BAB 17

5.1K 304 2
                                    

"BABY!!"

Laung Sofea kuat. Mata-mata pengunjung di shopping mall itu yang sedang tepat memandang ke arahnya dihiraukan.

Apa pandang-pandang? Tak pernah tengok orang menjerit ke apa? Macam lah tak pernah menjerit.

"Ish! Manalah pergi budak ni" ujar Lea sambil melekapkan telefon di telinganya. Dia cuba untuk menelefon Baby namun, tidak diangkat. Hanya bunyi nada dering sahaja.

"Kita kena carik dia jugak ni. Kalau tak, tak tau lah apa lagi benda gila yang dia nak buat" kata Sofea.

"Yelah.." rengus Lea.

Mereka berdua berpecah. Sofea ditingkat dua, Lea pula ditingkat tiga. Habis segala kedai barangan perhiasan wanita dan kedai makanan segera mereka geledah. Tapi, kelibat Baby masih lagi tidak ketihatan jua.

Sofea dan Lea akhirnya bertemu sserentak ditingkat dua setelah hampir satu jam mereka mencari Baby.

Sehinggalah di satu titik tempat dimana muncul juga kelibat Baby disitu. Disebuah kedai yang menjual barangan perhiasan ringkas yang agak kecil ditingkat dua itu. Kedainya juga tersorok sedikit dari pandangan mata oranh ramai. Kalau tak round habis, memang takkan jumpa punya.

Dan kedai itu jugalah dimana Sofea dan Lea bertembung. Ditingkat tiga bukannya banyak kedai. Hanya tempat permainan video, panggung wayang, spa dan juga kiosk-kiosk aksesori yang kecil. Sebab itulah, Lea tidak duduk lama ditingkat itu.

Sofea dan Lea berpandangan sebelum mereka berdua serentak berjalan dan masuk ke dalam kedai itu. Pergerakkan Baby yang seperti terlebih glukosa itu dipandang geram.

Gedik sungguh! Kesian Tiara sebab ada identiti yang macan tu. Nak buat macan mana. Tiara juga yang mewujudkan Baby itu.

"Baby.." panggil Sofea. Bahu Baby disentuh lembut.

Baby menoleh dengan senyuman manjanya. Di dalam mulutnya pula terdapat lolipop yang sedang dikemam enak. Mulut Sofea dan Lea ternganga sedikit.

Cepat betul Baby ni tukar diri dia. Fikir Sofea dan Lea.

Bibir Baby yang telah dioles dengan liptint berwarna merah jambu terang itu dipandang. Mak aihh.. Ini dia lumur ke apa sampai pekat macan tu sekali.

Atau mungkin juga kerana Tiara berkulit cerah? Dan disebabkan itulah warnanya timbul dan menyala seperti lampu.

Mata mereka beralih pula pada sepit rambut yang bersaiz agak besar dan berbentuk riben yang disepitkan pada rambut disebelah kanan Baby. Hilang sudah tudung dikepala yang diapakainya tadi.

Memanglah. Mula-mula tu Baby behave lagi. Itupun diacah-acah mahu dibukanya serta-merta. Rimas katanya.

Mujurlah Sofea cepat menghalangnya daripada berbuat begitu.

Turun lagi kepada set lengkap hoodie Baby yang berwarna merah jambu dan akhir sekali, pada kasut sukan jenama Nike yang berwarna rose gold yang tersarung elok di kaki Baby menjadi santapan mata mereka berdua.

Hampir kesemuanya berwarna merah jambu! Gegirl lah sangat!

Sofea memejamkan matanya rapat kerana geram. Nafas dilepas kasar. Lea yang perasan akan perubahan Sofea itu ketawa kecil. Lengan kanan Sofea dipegang. Takut juga buatnya ada kes gaduh dalam shopping mall tu nanti. Naya je.

"Baby... Mana Baby dapat duit nak beli semua benda ni?" Sengaja Sofea menyoal.

Baby buat muka tidak peduli. Tangannya menyeluk poket seluar lalu satu kad kredit platinum berwarna merah dikeluarkan kemudian dilayang-layangkan di hadapan mata Sofea dan Lea dengan senyuman lebarnya.

Habislah! Kad kredit Tiara.

"Uppss!! Siannya awakss.." ejek Baby dengan gediknya apabila Sofea gagal merampas kad kredit Tiara itu ditangan Baby sendiri.

Baby ketawa riang. Dia sudah tidak betah mahu duduk di dalam kedai itu lama-lama lagi. Pasti dia akan teruk dimarahi oleh Sofea.

Katanya, Sofea itu perempuan kuat meroyan.

"Tolong simpankan barang-barang kita ni, boleh? Nanti kita datang balik sebab sekarang ni ada orang nak makan kota lah... Takut!" ujar Baby dengan lirikan matanya tepat ke arah Sofea.

"Boleh je awak. Tinggal je dekat sini. Jangan risau. Saya akan tolong jagakan" ramah pekerja itu membalas percakapan Baby.

"Okay, thanks"

Shawl yang dipakai oleh Sofea ditarik oleh Baby sebelum dia melarikan diri dengan ketawa riang yang begitu membingitkan telinga Sofea.

Sofea mengenggam tangan. Lea disebelahnya pula sudah mengikat ketat tali kasut sneakersnya.

"Carik pasal betullah budak ni.." kata Sofea dengan suara dicelahan gigi. Geram!

"Kita kena bawak dia balik cepat. Kang tak pasal-pasal habis duit Tiara dia guna nanti" pesan Lea. Dia berdiri tegak.

Mereka berdua sudah bersedia untuk langkah yang seterusnya.

"Werrkkk!!" Ejek Baby. Dia berlari semula.

"BABY!!" Jerit Sofea sekuat hati. Sekali lagi Sofea mendapat pandangan dari mata-mata orang di dalam mall itu.

Serentak itu, laju kaki Sofea dan Lea melangkah besar dan mula mengejar Baby.

Sofe berada ditempat pertama. Baby menoleh dan terkejut melihat Sofea dibelakangnya yang sedang berlari laju seperti lembu jantan yang sedang dalam kemarahan itu. Matanya terbuntang.

"Aarrghh!!" Giliran Baby pula yang menjerit.

Langkah seribu dibuka. Lintang-pukang Baby berlari dengan kedua belah tangannya diangkat tinggi ke atas lalu digoyang-goyangkan seperti orang yang sedang meminta tolong.

"Baby tunggu! Jangan lari!!." Panggil Sofea.

Riuh satu shopping mall itu dengan suara mereka bertiga. Ada yang memandang pelik. Dan ada juga yang ketawa melihat telatah tiga gadis muda itu.

Tak lepas juga yang fikir mereka sedang shoot variety show dan sedang bermain permainan seperti rancangan Running Man itu. Main tarik-tarik name tag.

Macam kelakar pula. Kamera pun tak ada nak shoot apa?

"Woi korang, sabarlah! Huh! Arghh! Penatlah.." ada Lea sambil berlari anak.

"Uwerkk!! Kejarlah! Hahaha!! Lembap lah akak-akak ni. Gemuk lah tu!" Sakat Baby lagi.

Sesekali dia menoleh kebelakang. Sepanjang berlari dia ketawa. Suka benae dapat kenakan Sofea dan Lea. Padan muka!

Makin bertambah geram Sofea dan Lea dibuatnya. Lea terus melajukan lariannya semula.

Jauh Baby berlari meninggalkan Sofea dan Lea. Sampai disebuah kedai kosong yang tidak berpenghuni atau adanya sebarang perniagaan dijalankan, Baby mula masuk ke dalamnya dan menyorok.

Keadaan kedai yang terbiar dan agak suram itu memudahkan lagi kerja Baby untuk bersembunyi disitu.

Sedang Baby terhendap-hendap memerhati kawasan diluar, tiba-tiba sahaja bahunya disentuh dan tubuhnya ditarik ke belakang.

Terus Baby berdiri tegak. Figura dihadapnnya itu tersenyum saja. Baby membalas kembali . Walaupun keadaan disitu samar saja, namun Baby masih lagi boleh melihat wajah orang itu.

.

Precious WifeWhere stories live. Discover now