"KAU buat apa tu? Turun!"
Arah Aariz. Tangan Tiara digenggam erat. Risau pula jika Tiara terjatuh nanti. Apahal lah isterinya itu nak main panjat-panjat kerusi pula petang-petang macam ni.
"Awak... saya nak ambik pinggan dengan gelas je dekat atas tu."
"Nak buat apa?"
"Kejap lagi kan kawan-kawan awak nak datang. Pinggan dengan gelas yang sedia ada dekat rak tu pun bukannya banyak. Cukup untuk kita berdua nak guna je. Sebab tu lah saya ambik yang lain."
Aariz mengeluh.
"Dah tu kau tak reti-reti nak mintak tolong dengan aku ke? Razin dengan Rania pun ada kan? Apa yang susah sangat?"
"Saya tak nak lah susah kan diorang. Kan diorang sibuk sediakan makanan dekat depan tu.."
"Dah-dah, kau turun sekarang. Biar aku je yang ambik. Turun!"
"Ya.. kejap lah. Nak turun lah ni."
Bukannya Tiara turun sendiri. Aariz yang mendukung dia untuk turun ke bawah. Malas pula dia mahu tunggu Tiara sendiri yang turun. Lambat! Lagi pula, Aariz juga risau tentang keselamatan anak mereka di dalam perut Tiara itu. Buatnya Tiara tergelincir ke apa. Mati akal Aariz dibuatnya nanti.
"Razin!!"
Laung Aariz kuat.
"Ish! Awak ni kan.. apa ni? Suka sangat main jerit-jerit. Awak ni dulu tarzan eh?"
"A'ah. Masa dekat Universiti dulu aku ada ambik course macam mana nak jadi tarzan."
Selamba Aariz membalas. Sarkastik sangat ayat dia tu. Tiara menjeling. Kalau berbalah dengan Aariz memang tak akan menang punya. Asyik dia je yang nak menang. Urgh!
"Kenapa Abang Aariz?"
Razin menyoal dengan menyumbat masuk kek batik ke dalam mulutnya.
"Ni. Kau tolong keluarkan seberapa banyak yang boleh pinggan dengan gelas yang ada dekat dalam almari kabinet atas tu. Lepastu kau basuh dan lap bersih-bersih. Faham?"
"Faham Abang Aariz."
Razin mula melakukan kerjanya. Kerusi dipanjat lalu pinggan dan gelas dikeluarkan dari almari kabinet dan dihulurkan pada Aariz.
"Pergi duduk depan.."
Ujar Aariz lembut. Tau pula nak cakap elok-elok.
RAMAI juga kawan-kawan Aariz yang datang pada petang itu. Kesemua mereka semuanya bekerja di luar negara dan teman Aariz semasa Aariz belajar di luar negara dahulu.
Pertemuan mereka kali ini pun adalah perancangan yang dibuat oleh mereka sendiri. Dan ramai juga diantara mereka yang tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan Aariz dan Tiara dulu. Jadi hari ini, mereka sepakat mahu berkumpul bersama.
"Kak Tiara!!"
Rania memeluk Tiara daripada arah belakang. Pipi Tiara dicium bertalu-talu.
"Akak... akak dah makan dah?"
"Belum. Rania dah makan?"
"Belum jugak. Akak, jom kita makan sama-sama nak?"
"Rania makan lah dulu. Akak nak buat air ni dulu lepastu nak hantar dekat depan."
"No, no, no. Akak kena makan jugak. Rania tak kira. Akak.. akak tu kan tengah pregnant, kena lah makan. Akak sihat, baby akak pun sihat jugak nanti. Lepastu, akak tak payah lah nak bergerak banyak sangat. Risau pulak Rania tengoknya."

ANDA SEDANG MEMBACA
Precious Wife
Romance"Lain kali jalan tu pakai lah mata.Bukannya pakai kepala lutut kau.Ke kau ni buta hah?". -AARIZ RAYDEN- "Ta..tak, saya tak buta encik.Saya minta maaf sangat-sangat.Saya mengaku saya yang bersalah sebab jalan tak pandang depan tadi.Maafkan saya..". ...