BAB 60

5.2K 376 56
                                    

TERCUNGAP-CUNGAP Aariz apabila dia sampai di kawasan tepi pantai itu. Penglihatannya terhad dek kerana keadaan di sana yang suram dan hanya bergantung kepada lampu daripada kawasan rumah api itu.

"Tiara!! Mana kau?!"

Aariz memanggil nama Tiara sambil berjalan terus ke hadapan. Dimanakah Tiara berada? Firasat Aariz kuat mengatakan bahawa Tiara ada disitu. Aariz tahu apa yang dia buat ini salah. Tetapi, dia terpaksa.

"Tiara ni aku, Aariz! Keluar lah! Aku tau kau ada dekat sini. Tolonglah keluar.."

Aariz terdengar bunyi geseran besi dan juga hentakan kaki orang berhampiran dengan kawasan rumah api. Tanpa menunggu lama, Aariz memanjat pagar besar rumah api itu yang sudah pun dikunci dengan manga dan rantai besi yang besar.

Dia tahu ini salah. Namun, dia terpaksa demi isteri tersayang. Bunyi yang serupa seperti tadi kedengaran lagi. Aariz memandang ke sekeliling. Dia tidak nampak kelibat orang langsung.

Sunyi pula kali ini. Aariz masih lagi berhati-hati dengan langkah kakinya. Dia perasan seperti ada orang yang berlari-lari ke atas dan bawah di dalam kawasan rumah api itu.

Bunyi seperti ada orang yang mendaratkan kaki ke atas tanah di belakang Aariz. Cepat-cepat Aariz menoleh.

Buk!

"Arghh..."

Rahang Aariz ditumbuk. Dia terdorong ke belakang. Matanya tajam menikam ke hadapan.

"Tiara.."

"Siapakah kamu? Mengapa kau membuat kacau disini? Bagaimana kamu tahu ada orang di dalam ini?" Tanya dia dengan wajah yang tidak kelihatan.

"Adakah engkau salah seorang daripada pelaku keganasan terhadap Tiara suatu masa dahulu?" Dia menduga.

"Kau... The Last Man?" Aariz membalas dengan soalan kembali.

The Last Man ketawa sinis. Suaranya dalam dan serak. Pertuturannya sungguh tersusun dan lembut.

"Bagaimana kamu mengenali diri aku? Pernahkah kita berjumpa sebelum ini?"

"Tak! Tapi aku kenal siapa diri kau."

Kata Aariz. Inilah hari yang dinanti-natikan oleh Aariz. Akhirnya, dia dan The Last Man bersua muka juga.

"Benarkah? Apa buktinya?"

"Pulangkan Tiara pada aku."

The Last Man berdecit. Dia berjalan mengelilingi Aariz.

"Manusia seperti apakah kamu ini? Bila ditanyakan soalan, dibalas semula dengan soalan. Malah, bersikap biadap pula tu.."

"Aku tak perlu jawab semua soalan kau. Aku suami Tiara. Aku berhak untuk menjaga dia. Pulangkan Tiara pada aku!!" Jerkah Aariz.

The Last Man memejamkan matanya seketika. Dia benci mendengar suara pekikan yang kuat. Dia bertindak mencekik Aariz dan dihentakkan ke dinding rumah api yang suram dan sepi itu.

"Biadap! Sungguh biadap pertuturan kau terhadap aku! Tidakkah engkau tahu bagaimana caranya untuk berbicara dengan menggunakan kata-kata yang lebih baik dan indah untuk didengari?!!"

Aariz memegang tangan The Last Man yang mencekik lehernya itu.

"Suami?! Suami apa?! Aku tidak pernah mengetahui langsung bahawa Tiara sudah berkahwin! Kau memang seorang pembohong yang licik!!"

Badan Aariz dibaling ke atas tanah dengan kasar.

Antara semua identiti yang Tiara ada, hanya The Last Man saja yang tidak tahu bahawa Tiara sudah berkahwin dengan Aariz.

Precious WifeWhere stories live. Discover now