SUARA bayi yang sedang menangis nyaring itu menyapa pendengaran Laura. Terpisat-pisat Laura bangun dan turun daripada katilnya.
"Puan Laura..."
Tegur seorang jururawat. Laura hanya memandang kosong.
"Mana anak aku?"
Tanya Laura dingin.
Dia terkejut apabila dia mendapati bahawa perutnya sudah kempis tatkala dia tersentuh dengan sendiri tanpa dia sedar. Matanya tajam memanah jururawat itu.
"Mana anak aku?!!"
Laura mencengkam kolar baju jururawat itu.
"Maafkan kami, Puan Laura. Anak puan.. tak dapat kami selamatkan. Dia meninggal di dalam perut setelah puan menelan beberapa biji abortion pills malam semalam.."
Kata seorang doktor yang muncul diantara Laura dan jururawat itu.
"Tak.. tak, korang tipu aku kan? Korang tipu aku kan?!! Pulangkan balik anak aku!!"
Ditolaknya doktor dan jururawat itu sehingga jatuh. Wayar iv drip tertanggal daripada belakang tangannya setelah Laura bertindak agresif.
"Pulangkan balik anak aku!!"
Jerit Laura sekuat hati.
"Ini mayat anak puan.."
Kata seorang jururawat sambil menolak masuk satu katil bayi ke dalam wad Laura.
Laura mendekati katil itu. Terpempang sekujur tubuh kecil bayi yang sudah pun dibalut kemas dengan kain kafan dan harum baunya. Laura menangis dengan menggila.
Mayat anaknya itu diambil dan dipeluk rapat ke dada. Tangisan Laura semakin teruk. Dia duduk di penjuru dinding bersama-sama dengan mayat anaknya.
"Maafkan mama, sayang.. maafkan mama!!"
Laura berhenti menangis apabila sekali lagi dia menangkap suara bayi menangis. Perlahan-lahan dia melihat wajah mayat anaknya itu.
Tiba-tiba, mayat anaknya berubah menjadi pasir dan kedua belah tangan Laura dipenuhi dengan darah merah yang hampir berwarna hitam selepas itu.
"Ini balasan untuk kau Laura. Kau yang nak sangat dia mati kan? Rasakan Laura! Anak kau dah mati! Dia dah mati!!"
Kesemua orang di dalam wadnya itu menghampiri dirinya dengan pandangan yang hina. Terus-terusan mereka mencemuh dan memaki hamun Laura ketika itu.
Laura menutup kedua belah telinganya dengan mata yang terpejam rapat.
"Diam!!!"
"WOI, bangun lah!"
Tegur satu suara garau yang kuat. Laura pantas mencelikkan matanya. Badannya basah bermandikan peluh. Laura menyentuh perutnya. Fuh, lega.. ada lagi rupanya.
Semua ni hanya mimipi sahaja. Syukurlah. Laura tersenyum sendiri.
"Budak tu tak mati lagi."
Laura memandang ke bahagian meja soleknya. Aariz duduk bersandar dimeja itu sambil berpeluk tubuh dan tersenyum sinis. Aariz berjalan mendekati Laura. Sampai disebelah Laura, Aariz berbisik ditelinganya.
"Budak ni bakal mati sekejap lagi.."
Laura pandang Aariz.
"Ap.. apa maksud kau, Aariz?"
Laura memeluk perutnya kemudian dia mengesot menjauhi Aariz.
Beberapa ketika, masuk beberapa orang perempuan yang lengkap dengan pakaian seragam putih mereka. Laura mengerutkan dahinya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Precious Wife
Dragoste"Lain kali jalan tu pakai lah mata.Bukannya pakai kepala lutut kau.Ke kau ni buta hah?". -AARIZ RAYDEN- "Ta..tak, saya tak buta encik.Saya minta maaf sangat-sangat.Saya mengaku saya yang bersalah sebab jalan tak pandang depan tadi.Maafkan saya..". ...