BAB 25

6.4K 326 28
                                    

INAI merah yang cantik mewarnai kesepuluh jari-jemari Tiara itu ditenung sepi olehnya.

Sekejap sahaja masa berlalu. Dia kini sudah sah bergelar isteri kepada Aariz hanya dengan sekali lafaz sahaja. Mereka berdua telah dinikahkan pada pagi hari tadi.

Malam nanti majlis resepsi mereka pula. Memang nikah dan sandingnya dibuat dalam satu hari sahaja. Itu juga permintaan Tiara. Aariz hanya mengikut tanpa membantah. Tidak mahu pula nanti Tiara tidak selesa.

Bila nak difikirkan, Tiara bukannya ramai ahli keluarga. Sedara-mara yang lain pun, tidak semua yang datang. Namun Tiara bersyukur, mereka tetap menghulurkan bantuan dalam menyiapkan majlis walaupun tidak lama. Itu pun sudah memadai bagi Tiara.

Tiara faham. Kebanyakkan mereka sibuk dengan kerja dan keluarga sendiri. Dia juga bukannya jenis yang suka memaksa.

Dalam pada masa yang sama Tiara mengeluh. Dia hanya mahu buat majlis biasa-biasa sahaja. Tetapi, setelah mengetahui status dan pangkat suaminya itu, terpaksa lah dia menurut. Sungguh dia bencikan keramaian.

Berpeluh-peluh tangan Tiara apabila memikirkan saat itu nanti. Baru fikir saja sudah mampu membuatkan dia sesak nafas dan sakit kepala.

"Jauh menung pengantin baru kita ni.." sapa Sofea lalu dia melabuhkan punggungnya di sebelah Tiara.

Lea juga tidak ketinggalan.

"Kau fikir apa? Kau tak happy ke dengan semua ni?" Teka Lea.

"Eh. Bukan macan tu lah. Mana ada. Aku happy sangat, korang. Aku cuma pelik. Aku masih lagi terkejut. Rasa macam mimpi pulak. Yelah, walaupun.. Aku dengan Aariz berkahwin atas dasar suka sama suka kan? Tapi, aku tetap rasa macam mimpi je. Lepastu... Aku kena tinggalkan korang berdua pulak lepasni. Tak boleh balik rumah selalu."

Tiara sebak. Pantas Sofea memeluk bahunya. Kepala pula diletakkan di atas bahu Tiara.

"Jangan lah sedih babe. Jangan risau pasal kitorang berdua. Kitorang tumpang happy sekali untuk kau. Ini lah apa yang kami semua nak selama ni, Tiara. Kami nak kau rasa bahagia semula. You should be happy, girl. It's your day. Don't worry, be happy. Okay?" Pujuk Sofea lembut.

"Aku rindukan family aku, korang. Sepatutnya diorang ada sekali. Ibu.. Abang.."

Tiara menangis.

"Semalam kan kau dah pergi jumpa ibu dengan abang kau. Rindu lagi?" Tanya Lea prihatin.

Tiara mengangguk.

"Takpe. Esok lusa kau ajak lah Aariz pergi melawat diorang sekali. Okey? Dah lah, Tiara. Jangan sedih-sedih macam ni. Kalau kau banyak menangis and sedih je, silap-silap memang tak jadi majlis kau malam ni."

Mereka ketawa serentak. Tiara menampar peha Sofea.

"Terima kasih sebab korang selalu ada ddngan aku. Tolong aku dikala susah dan senang aku. Aku mintak maaf pasal malam tu. Laura memang dah melampau. Aku dah cuba halang dia tapi aku tak mampu. Korang sakit disebabkan aku.."

Tiara tahan sebak.

"Chill lah, Tiara. Laura tu memang macam tu. Kitorang faham sangat. Dan kitorang tau atas sebab apa dia mengamuk malam tu. Apa-apa pun yang berlaku, kitorang akan tetap ada dengan kau. Kami dah janji dengan kau kan, Tiara. Mana mungkin kitorang nak mungkiri janji tu." Lea bersuara tenang.

Bukan sekali dua Tiara meminta maaf kepada mereka berdua. Sejak dulu lagi Tiara begitu. Sentiasa diselubungi dengan sifat serba salah yang tinggi. Mereka faham.

Sesiapa sahaja yang berada pada situasi Tiara pasti akan merasai perkara yang sama.

"Jom masuk bilik balik. Nak maghrib dah ni. Solat awal. Nanti mak andam datang nam siapkan lau lagi."

Precious WifeWhere stories live. Discover now