalan pertama yang ditanya oleh Tiara.
Sofea sengih lalu duduk disebelah Tiara. Tak sempat duduk lagi dah kena soal.
"Laju je kau tanya kan? Kafe okey je.. macam biasa lah. Aku dah balik rumah ni pun kira okey lah tu maknanya. Ramai gila customer harini babe.."
"Alhamdulillah lah."kata Tiara.
"Penatlah..."rungut Sofea. Matanya dipejam rapat. Badan pula disandarkan ke kerusi.
"Penat makan?"usik Tiara.
Laju saja Sofea mencelikkan matanya kembali. Ingat aku ni kerja makan je ke? Tak guna punya Tiara. Choyy..
"Mana ada lah! Aku buat kerja okey. Aku bukan jenis yang makan gaji buta."balas Sofea tak nak kalah.
"Hmmm.." balas Tiara.
Sofea pandang Tiara yang jauh termemung ke depan. Disenggolnya bahu sepupunya itu.
"Menung apa?"
"Tak ada apa."balas Tiara.
"Betul ni?."
"Yep!."
Tak lepas mata Sofea memandang Tiara. Wajah tenang Tiara itu sememangnya berjaya menutup satu 'kisah' di dalam hidupnya itu.
Sejak Tiara 'sakit', Sofea adalah orang yang sentiasa bersamanya. Walaupun dia pernah dicederakan, diherdik dan hampir dibunuh.. namun semua itu tidak pernah menjadi penghalang buat diri Sofea untuk terus berada disisi Tiara.
Mereka sepupu dan mereka sebaya. Tetapi, adakah jalan hidup mereka itu sama? Sudah semestinya lah tidak! Lain orang, lain masalah dia. Kadang itu, nampak sama tapi tak serupa.
ALLAH itu Maha Adil. Dia tahu apa yang terbaik atau tidak buat hamba-hambaNYA itu. Sesungguhnya, dia tidak akan menguji hambaNYA itu melebihi batas kemampuan hambaNYA sendiri.
YOU ARE READING
Precious Wife
Romance"Lain kali jalan tu pakai lah mata.Bukannya pakai kepala lutut kau.Ke kau ni buta hah?". -AARIZ RAYDEN- "Ta..tak, saya tak buta encik.Saya minta maaf sangat-sangat.Saya mengaku saya yang bersalah sebab jalan tak pandang depan tadi.Maafkan saya..". ...