AKU mati-mati ingat kau Mr. Joe tadi. Nasih baik. Kalau tidak, memang haru lah hidup aku dibuatnya nanti."
Ujar Aariz sambil fokus kepada pemanduannya. Cukuplah hanya sehari sahaja mereka duduk di rumah lama keluarga Tiara itu. Itupun, kerana mahu memenuhi hajat Lauren.
"Kelakar lah. Asal dia panggil you macam tu ek? You pernah rogol dia ke sebelum ni?"
Usik Lauren nakal sambil ketawa halus.
"Mana ada. Bukannya aku buat dekat dia. Ish, dah lah. Aku tak nak cakap pasal benda tu lagi. Kau ni pun.."
Lauren masih lagi ketawa.
"Alaa, Aariz.. chill lah. I saja je nak usik you. Bosan lah. Yang you nak serius sangat ni dah kenapa? Datang bulan jugak eh?" Perli Lauren.
Aariz menjelingnya. Ada-ada jelah.
"Kau lapar tak? Kalau lapar aku singgah mana-mana restoran dulu."
"No need. I nak balik. Penat."
Aariz memandang sekilas pada Lauren. Sedikit pelik apabila suara Lauren kedengaran agak keras dan dalam ketika itu. Namun, Lauren hanya memejamkan matanya sahaja.
"HM. Nak apa?"
Kata Aariz dihujung talian sambil bergerak duduk di atas sofa di ruang tamu di tingkat tiga rumahnya itu.
"Korang dah balik rumah ke belum?"
Soal Amsyar.
"Dah. Kenapa?"
"Aku perlu jumpa Tiara sekarang ni. Tak kisah lah identiti yang mana sekalipun yang dah take over sekarang.., aku tetap kena jumpa Tiara jugak dekat hospital. Dah berapa lama dia skip rawatan. Please, Aariz. Tak boleh biarkan benda ni terlalu lama. Rawatan susulan harus dilakukan. Aku nak kena update rekod dia dan tahu tentang perkembangan dia yang sekarang."
Amsyar merayu. Suara adiknya itu kedengaran seperti benar-benar mahu meminta pertolongan daripadanya agar Tiara berjumpa dengannya pada hari itu juga.
"Okey. Aku hantar dia pergi hospital sekarang."
"Okay, bro. Thank you so much."
AARIZ membuka pintu bilik tidurnya luas. Dia mencari Lauren tetapi tiada. Aariz terdengar ada suara peremluan sedang bercakap di dalam bilik air. Segera dia ke sana.
Klak!
Lauren tersenyum tipis pada Aariz.
"I tahu. Kena pergi hospital kan? Jom lah."
"Heh, lajunya kau dapat tau."
Lauren tidak membalas kembali sebalilnya dia terus memakai shawl dikepalanya. Kalau nak diikutkan, identiti Lauren bukannya bertudung. Tetapi, dia tahu bahawa dia sedang menggunakan tubuh badan Tiara.
Dia pula, hanya 'penumpang' sahaja.
"SILAKAN..."
Amsyar diam seketika. Dia mahu tahu siapakah identiti dihadapannya ketika ini.
"Lauren."
Lauren bersuara agak dingin. Amsyar tersenyum tipis. Mereka berdua duduk di atas sofa secara berhadapan.
"Ini adalah kali pertama saya berjumpa dengan awak kan, Cik Lauren? Awak sihat?"
Amsyar memulakan perbualan utama mereka sebelum pergi ke soalan yang lebih mendalam lagi.
"Sihat. Kami semua... sihat."
Amsyar masih lagi tersenyum. Pen ditangan dipusingkan sebelum dia menulis sesuatu di atas kertas yang berada di dalam fail Tiara itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Precious Wife
Romansa"Lain kali jalan tu pakai lah mata.Bukannya pakai kepala lutut kau.Ke kau ni buta hah?". -AARIZ RAYDEN- "Ta..tak, saya tak buta encik.Saya minta maaf sangat-sangat.Saya mengaku saya yang bersalah sebab jalan tak pandang depan tadi.Maafkan saya..". ...