BAB 33

5.5K 271 22
                                    

"NAMA pengirim memang Sofea ke?"

Aariz menyoal Sean dengan serius. Sean, Jerry dan beberapa lagi orang suruhan Aariz berdiri tegak di tengah ruang tamu rumah itu menghadap Aariz yang sedang duduk megah di atas sofa satu yang mewah itu.

"Memang nama Sofea yang tertera disitu, Tuan Aariz. Tapi saya pasti yang ini semua adalah tipu helah saja." Balas Sean.

"Maksud kau?"

"Kemungkinan, ada yang cuba untuk mengkhianati Puan Tiara dan kawan-kawannya. Macam yang kita semua tahu, mereka bertiga memang rapat. Jadi, mungkin ini adalah salah satu cara untuk hubungan persahabatan mereka putus dan ada juga agenda lain yang seseorang itu ingin lakukan."

Hujan Sean panjang berjela. Aariz angguk mengerti. Betul juga kalau nak difikirkan akan hal itu.

"Lagi satu, Tuan Aariz. Saya syak pekerja pos laju tu bukan pekerja yang sebenar."

Giliran Jerry pula menghuraikan isi katanya.

"Saya rasa, dia penyamar dan bekerja untuk seseorang itu. Apa yang boleh saya katakan.. orang itu pasti sudah kenal akan Puan Tiara."

Sambung Jerry lagi. Semua bersetuju dengan dengan huraian lelaki itu.

"Aku nak korang cari siapa dalang disebalik semua ni."

Aariz berdiri sambil memasukkan kedua belah tangannya ke dalam poket seluar.

"Lagi satu... korang tolong buang kepala kucing tu jauh-jauh daripada sini. Aku tak nak rumah aku ni muncul bau perfume baru pulak."

Pesan Aariz. Kepala kucing hitam yang telah tiada badan dan berulat itu adalah milik kucing yang telah dibunuh di rumah Tiara tempoh hari. Badan diberi pada Sofea dan Lea manakala kepala pula diberikan kepada Tiara.

Hebat sungguh amaran orang itu. Tunggu dan lihat sahaja lah nanti.

AARIZ mengambil telefon bimbitnya di meja lampu sebelah katil. Aariz mencari nombor Sofea. Dia mahu selesaikan suatu hal dengan sepupu isterinya itu.

Aku nak jumpa kau esok. Urgent!-Aariz.

Dekat mana?-Sofea.

Kafe. Waktu lunch. -Aariz.

Okey. Jumpa esok. -Sofea

Aariz menutup Iphonenya kembali. Matanya tertancap pada Tiara yang sedang lena. Sedang leka dia mengelamun, Tiara tiba-tiba sahaja meracau halus.

"Maafkan, Tiara.."

Tangan Tiara bergerak-gerak sedikit. Aariz membiarkan. Dia mahu tahu juga apa yang Tiara mimpikan itu.

"Sakit.. sakit.."

Air mata Tiara mengalir laju dikedua-dua belah matanya. Dahinya berkerut-kerut seperti menahan kesakitan yang dialami.

"Ibu.. ab.. abang. Tolong Tiara.."

"Tiara bangun.."

Aariz menepuk-nepuk pipi Tiara perlahan agar isterinya itu sedar semula. Elok sahaja selepas itu Tiara diam dan tidak meracau lagi. Dia kembali ke alam mimpinya semula.

Lena..

Lena..

Dan terus lena.


"TAKKANLAH aku nak buat dekat Tiara macam tu kot? Kau gila ke apa? Aku sayangkan Tiara dan tak mungkin aku akan khianati dia. Dia keluarga aku, Aariz. Tak tergamak aku nak buat macam tu dekat dia. Cukuplah dia terseksa selama ni."

Precious WifeWhere stories live. Discover now