SUDAH hampir setengah jam Laura dan Azman tidak bercakap. Laura hanya berpeluk tubuh sambil memberi pandangan maut pada Azman. Yang Azman pula hanya menunduk sepi.
Azman mengangkat gangang telefon lalu dilekapkan ke telinga. Laura melakukan gerak-geri yang sama.
"Lau.. err.. takpelah.." bibir Azman masih lagi bergerak-gerak ingin mengatakan sesuatu kepada Laura. Namun kehendaknya itu dimatikan serta-merta apabila dia lihat Laura seperti tidak mahu bercakap dengannya.
"Cakap je." Laura bersuara dingin. Dia meletakkan tangan kanan di atas meja hadapannya. Kening sebelah diangkat pada Azman.
"Laura dah makan? Urm, betul ke ni bukan Tiara?" Azman ragu-ragu. Dia tidak pernah tahu pun tentang penyakit yang dihidapi oleh anaknya itu. Tetapi setelah Amsyar datang melawatnya beberapa hari semalam, dia mengerti akan penyakit yang dihidapi oleh anaknya itu.
Akan tetapi, masih ragu-ragu. Atau... mungkin juga dia terlalu bingung.
"Kau rasa?"
"Hah?" Azman membetulkan gangang telefon di telinganya. Salah dengar kot?
"Kau rasa kau tengah bercakap dengan siapa sekarang ni?" Soalan dipanjangkan agar Azman lebih mudah memahami maksud yang sebenarnya.
"Kenapa kau buat kitorang macam ni? Kenapa pukul? Kenapa mendera? Sebab apa?!" Suara Laura meninggi tetapi dia masih lagi cuba mengawal.
Laura masih lagi belum berpuas hati. Sejarah hitam itu, akan diungkit dan dicari tahu kisahnya yang sebenar-benarnya sehingga dia puas.
Azman menunduk. Kepala digeleng kesal.
"Aku... ayah tak tau. Ayah muda lagi masa tu. Ayah terlalu baran dan tak boleh nak kawal emosi sendiri. Tapi bukan bermaksud ayah tak sayangkan..." kata-kata Azman laju dicantas oleh Laura.
"Kalau sayang, kau takkan buat semua tu. Kau sendiri ada otak untuk fikir mana baik dan buruknya. Tapi aku tau. Sayang yang kau maksudkan bersebab, kan? Sayang yang kau ucapkan tu hanya pada bibir dan bukannya lahir mekar dari hati kau tu! Oh, yelah... kau sayangkan kitorang untuk kebaikkan diri kau sendiri..."
Laura berdiri dan membongkok sedikit. Seorang pegawai polis yang berada di belakangnya cuba untuk menenangkan Laura yang sudah berada dalam keadaan marah yang menggunung.
"Kebaikkan buat seorang... penagih dadah, kaki judi dan... pembunuh..." Laura senyum sinis. Azman tidak mahu langsung membalas renungan mata Laura yang sedang terbakar dek api dendam yang lama.
"Jawablah!!" Cermin kaca yang menjadi penghalang di antara Laura dan Azman itu ditumbuk kuat oleh Laura. Pegawai polis lelaki itu berdiri di hadapan Laura dan menahannya.
"Ya, aku mengaku!! Memang aku buat semua ni sebab judi. Tapi aku menyesal lepas tu, Laura. Aku menyesal sangat-sangat. Aku dah bunuh keluarga aku sendiri. Isteri aku... anak-anak aku.. semuanya aku bunuh disebabkan dadah, judi dan duit!! Dan aku jadikan kau sebagai cagaran dalam segala jenis judi yang aku main. Memang salah aku! Salah aku!!" Azman menghentak kepalanya di atas meja dihadapannya dengan begitu kuat sekali.
"Bunuh jelah aku cepat! Itu yang korang nak sebenarnya, kan?!!" Kepalanya dihentak lagi. Wlaaupun sudah dihalang oleh pegawai polis, akan tetapi Azman masih lagi melakukannya.
Badan Azman ditolak ke belakang dengan kasar oleh dua orang pegawai polis yang berjaga dibelakangnya tadi. Makin dibiar, makin teruk jadinya nanti.
Dahi Azman berdarah. Mengalir deras jatuh ke baju berwarna orennya itu. Darah yang mengalir, turut disertai dengan aliran air matanya. Bertahun duduk di dalam penjara yang merupakan neraka dunia baginya itu, membuatkan Azman semakin berada dalam keadaan yang tidak waras sesekali.
YOU ARE READING
Precious Wife
Romance"Lain kali jalan tu pakai lah mata.Bukannya pakai kepala lutut kau.Ke kau ni buta hah?". -AARIZ RAYDEN- "Ta..tak, saya tak buta encik.Saya minta maaf sangat-sangat.Saya mengaku saya yang bersalah sebab jalan tak pandang depan tadi.Maafkan saya..". ...