"HEY honey, wake up..." Aariz berbisik ditelinga Tiara dengan nada suara yang begitu romantik sekali. Rambut Tiara dibelai kasih lalu Aariz menyentuh segenap inci permukaan wajah polos Tiara yang sedang nyenyak tidur itu dengan perlahan. Dari dahi turun ke kening, mata, hidung dan akhir sekali bibir mungil Tiara.
Chup! Satu kucupan yang lama singgah disitu. Aariz angkat kepalanya untuk melihat Tiara. Dia tersengih nakal. Tidak lama itu dia naik menindih tubuh Tiara dengan berhati-hati. Risau jika dia terjatuh nanti Tiara akan sakit. Ditambah pula dengan luka-luka yang ada disegenap badan Tiara.
Aariz merapatkan bibirnya dengan Tiara kembali. Diciumnya bertalu-talu bibir si isteri sehingga Tiara memberikan responnya yang pertama. Aariz senyum lagi. Dan dia kembali mencumbui bibir Tiara.
"Ermm..." Tiara menolak wajah Aariz yang dekat dengannya.
"Wake up first.." Aariz tidak mahu mengalah.
Tiara berdecit geram. Matanya dibuka sedikit. Apabila ternampak sahaja Aariz yang menyapa pandangannya dahulu, Tiara mengeluh. Kerja nak mengacau aje dia ni.
"Janganlah abang... Tiara mengantuk lagi ni. Bagilah Tiara tidur lagi sejam dua ke." Tiara meminta.
Ah, mengantuk sungguh dia rasa. Saban hari dia tidak dapat melelapkan matanya pada waktu malam. Bila dia cuba untuk tidur pasti akan gagal. Sudah bermacam-macam cara tang dia lakukan namun, masih lagi tidak dapat tidur.
Kesudahannya, pukul 2 atau 3 pagi juga yang dia boleh lelapkan matanya. Kalau lebih teruk lagi, tak tidur langsung. Akhirnya, ubat juga yang harus ditelan tetapi dengan pantauan Amsyar.
Seingat Tiara, kali terakhir masalah gangguan tidurnya ini berlaku adalah sebelum dia berkahwin dengan Aariz lagi. Selepas itu, susah juga nak jadi semula. Mungkin kerana sejak berkahwin dengan Aariz ni, identiti-identitinya lebih suka silih berganti keluar.
Kadang tu tak kena langsung situasi dengan identiti yang keluar tu. Tapi nak buat macam mana lagi? Sama ada Tiara mampu untuk mengawal mahupun tidak, identitinya itu semuanya akan keluar tanpa amaran. Bukannya suka-suka saja boleh tentukan.
Ada masa, dalam keadaan yang getir mahupun sesak, tidak semestinya identiti yang sepatutnya keluar membantu akan keluar. Identiti huru-hara? Hm, mungkin juga. They are all out of control!
"No! Bangun sekarang jugak. Aku dah bosan dah ni sorang-sorang dekat bawah tu. Turun naik, turun naik macam orang gila. Kejap guna lif kejap guna tangga." Aariz mengadu.
Tiara ketawa kecil dengan mata yang tertutup. Suami siapalah ni. Mengadu pun comel je macam budak kecik. Abang.. abang.
"Okeylah tu abang. Exercise di pagi hari. Sihat apa."
"Banyaklah kau punya pagi. Dah petang dah ni. Kau bangun sekarang. Atau kau nak aku bangunkan kau dengan cara aku? Tapi kalau guna cara aku bukan bangun tidur. Silap-silap, sambung tidur balik." Aariz sengih pada Tiara. Merah padam muka Tiara jadinya. Ish! Gatal!
"Tiara nak mandilah abang. Eh, ni! Lupa nak tanya tadi. Anak-anak mana?" Tiara bangun dan bersandar di penghadang katil dengan bantuan Aariz.
"Rania dengan Lea dah culik diorang bawak pergi jalan-jalan. Memang rutin harian triplets tu macam tu pun kan? Buat-buat lupa pulak.." Aariz angkat kening. Tiara sekadar mengangguk.
"Nak mandi..." Tiara bersuara meleret. Dia pula yang tersengih pada Aariz.
Sejak Tiara dimasukkan ke hospital beberapa minggu yang lalu sehingga sekarang selepas kes penculikannya itu, sudah menjadi tanggungjawab Aariz untuk memandikan Tiara pagi, petang dan malam.

ANDA SEDANG MEMBACA
Precious Wife
Romance"Lain kali jalan tu pakai lah mata.Bukannya pakai kepala lutut kau.Ke kau ni buta hah?". -AARIZ RAYDEN- "Ta..tak, saya tak buta encik.Saya minta maaf sangat-sangat.Saya mengaku saya yang bersalah sebab jalan tak pandang depan tadi.Maafkan saya..". ...