BAB 63

4.8K 332 39
                                    

SALAM diberi sebelum Tiara masuk ke dalam rumah tanpa mengunci pintu utama. Biarlah sajalah. Ada yang menjaga. Lagipun, sekejap lagi Sofea dan Lea hendak berkunjung di rumah itu.

Kunci kereta disangkut. Tiara tercari-cari dimanakah anak-anak mereka. Sunyi sepi saja tiada suara. Kelibat Razin dan Rania juga tiada di dalam rumah itu. Entah kemana lah agaknya dua beradik itu. Keluar bersiar-siar, mungkin?

Lif dimasuki dan button tingkat tiga rumah dipilih. Semasa di dalam lif itu, sempat Tiara termenung jauh. Hanya kosong dan tiada apa-apa perasaan serta emosi yang bermain ketika itu.

Ting! Pintu lif terbuka. Tiara tersedar kembali di dunia nyata. Dia berjalan agak lemah dan longlai sebaik keluar sahaja daripada lif itu. Selepas pulang melawat Azman, memang Tiara pulang untuk berehat. Tetapi, dia tidak berehat dalam istilah kata yang sebenarnya.

Matanya terpejam rapat tetapi, air mata setia mengalir. Fikiran cuba dikosongkan namun, hampa juga.

Bayangan kejadian pada malam itu, masih segar lagi di dalam ingatannya. Setiap detik yang dia dapat lihat akan pengorbanan Aariz pada waktu itu, sungguh menyentuh perasaannya.

Besar pengorbanan Aariz kepadanya. Perasaan serba salah kian menggunung di jiwa. Dia telah banyak menyusahkan Aariz sepanjang tempoh perkahwinan mereka.

Dia juga tidak minta untuk hidup sebegini. Ya Allah.. dungaan seperti apakah ini? Terlalu berat untuk aku laluinya. Sampai bila semua ini harus bersama dengan diri aku?

Dari kecil sehingga sekarang. Pesanan yang sama dia terima daripada orang sekeliling, menyedarkan dia akan suatu perkara.

Allah tidak akan menguji hambaNYA melebihi kemanpuan hambaNYA itu.

Tetapi, adakah dia boleh terima akan semua dugaan ini? Perit untuk ditelan tapi itulah hakikat yang harus dia terima sekarang ini.

"Tiara..."

Tiara menoleh. Dia tersenyum tipis pada Amsyar.

"Awak cari apa?"

"Anak-anak mana?"

Amsyar ketawa kecil. Pasti Tiara sudah risau kerana kelibat triplets tidak kelihatan. Jari ditunding pada bilik tidur kembar tiga itu.

"Ada dekat dalam bilik tu. Tengah main. Saya pun baru je keluar daripada situ lepas nampak awak balik tadi. Awak okey?"

Tiara angguk seraya tersenyum.

"Awak nampak... macam tak okey. Nak saya tolong apa-apa, tak? Atau awak nak saya buatkan air untuk awak ke? Anything?"

Tiara ketawa kecil. Haih... Amsyar ni pun. Caring terlebih. Yelah, macam mana nak kelentong seorang pakar psikiatri seperti Amsyar ini. Kita main pusing-pusing dengan dia, dia boleh pusingkan balik. Malah lagi hebat.

"Takpelah, Amsyar. Saya rasa okey je. Betul. Penat sikit sebab saya tak cukup tidur semalam. Ni, awak dah makan ke belum? Nak saya sediakan tak?"

"Takpe. Kalau saya lapar saya boleh turun makan sendiri. Awak tak payahlah nak susah-susahkan diri awak tu Tiara. Jangan risaukan saya. Risaukan diri awak tu dulu.."

Tiara dan Amsyar saling berbalas senyuman. Kalau Aariz ada, pasti dia dilayan sebegini juga. Malah lebih lagi daripada ini. 

"MANJA betul Tiana ni, kan? Kerja dia nak berkepit je dengan orang. Dulu masa dengan Aariz, taknak langsung dia berenggang. Tinggal sekejap je dah nangis. Haihh.. budak ni.."

Amsyar mendukung Tiana dan mencium pipi tembam gadis kecil itu. Tiana yang terasa rimas, menolak-nolak muka Amsyar dengan ketawa mengekeknya.

"Dia memang yang paling rapat dan paling manja dengan Aariz. Mungkin... sebab dia satu-satunya anak perempuan. Special lah katakan. Kadang tu saya sendiri pun tak boleh nak dekat dengan Aariz. Jealous lah tu. Sampai mama pun jadi mangsa kan?"

Precious WifeWhere stories live. Discover now