BAB 42

5.3K 319 20
                                    

"DAH lama bangun ke?"

Tanya Aariz pada Tiara setelah dia mengunci pintu bilik mereka berdua. Aariz tersenyum pada Tiara sebelum dia duduk disisi katil disebelah isterinya itu.

"Takde lah lama sangat."

Balas Tiara ringkas.

"Ni siapa?"

Tiara tidak menjawab. Sebaliknya, wajahnya langsung tidak menunjukkan apa-apa riak.

"Kau... Baby ke?"

Soal Aariz lagi. Tiara hanya membisu.

"Kalau pendiam macam ni... maknanya, Darius lah kan?"

Tiara menggeleng lemah.

"Awak merepek apa ni Aariz?"

Dalih Tiara. Aariz tersenyum tipis. Tangan Tiara digenggam erat. Nampaknya identiti yang berada dihadapan dia sekarang ini adalah Tiara. Bukannya orang lain.

"Tiara. Bukan kau seorang je yang aku kenal. Ramai lagi. Laura, Lauren, Baby, Darius, Mr. Joe... ada lagi yang lain tak?"

Tiara terkedu. Dia pandang Aariz tidak berkelip.

"Awak... Aariz awak.. awak tau?"

"Tau apa?"

Sengaja Aariz menguji.

"Tau yang kau tu 'sakit', hm? Tau lama dah."

"Macam mana awak boleh tau?!"

Tiara bangun daripada pembaringannya secara drastik. Dia tidak percaya dengan apa yang Aariz katakan kepadanya itu.

"Relax. Jangan bangun lagi. Baring dulu." Arah Aariz. Dia membaringkan Tiara semula.

"Nanti aku ceritakan dekat kau, okey? Sekarang ni kau kena makan dulu. Jom turun. Larat tak? Kalau tak larat aku bawak makanan naik atas je."

"Takpe. Saya larat lagi.."

"Jom."

"SAYA boleh makan sendiri lah Aariz. Saya bukannya kritikal pun. Sini sudu tu."

Kata Tiara seraya dia cuba untuk mengambil sudu yang dipegang oleh Aariz ketika itu. Aariz pantas melarikan sudu itu ke arah lain. Ditolak perlahan tangan Tiara yang cuba merampas sudu itu daripadanya.

"No! Makan cepat. Kalau aku yang suapkan lagi cepat kau sihat. Betul tak?"

"Tak. Itu awak je yang memandai-mandai."

Tajam Tiara membidas Aariz.

"Dah aku memang pandai. Nak buat macam mana lagi?"

"Angkat bakul sendiri."

Balas Tiara perlahan. Aariz ketawa. Dia hanya membiarkan. Suapan demi suapan akhirnya habis juga masuk je dalam perut Tiara.

Cukuplah hanya nasi putih, telur dadar dan sayur kubis goreng untuk Tiara seorang sahaja. Makanan itu juga Aariz sendiri yang masak sewaktu Tiara masih lagi tidak sedarkan dirinya tadi.

"Ermm.. kenapa dengan saya Aariz? Apa yang dah jadi?"

Soal Tiara setelah agak lama dia mendiamkan diri.

"Kau pengsan dalam bilik air petang tadi."

"Kenapa?"

"Tak cukup makan. Baby makan tak banyak pun harini. Tak sedar diri tu hyperactive. Makannya sikit je. Dia lebih banyak buat drama daripada makan." 

Tiara menunduk.

"Lemah jugak antibodi kau rupanya kan?"

Sambung Aariz lagi.

"Saya mintak maaf, Aariz."

"Untuk apa?"

"Sebab dah susahkan awak."

Aariz menggeleng. Dicuci pinggan dan gelas yang telah digunakan tadi. Usai membasuh dia mengelap tangan dengan menggunakan tuala kecil kemudian dia berjalan ke arah Tiara semula.

"Aariz!"

Terkejut Tiara dibuatnya apabila Aariz tiba-tiba sahaja mencempung dirinya sehingga masuk ke dalam bilik tidur mereka berdua. Tiara dibaringkan ke atas katil semula.

"Tidur."

Arah Aariz.

"Baru habis makan kan? Takkan nak tidur terus kot?"

Tiara duduk melunjur di atas katil. Kedua belah pehanya diurut-urut perlahan.

Lenguh rasa kaki aku ni. Apalah si Baby tu dah buat dengan badan aku ni seharian agaknya.

"Takpelah. Aku nak ambik angin dekat luar tu sekejap. Kau buat lah apa-apa yang patut asalkan kaki kau tak jejak dekat lantai bilik ni. Walau hujung jari kaki je yang sentuh... kau tau lah nasib kau nanti. Get ready jelah."

Aariz mengambil Iphone miliknya di atas meja sebelah katil.

"Get ready apa?"

Soal Tiara naif.

"Buat anak."

Tiara ketawa kecil.

"Eleh! Macam lah berani."

Kata Tiara tanpa sedar. Aariz berhenti berjalan dan dia berpaling pada Tiara semula yang sudah terkulat-kulat ketakutan. Hailah, mulut..

"Kau jangan cabar aku Tiara. Aku tengah bosan ni. Karang elok-elok sunyi sepi tak pasal-pasal ada karaoke lawan menjerit pulak."

Aariz sengih nakal. Keningnya diangkat berulang kali.

"Aariz!!"

Tiara mencampak bantal kepada Aariz tapi tidak mengena. Jarak pun jauh. Dah sah-sah lah tak kena. Aariz pula sudah menghilangkan diri disebalik pintu gelangsar bilik tidur mereka berdua.

AARIZ mendail nombor Sean dengan pantas. Dia mahukan jawapan kepada soalannya yang sudah lama juga terbeku di mindanya sejak beberapa hari yang lepas.

"Hello, Tuan Aariz."

Sapa Sean terlebih dahulu ditalian.

"Hm. Macam mana?"

"Tuan Aariz, saya mintak maaf banyak-banyak. Saya dah check setiap lokasi dan cuba untuk jejaki kemana sahaja dia pergi tetapi jawapannya masih lagi sama. Azman tetap kami tak dapat jejaki sehari selepas dia larikan diri daripada rumah lama dia tu. Azman hilang tiba-tiba Tuan Aariz. Mata kami tak lekang daripada mengekori dia. Tapi, entah kenapa satu malam tu Azman hilang tanpa dapat kami kesan kemana dia menghilang sebenarnya. Maafkan kami Tuan Aariz. Kami betul-betul tak ada jawapannya sekarang ni. Maafkan kami."

Aariz merengus kasar. Wajahnya diraup kasar. Bibirnya diketap kuat.

"Takpe. Tapi pastikan korang jangan berhenti daripada terus jejaki dia. Ingat. Aku nak orang tua tu hidup-hidup datang jumpa aku. Buatlah apa yang korang nak. Asalkan.. Azman ada dekat depan mata aku bila sampai masanya nanti."

Aariz terus mematikan panggilan telefonnya bersana Sean. Aariz bercekak pinggang. Angin malam menyapa sejuk barang tubuhnya ketika itu.

"Macam mana boleh hilang tiba-tiba pulak? Ada ilmu hitam ke apa? Hergh!"

Aariz menumbuk batu balkoni sekuat hati. Takkan lah Azman kena culik atau dibunuh? Tak mungkin.

"Aku akan pastikan yang kau akan berjumpa dengan aku jugak nanti, Azman."

Tekad Aariz.







.

.

Hi, everything...😘
Sorry kalau bosan. 😢. Author masih bengong. Chap ni dah siap 6 hari lepas. Tapi hrini main tambah2 je. 😴😪

Precious WifeWhere stories live. Discover now