LAURA berjalan dengan penuh bergaya sepanjang perjalanannya di hall luas villanya itu. Aura dingin yang menyeramkan mengiringi setiap langkah kaki yang dibuatnya.
Wajahnya dingin tak perasaan!
Semua pengawal yang berkawal di setiap laluan hall dan disegenap sudut villa bak istana itu menunduk hormat kepada dirinya. Telan air liur mereka apabila gerangan itu hadir pada malam itu.
Nampaknya, Cik Muda mereka sudah kembali semula setelah sekian lama tidak muncul tiba. Mimpi ngeri bakal bermula semula.
She's back!
Laura masuk ke satu bilik ditingkat dua yang menjadi tempat mesyuarat dia bersama orang-orang suruhannya itu. Beberapa orang kepercayaannya masuk ke dalam bilik tersebut dan berdiri tegak sahaja.
Bersiap sedia menunggu arahan atau segala apa perintah yang bakal mereka terima daripada Cik Muda mereka yang hanya menghadap ke luar jendela ketika itu. Tidak tahu apa yang menariknya suasana malam yang sungguh gelap pada waktu itu.
"Selamat pulang, Cik Muda."
Zayn menyapa. Kedudukannya didekatkan dengan Laura.
"Tempat last dia dekat mana?"soal Laura dengan nada yang dingin.
Zayn termanggu seketika. Tak ada salam tak ada apa tiba-tiba kena soal macam tu. Bukannya Zayn tak biasa. Cuma dia dah lama tak bercakap dengan Laura. Dia jadi bingung sekejap. Zayn kembali ke alam nyata apabila Laura berpaling dan merenungnya tajam sambil berpeluk tubuh.
"Pekak?"sindir Laura.
"Err.. ya, urm.. tak! Tak, Cik Muda. Maafkan saya kerana mengelamun. Apa yang saya tahu... dia kerap berpindah-randah. Agak susah juga untuk detect current location dia sebab.."belum sempat Zayn menghabiskan ayatnya Laura sudah menempik.
"I don't want excuses, Zayn! I want answers!!"
Suasana di dalam bilik mesyuarat itu sunyi sepi. Zayn menunduk sedikit.
"Maaf, Cik Muda. Last location dia di Kemaman, Terengganu. Dia baru berpindah ke sana dalam dua hari yang lepas. Sebelum tu... dia duduk di Pulau Pinang."serius Zayn memberikan jawapannya.
Laura ketawa sinis. Lari lah lagi orang tua. Aku nak tengok sejauh mana kau boleh lari daripada aku. Bisik hati Laura.
"Keep your eyes on him. Setiap langkah kaki dia walaupun seinci! Kau kena update dekat aku. Ingat! Jangan sampai terlepas. Kalau tak... nyawa kau sebagai galang-gantinya."Laura bersuara dalam. Ugutan yang sering keluar daripada mulutnya itu bukan main-main.
Jika dia bercakap, pasti dia akan buat. Ruthless.
"Saya menurut perintah, Cik Muda."akur Zayn.
Dialah orang kanan Laura. Apa-apa yang berlaku pasti dia orang pertama yang harus berdepan dengan Laura. Jika Laura tiada, dia jugalah yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga segala benda agar sentiasa teratur mengikut perancangan yang telah dibuat.
Laura licik. Dia juga seorang yang sangat teliti. Sedangkan kesalahan sebesar zarah pun dia boleh nampak inikan pula yang memang dah terang-terangan berlaku di depan matanya.
Jangan cuba-cuba nak rosakkan emosi dan mood Laura. Dia bukannya jenis yang boleh diajak bergurau. Serius sahaja memanjang. Suasana di dalam villanya itu tidak pernah ceria langsung!
"I need my baby right now, Zayn. Aku perlukan keseronokkan malam ni sebagai hadiah come back aku. Oh ya, aku pun happy sangat sebab dapat jumpa korang semua semula hari ni. Aku tau kau memang pandai uruskan segala-galanya termasuklah urusan perniagaan aku sepanjang ketiadaan aku disini. Keep going, okay? Bye."kata Laura.

ANDA SEDANG MEMBACA
Precious Wife
Romance"Lain kali jalan tu pakai lah mata.Bukannya pakai kepala lutut kau.Ke kau ni buta hah?". -AARIZ RAYDEN- "Ta..tak, saya tak buta encik.Saya minta maaf sangat-sangat.Saya mengaku saya yang bersalah sebab jalan tak pandang depan tadi.Maafkan saya..". ...