"AARIZ. Awak dah solat dah?"
Rose menyentuh lembut bahu anaknya itu kemudian dia duduk dihadapan Aariz yang sedang duduk bersila di atas katil biliknya.
Ibu mana yang tidak risau melihat keadaan anknya yang sedang dilanda kesedihan yang melampau itu. Dia pun bukannya boleh duduj di rumah Aariz sampai berhari-hari. Balik hari saja yang dia mampu. Itupun sudah memadai.
Ayden memberitahunya agar tidak terlalu mendesak dan memberikan tekanan yang lebih kepada Aariz di waktu-waktu yang begini. Cukuplah sekadar Amsyar, Razin dan Rania yang setia menemani abang sulung mereka itu di rumahnya.
Lengkap mereka menjaga Aariz. Makan dan pakai semuanya disiapkan. Tetapi, sejak kebelakangan ini, Aariz menghalang Rania untuk menyiapkan pakaian yang hendak dipakainya setiap hari walaupun pada hakikatnya, Aariz sudah terbiasa dilayan begitu oleh Tiara.
Aariz tidak mahu Rania terlalu menyusahkan diri. Bukan dia tidak tahu yang adiknya itu mudah panik dan tersentuh hati. Karang silap hari bulan, bertambah lagi pesakit Amsyar.
"Dah, ibu.."
Ibu jari Aariz mengusap gambar Tiara di dalam frame. Rose menggeleng kepala. Sampai bila lah anak aku nak jadi macam ni, Ya Allah? Tolonglah akhiri semua penderitaan yang sedang ditanggung oleh dirinya ketika ini.
"Aariz ada rasa okey sikit tak, sekarang ni?"
"Aariz harap, ya."
Rose mengeluh lagi.
"Ibu tak suka tengok anak ibu murung macam ni. Rasa macam bukan anak ibu pulak."
Rose menyuarakan pendapat hatinya.
"Aariz mintak maaf, ibu. Aariz tak dapat nak kawal perasaan Aariz buat masa sekarang ni. Aariz masih terkejut dan tak boleh nak terima lagi yang Tiara hilang macamtu saja."
"Hilang?"
Aariz tersedar. Dia terlepas cakap. Aduh, confirm ibu akan korek rahsia punya ni. Aariz diam membisu apabila dia sedar akan keterlanjuran katanya itu.
"Sudahlah tu, Aariz. Jangan nak tipu ibu lagi. Sampai bila? Ibu tau yang Tiara tu 'sakit'. Betul, kan?"
Rose mengangkat sebelah keningnya. Aariz mengeluh berat. Dia bersandar di kepala katil. Aku dah agak dah.
"Macam mana ibu tau? Amsyar?"
Rose ketawa kecil seraya mengangguk.
"Ayah awak yang paksa dia suruh bagitau cerita yang sebenarnya. Ada ke patut dia talanya pistol dekat kepala adik awak tu semalam. Hm, last-last, Amsyar bukak mulut jugak."
Rose masih lagi ketawa. Haih, suaminya itupun. Sifat tegas dan garangnya tak kena gaya langsung.
"Bila ayah datang jumpa Amsyar?"
"Dia pergi hospital semalam. Awak ingat ayah awak tu senang-senang je ke nak percaya cakap orang. Dia lebih bijak untuk putar belitkan fakta penipuan Amsyar tu."
Aariz akhirnya ketawa sekali. Hilanglah sedikit kesedihannya itu sekurang-kurangnya.
Ayah dia memang 'gila'. Taulah mampu buat apa saja. Sampai anak pun nak diugut bunuhya sekali.
"Lega ibu tengok awak ketawa."
Dari ketawa, bibir Aariz bertukar dengan lorekkan senyuman tipis. Dia memandang frame ditangannya.
"Aariz, ibu nak pesan satu perkara dekat awak. Cinta manusia adalah cinta yang sementara. Tapi, cinta Allah s.w.t, adalah cinta yang kekal abadi selamanya.."

ANDA SEDANG MEMBACA
Precious Wife
Romansa"Lain kali jalan tu pakai lah mata.Bukannya pakai kepala lutut kau.Ke kau ni buta hah?". -AARIZ RAYDEN- "Ta..tak, saya tak buta encik.Saya minta maaf sangat-sangat.Saya mengaku saya yang bersalah sebab jalan tak pandang depan tadi.Maafkan saya..". ...