BAB 34

5.4K 298 47
                                    

LUAS mata Tiara tercelik dengan tiba-tibanya. Chong yang masih lagi menyentuh setiap inci tubuh Tiara ketika itu langsung tidak sedar bahawa Tiara sudah berhenti meronta.

Oh my god! It's me! Mata Mr. Joe tertumpu pada makhluk yang menindih tubuhnya ketika itu. Gigi diketap kuat dengan senyuman sinis.

You're dead!

"Hey! Please untie this rope first! Just let me 'work' on you."

Ujar Mr. Joe dengan senyuman menggodanya pada Chong. Senyuman yang terselit maksud yang mendalam sebenarnya.

Chong yang mendengar terus menerpa pada tangan Mr. Joe yang sedang terikat itu lalu membuka laju ikatan tali tersebut. Dia tidak tahu yang dia sedang dipermainkan dek kerana hati Chong yang terlalu senang apabila mangsanya itu merelakan jua untuk dia disetubuhi.

Mr. Joe menolak Chong sehingga terbaring di atas katil. Mr. Joe bertinggung di atas badan Chong lalu dia menyeringai.

"You dirty rat! Take this you fucking asshole!!"

Buk! Buk!

Pipi kanan Chong ditumbuk berulang kali tanpa henti. Kemik habislah pipi si Chong tu jawabnya. Sudahlah sebelah sahaja yang ditumbuknya.

"Sakitlah! Lu sudah gila ka perempua?!"

Chong menolak Mr. Joe sehingga jatuh di atas lantai bilik itu. Mr. Joe mengaduh sakit sambil menggosok-gosok punggungnya yang terasa pijar itu.

"Uhhh.. my butt is really sore right now. Heh, this chinese guy..."

Perli Mr. Joe dengan kepala yang tergeleng-geleng. Dijelingnya Chong yang sudah berdiri itu. Mr. Joe juga turut berdiri sambil menahan sakit dipunggungnya.

"What are you looking at? Wanna fight with me? Hah?!"

Kata Mr. Joe yang sudah bersiap sedia dengan gaya karatenya itu. Chong mengerutkan dahinya.

"Lu manyak pelik lah amoi.."

"Shut up! I don't understand you!"

Buk!

Ditumbuknya rahang Chong kemudian ditendangnya perut lelaki cina itu sekuat hati. Chong sudah bengang. Pisau lipat di dalam seluar jeansnya diambil. Matanya merah kerana marah yang melampau.

Mr. Joe melangkah beberapa tapak ke belakang. Takut dia melihat pisau itu. Walaupun kecil, namun dia tahu pisau itu amat tajam. Hujung mata pisau itu berkilau sahaja.

"Wha.. what do you want to do?"

Mr. Joe sudah cuak. Dia berun dur lagi ke belakang. Silih berganti dia memandang Chong dan pisau lipat itu. Haihh.. Mr. Joe. Tadi berani sangat nak ajak lawan. Sekarang, kecut pula.

"Lu takda guna punya orang lah. Lu tau tak yang lu punya bapak sudah hutang sama wa banyak wo. Takkan wa mau biar macam tu saja meh? Jadi malam ni lu kena layan kemahuan wa lah sebagai galang-gantinya. Bukan malam ni saja meh, sampai bila-bila pun. Lu ada faham ka?"

Ujar Chong panjang lebar.

Mr. Joe menggaru-garu belakang kepalanya.

"Oh god, please help me right now. What he is talking about? What language he speaks?"

Perlahan suara Mr. Joe berbicara seorang diri.

Tanpa amaran, Chong berlari ke arah Mr. Joe dengan menghalakan mata pisau itu tepat padanya.

"Aaaarghhhh!!!"

Mr. Joe menjerit ketakutan persis seorang gadis dengan kedua belah tangannya dikibas-kibaskan ke udara.

Precious WifeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang