BAB 40

6.2K 332 33
                                    

SEBAIK sahaja pintu rumah dibuka luas, berubah terus air muka Aariz apabila melihat Razin dan Rania sudah tercegat dihadapan pintu rumahnya.

"Surprise!!"

Teriak Razin dan Rania serentak. Usai memberi salam dan bersalaman dengan Aariz, terus dua beradik itu melangkah masuk dengan tangan penuh dengan plastik makanan dan duduk di sofa di ruang tamu.

Aariz menggaru kepala yang tak gatal. Halkumnya turun naik dengan laju.

Bala apa pulak yang datang ni? Eh! Tak baiklah Aariz. Diorang tu adik-adik kau. Darah daging kau jugak.

Pintu rumah ditutup rapat. Aariz berlagak biasa. Mukanya tenang sahaja. Tetapi, di dalam dirinya ketika itu, hanya Allah sahaja yang tahu.

Dahi Aariz sedikit berpeluh. Sudahlah tadi dia main ayam musang dengan Baby. Sekarang ni, datang pula lagi satu masalah yang boleh buat jantung dia berdegup dengan pantas.

"Abang Aariz! Kak Tiara mana? Tak nampak pun."

Rania memulakan perbualan.

"Kau fikir rumah aku ni setingkat jeke?"

Rania mencebik. Aariz dijeling tajam.

"Jeling-jeling. Cucuk mata tu bagi buta tau lah. Kak Tiara ada dekat bilik. Err.. dia tengah.. solat."

Tipu Aariz. Takpelah. Aku terpaksa. Padahal si Baby tu tengah sedap menari tarian k-pop dia dekat dalam bilik tidur.

"Yang korang datang sini tak bagi tau apa-apa dengan aku dulu tu dah kenapa? Main terjah je rumah orang suka-suka. Ingat negara orang putih ke nak surprise-surprise bagai? Sepatutnya bagi salam dulu. Dekat sekolah belajar Pendidikan Islam kan? Takkan bebal lagi kot? Adab mana adab? Ingat! Kita ni orang islam. Tak kisahlah kita ni mix sekalipun tapi jangan sesekali kita lupa pada agama dan asal usul kita sendiri. Takpayah nak terlalu ikut budaya barat tu sangat. Dalam badan kita ni mengalir jugak darah melayu."

Hambik kau! Setepek kena bebel dengan Ustaz Aariz. Siap dapat pakej kena perli lagi tu.

"Alamak! Ustaz Aariz dah muncul lah pulak..."

Bisik Razin pada Rania.

"Tulah tu. Bukan biasa-biasa benda ni jadi ni."

Rania pula yang membisik.

"Hah! Apahal mulut kau dua orang terherot-herot macam tu? Nak stroke dah? Jangan ingat aku tak tau yang korang sebenarnya tengah kutuk aku kan?"

Sindir Aariz sambil bercekak pinggang dihadapan dua adiknya itu.

"Dia tau pulak.."

Ujar Razin perlahan. Mata dua beradik itu tepat memandang abang kesayangan mereka itu.

"Ayyookk!! Bagitau ibu dengan ayah yang abang cakap kau aku dengan kitorang..."

Ugut Rania dengan mata bulatnya tu.

"Nak main ugut-ugut aku pulak. Jangan sampai aku halau korang balik rumah kejap lagi."

Giliran Aariz pula yang mengugut.

"Abang Aariz ni serius sangat lah. Patutlah muka tu tak tau nak senyum dengan orang. Chill lah. Hidup ni kena chill-chill je," Rania membalas semula.

Melihat mata Aariz yang sepertinya tidak mahu lepas daripada memandangnya, Rania segera melarikan bola mata ke tempat lain.

Serammm..

"Dah makan ke belum?"

Suara Aariz kembali mengendur.

"Belum. Ni! Kitorang ada beli pizza hut dengan McDonald's. Makan sama-sama jom!"

Precious WifeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang