BAB 7

6.9K 356 5
                                    

PEN hitam yang terselit di antara jari hantu dan telunjuknya dipusing-pusingkan. Aariz teringatkan kejadian semalam di mana dia terserempak dengan gadis itu lagi.

Ada 2 perkara yang dia perasan pada gadis itu. Satu, tak pakai tudung. Dua, suara yang serak dan agak garau juga jika didengari. Terfikir juga. Perempuan tu ada kembar ke?

Lagi satu, darah. Ya, darah! Lepas Aariz melepaskan pegangan tangannya pada Tiara dan usai saja gadis itu beredar bersama Sofea, Aariz melihat tapak tangannya yang seakan-akan agak lembap sedikit. Dan bila dilihat, ianya darah.

Perempuan tu cederakan diri dia sendiri ke? Dah lah duduk dekat tempat gelap, lepastu tak ada orang lalu pula tu. Haihh.. apalah masalah dia sebenarnya.

Eh, biar jelah kan? Asal aku nak menyibuk pula hal dia? Bukannya penting pun.

Aariz melihat jam Rolex ditangannya. Sudah pukul 1:15 petang. Perut pun dah lapar. Macam biasa lah, nampaknya Aariz akan keluar lunch seorang diri lagi. Macam selalu.

Kalau dia bosan sangat pun, dia akan ajak Amsyar untuk temaninya. Tapi, adiknya itu nampak gaya lebih sibuk daripada dia.

Biasalah, yang sorang bos besar dan yang sorang lagi makan gaji. Nak buat macam mana? Tak boleh lah sesuka hati je Aariz mahu ajak Amsyar keluar ke mana-mana.

Tapi, bila ada saja masa lapang, pasti mereka berdua tidak akan melepaskan peluang. Akan dimanfaatkan sebaik-baiknya peluang yang ada itu. Apa-apa pun, family first!

"Aahh.."

Aariz mengeluh lega apabila tulang-tulangnya diletupkan. Lama juga dia duduk di kerusi kerjanya. Asyik sangat menghadap kompuer dan kertas kerja. Sampai naik kematu jadinya.

Tak ada apa sangat pun yang perlu dikemaskan. Hanya susun-susun sedikit kertas kerjanya, siaplah.

Telefon dimasukkan ke dalam poket seluar. Kunci kereta dan dompetnya diambil lalu Aariz bergerak keluar dari pejabatnya.

Nak makan mana pula harini? Asyik makan tempat sama bosan juga. Teka Aariz.

Maka, misi mencari kedai makan pun bermula.

■■

"KAU tak boleh lah buat macam ni, Darius. Nanti apa pula orang sekeliling kata pasal Tiara.."

Kemana saja Darius berjalan Sofea akan ikut. Pergi dapur, masuk bilik air dan sampailah pakai baju pun Sofea ada sekali. Dia tak peduli dah.

"Pedulilah orang nak kata apa. Laura yang memang sejak azali  free hair tu pun selamba je keluar guna badan Tiara. Mesti aku pun tak ada masalah kan kalau nak free hair terus?" Tanya Darius. Bilik air dituju selepas selesai memakai bajunya.

"Tapi Laura selalu keluar malam je. Jadi orang tak perasan dia sangat.."

"Ada beza ke? Tak kan?" Darius cuba psiko Sofea agar gadis itu terdiam. Dan dia berjaya.

Sofea gigit bibir bawahnya. Dia balik dari kafe pun sebab nak ajak Tiara pergi sana sekali. Ada kerja yang perlu diselesaikan oleh Tiara di kafe itu. Dia ada klien yang selalu berurusan dengannya. Kiranya, Tiara juga dikenali. Jadi, dia tidak boleh hilang begitu saja. Pasti klien-kliennya akan hilang kepercayaan pada Tiara.

Ingatkan semalam Tiara yang akan kembali. Tapi alih-alih, masih lagi si Darius ini. Haru betul.

"Boleh lah Darius. Please..." Rayu Sofea.

Precious WifeWhere stories live. Discover now