BAB 22

5.3K 289 7
                                    

SOFEA termenung sendiri. Kedua belah tangannya setia mengenggam tangan kanan Lea. Hampir seminggu juga Lea tidak sedarkan diri selepas kejadian dia dipukul pada malam itu.

Syukur apabila tiada berlaku sebarang kecederaan yang teruk. Hanya sedikit gegaran pada bahagian otak dan tiada darah beku di dalam bahagian kepalanya selepas diperiksa oleh doktor pakar. Hanya bengkak dan benjol sahaja.

Sofea pula cedera pada bahagian wajahnya. Bibirnya masih bengkak dan pecah. Hujung mata kirinya lebam. Juga terdapat calar di serata wajahnya. Dia juga dipukul. Seluruh badannya masih lagi terasa kesakitan akibat dari peristiwa itu.

Sofea dan Lea telah dipukul pada malam dan hari yang sama. Bezanya, Sofea dicederakan terlebih dahulu sehingga dia tidak sedarkan diri di dalam biliknya lalu pintu biliknya dikunci dari dalam.

Jadi, Lea tidak mengesyaki apa-apa. Hanya fikir yang dia sudah tidur sahaja diwaltu itu kerana sudah lewat malam. Kemudian, barulah Lea pula yang dipukulnya.  

Memang satu rencana yang sudah dirancang dengan baiknya. Dan orang itu berjaya melakukannya hanya dalam sekelip mata sahaja tanpa disyaki oleh sesiapa pun.

Setelah Sofea sedarkan diri, dia mencari Tiara dan Lea. Dia berusaha juga untuk bangun walaupun badannya sakit.

Terkejut apabila lantai bilik Tiara terdapat kesan darah dan tertiarap sekujur tubuh. Pada mulanya, disangkakan Tiara. Rupa-rupanya, Lea.

Sejurus itu Sofea terus meminta bantuan daripada rakannya sendiri. Bila ditanya, Sofea hanya menjawab ada orang pecah masuk rumah. Dan apabila didesak untuk membuat laporan polis, Sofea mengelak dan mengingatkan agar tidak memanjangkan cerita lagi.

Kafe juga ditutup. Sekali lagi Sofea menipu dengan mengatakan dia dan Tiara ada hal penting yang harus diselesailan di luar negara. Nasib saja pekerja-pekerja mereka tidak tanya lebih. Suka lagi adalah sebab dapat cuti lama.

Biarlah mereka berehat panjang.

Tiara? Dia juga hilang tanpa dapat dikesan. Sofea tahu, kejadian malam tu bukannya dilakukan oleh Tiara. Tetapi, Laura. Sofea juga yakin bahawa Laura pasti mengetahui akan sesuatu hal yang mendorongnya untuk bertindak sedemikian rupa.

Kerana setiap apa yang Tiara lalui, pasti Laura akan tahu. Laura sudah hidup bersama dengan Tiara lebih lama daripada identiti yang lain. Dia terlalu kuat. Jadi, dia lebih banyak mengetahui siapakah Tiara yang sebenarnya termasuklah segala apa tang berlaku dalam hidup Tiara dia tahu.

Tiada yang terkecuali. Tiada apa juga yang boleh disembunyikan oleh Tiara daripada pengetahun Laura.

"Lea... Bangunlah Lea. Aku takut. Aku sorang-sorang kau tau tak? Tiara hilang, Lea. Aku tak tau nak carik dia dekat mana lagi. Kau jangan tinggalkan aku macam mana Tiara dah tinggalkan kita." Sofea mula emosi.

Sofea hilang sekali gus kedua-dua orang kesayangannya. Walaupun hanya seketika, namun kehilangan tu tetap terasa.

Saban hari dia menangis ditepi Lea. Asyik saja diulang-ulang ayat yang sama. Berharap yang Lea akan balas semula. Tapi hampa.

Lea hanya diam membisu dan memejamkan matanya sahaja.

"Lea... Bangunlah.." Sofea masih lagi menangis.

Sofea menunduk. Dia meletakkan tangan Lea pada dahinya.

"Jangan buat aku macam ni. Aku dah tak tau nak mintak tolong dekat siapa lagi sekarang ni. Bangunlah, Lea..."

Sofea masih lagi merayu.

"Tiara dah hilang, Lea. Tiara hilang. Tolonglah bangun.."

■■

Precious WifeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang