AARIZ menolak ke dalam pintu kaca sebuah kafe yang dia tujui. Wajahnya biasa sahaja. Dia mula mencari tempat duduk yang dirasakan selesa dan jauh daripada mata-mata nakal. Ya! Mata-mata perempuan gatal!
"Wey, hensemnya!!" Jerit satu suara perempuan kepada dua orang lagi kawannya.
"Wah, mat salih pun datang makan sini lah.."
"I nak ngorat you boleh tak?" Soal satu perempuan tanpa segan silunya. Dia fikir Aariz tak faham agaknya.
Bla.. Bla.. Bla..
Banyak lagi kata-kata yang boleh memekakkan telinga Aariz. Geli geleman. Dia datang ke kafe itu hanya ingin mencari seseorang.
Gadis misterinya.
"What to order, sir?" Ramah Imran bertanya. Senyuman manis bak gula juga turut serta diberi. Semestinya lah. Dah itu kerja dia. Buku menu diberi.
"Hot coffe"
Imran mula mencatat.
"Anything else, sir?"
"No. Thanks"
"My pleasure, sir"
Imran kembali mengambil buku menu lalu dibawa bersamanya ke bahagian kaunter minuman panas.
"New order"
Imran mengepit kertas pesanan di tempatnya. Firdaus mengambil kertas tersebut dan membacanya lalu dia terus melakukan kerjanya sebagai pembuat air minuman panas.
"Im!" Najla memanggil Imran setelah dia baru sahaja menghantar pesanan yang diminta oleh pelanggannya tadi.
Imran mendekat sambil membetulkan apron hitam yang terlilit kemas dipinggangnya.
"Pahal?" Tanya Imran sedikit kasar.
"Kau baru lepas ambik order mat salih tu ke?" Tergedik-gedik Najla menyoal.
"Hm. Asal?"
"Saja je aku nak tanya. Salah ke?"
Meliang-liuk badan Najla apabila bercakap. Sesekali, matanya menyorot nakal pada Aariz yang leka bermain dengan gajetnya ditangan.
"Memang salah. Menyibuk asal? Lagi satu, soalan kau ni adalah soalan yang tak bermotif. Macam kau lah. Hidup pun macam tak ada motif apa-apa. Menyusahkan orang je tau. Dah lah kau ni. Pergi buat kerja kau sana! Tu! Nampak tak pelanggan baru dah ramai yang masuk tu. Pergi ambik order cepat"
Tegas Imran memberikan arahan. Dia sebagai senior haruslah menunjukkan sikap yang bertoleransi kepada pekerja junior. Nanti, dia jugak yang kena.
Si Najla tu pun dia sudah bosan melayan. Nak-nak pula Najla adalah junior dia sewaktu dia di sekolah menengah dulu. Memang sikap Najla tu selalu buat orang meluat. Sehari tak menggedik memang tak sah perempuan tu agaknya. Kerja pun macam nak tak nak je buatnya. Ergh!
"Imran, Najla. Kenapa ni? Awak berdua nak buat kecoh ke dekat sini?" Soal Sofea yang baru keluar daripada pejabat Tiara.
Niat nak ke bilik air terbantut apabila dua orang pekerja Tiara itu bergaduh sesama mereka. Gaduh ataupun tidak dia sendiri tak tau. Tapi tang pasti, kalau dah berlawan mulut lepastu siap buat muka nak serang orang tu, kira gaduh lah tu kan?
"Takde apalah Cik Sofea. Saya cuma suruh si Najla ni ambik order cepat je sebab pelanggan dah masuk ramai tu ha. Itu je" Imran acuh tak acuh. Dia sengih sahaja.
"Hm. Bagus lah kalau macam tu. Tapi saya rasa sekarang ni awak berdua kena bertindak serentak lah nampaknya"
Imran dan Najla terpinga-pinga. Aduh! Lost pulak.
YOU ARE READING
Precious Wife
Storie d'amore"Lain kali jalan tu pakai lah mata.Bukannya pakai kepala lutut kau.Ke kau ni buta hah?". -AARIZ RAYDEN- "Ta..tak, saya tak buta encik.Saya minta maaf sangat-sangat.Saya mengaku saya yang bersalah sebab jalan tak pandang depan tadi.Maafkan saya..". ...