BAB 16

5.4K 306 10
                                    

BENGIS habis muka Sofea dan Lea. Dalam troli mereka hanya dipenuhi dengan makanan ringan sahaja. Lain yang nak dibeli, lain yang diambil.

Renungan tajam mereka berdua tepat pada tubuh belakang Baby yang sedang leka memilih coklat daripada pelbagai jenis dan jenama.

Meliang-liuk badan Baby dek kerana gaya gediknya itu. Punggungnya juga bergerak mengikut rentak kaki dan badannya.

Nak beli coklat je pun. Tapi gayanya, Nauzubillah!

"Aku rasa macam nak tendang je bumper dia tu" ujar Lea geram.

"Tau takpe. Aku daripada tadi sabar je ni. Kalau tak fikir kita ni dekat public, dah lama dah aku buat" sambung Sofea pula.

Sofea bergerak ke hadapan dan membiarkan Lea menolak troli seoramg diri. Lengan Baby direngkuh kasar.

"Hey you!" Kata Baby dengan gaya gediknya. Mata dijegil kepada Sofea disebelah.

"Kau takpayah nak hey you sangat lah dengan aku. Eh, kau ni kan. Kitorang datang sini bukannya nak beli makanan kau sorang je. Kitorang nak beli barang dapur untuk rumah. Barang penting! Bukannya makanan-makanan yang boleh menggemukkan badan kau ni! Dah tu, penuh pulak tu satu troli!" Marah Sofea.

Baby mengajuk semula apa yang Sofea cakapkan kepadanya sambil menutup kedua belah telinga. Dia menjelirkan lidahnya pada Sofea.

"Akak dengar sini eh. Kalau akak letak balik semua makanan Baby ni... Siap!" Ugut Baby.

"Apa yang kau boleh buat?" Soal Lea sebaik sahaja dia tiba diantara Sofea dan Baby yang sedang bertelingkah kecil itu.

"Hmmm..." Baby berfikir. Matanya memandang ke atas kanan. Jari telunjuknya mengetuk-ngetuk dagu tirusnya itu.

"Akak tau kan apa yang Baby boleh buat? Jadi jangan cuba-cuba nak buat Baby marah. Okey? Hermph!" Baby menoleh dengan laju. Siap jelingan maut lagi.

"Eyy.. Budak ni kan!"

"Dah lah Lea. Jangan bergaduh dekat sini. Nanti kita yang malu. Kau faham-faham jelah Baby tu macam mana kan?"

"Takdelah. Geram pulak aku dengan perangai dia tu" adu Lea.

"Aku tau. Sabar okey?" Pujuk Sofea.

"Hei orang-orang tua! Cepatlah!! Lembap lah! Baby dah lapar dah ni!" Jerit Baby dari jauh.

Sofea dan Lea terkedu. Pelanggan yang berada berhampiran mereka ketawa riang mendengar ayat pedas Baby itu.

"Ya ALLAH.. Kau berikan lah aku kekuatan dan kesabaran yang tinggi untuk aku terus menempuhi hari-hari ku bersama dengan budak tiga suku tu , Ya ALLAH.." doa Lea sambil menadah tapak tangan.

Sofea ketawa sambil menepuk bahu Lea.

"Jom lah. Tak pasal-pasal je hilang budak tu nanti" ujar Sofea.

■■

"JUMPA tak?" Tanya Sofea. Dia bersandar di tepi pintu kereta.

Masin betul mulut Sofea. Memang betul si budak Baby tu hilang. Hilang ke mana pun mereka berdua tidak tau. Habis satu shopping mall tu mereka tawaf. Dah lah tiga tingkat! Penat gila!

"Tak ada lah, Fea. Kedai-kedai yang si gedik tu suka pergi pun aku dah check semuanya. Tapi dia tak ada jugak. Aku syak, dia menyorok lah. Dia kan memang teror larikan diri. Hobi dia kan suka main nyorok-nyorok" ujar Lea. Badannya disandarkan pada sisi kereta juga.

Precious WifeWhere stories live. Discover now