BAB 32

5.7K 308 7
                                    

"AKU turun ambik makanan untuk kau sekejap. Baring lah dulu."

Aariz membetulkan bantal untuk Tiara sebelum Tiara melabuhkan kepalanya di atas bantal itu.

Pejam celik mata Tiara ketika itu dek kerana menahan sakit di kepalanya.

"Sakit kepala lagi ke?"

Tanya Aariz sambil mengurut-urut dahi dan kepala Tiara.

"Hmm."

"Habistu nak makan ke tak ni? Tadi cakap lapar kan? Nanti gastrik pulak kau tu."

"Saya nak tidur dulu lah awak. Mengantuk sangat saya rasa sekarang ni." Balas Tiara.

"Hm, tapi aku nak kena turun bawah jugak ni. Nak jumpa Sean. Ada hal. Kau tak kisah ke?"

Tiara menggeleng.

"Saya okey lah awak. Saya memang rasa nak tidur je sekarang ni. Duduk hospital pun bukannya boleh tidur lena sangat kan? Takpe, awak pergi jelah jumpa Sean tu. Saya tak ada apa pun."

"Okey. Nanti apa-apa hal kau call jelah aku. Nanti aku datang. Boleh?"

"Boleh.."

Tiara memejamkan matanya. Lama juga Aariz mengurut kepalanya sehingga lah dia memejamkan matanya semula dan terus masuk ke alama mimpi.

Satu kucupan hangat singgah di dahi Tiara. Aariz menyelimutkan Tiara sehingga ke paras bahu. Suhu aircond bilik dinaikkan sedikit agar bilik itu tidak terlalu sejuk mahupun panas.

Pintu bilik ditutup perlahan apabila keluar sahaja Aariz daripada dalam bilik tidurnya itu.

■■

AZMAN dipukul teruk oleh beberapa orang lintah darat yang berbangsa cina di satu lorong yang lengang dan sunyi.

"Lu sudah janji mau bayar ini bulan maa.. Takkan lu sudah lupa kot?"

Ujar Chong sambil kayu ditangannya itu ditekan-tekan pada kepala Azman berulang kali.

"Tolong lah, Chong. Aku memang betul-betul tengah tak ada duit sekarang ni. Tapi kan aku dah bayar dekat kau haritu."

"Haritu tu bila? Itu 2 bulan lepas meh. Lu cuma bayar 500 saja. Lu ingat cukup ka?! Wa dengar haritu lu sudah jumpa itu... Lu punya anak kan? Ha, mana dia? Kata dia boleh bagi lu duit." Tanya Chong bengis.

"Dia busy sikit Chong. Aku janji aku akan bayar lagi dalam masa 2 bulan. Bagi aku sikit masa lagi untuk jumpa anak aku tu semula. Masa tu, aku akan bayar full dekat kau habis. Tolong lah. Aku merayu."

Janji Azman. Dia sudah tidak boleh bertahan lagi. Sakit habis badan dia kerana dipukul beramai-ramai. Dengan darahnya lagi.

Chong mengangguk.

"Okey! Wa pegang pada janji lu arr.. Tapi ingat! Kalau lu mungkir janji atau cuba lari, wa kasi.."

Chong menbuat gaya mahu memotong putus urat leher Azman. Tertelan air liur Azman kerana takut. Azman mengangguk mengerti.

"Baik, baik! Aku janji."

Kata Azman sambil menunduk.

Chong memberikan arahan kepada orang-orang suruhannya untuk beredar daripada situ bersamanya.

Sempat lagi diludahnya Azman yang masih lagi terduduk kesakitan sebelum pergi daripada situ.

Precious WifeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang