BACAAN surah Yassin yang tadinya sayup-sayup kedengaran akhirnya dihabiskan dengan bacaan doa yang dibaca oleh Aariz.
Surah Al-Fatihah dibaca buat kali terakhir oleh Tiara dengan air mata yang sudah bergenang di dalam kolam air matanya.
Pusara yang dimana tanahnya masih merah segar itu diusap oleh Tiara setelah bunga-bunga segar ditabur di atasnya lalu sejag air disiram secara bergilir dengan Aariz dan triplets.
Sudah tiga hari Azman meninggal dunia dan setiap hari jugalah Aariz, Tiara dan triplets melawat ke pusara Azman itu kerana Aariz telah berjanji dengan Tiara bahawa mereka akan melawat setiap hari ke tanah perkuburan itu jika tiada perkara penting yang menghalang.
Ditanah perkuburan itu, bukan hanya terdapat kubur Azman sahaja bahkan, ianya juga bersebelahan dengan kubur arwah ibu dan abang-abang Tiara kerana nama mereka sekeluarga sudah ditempah di tanah perkuburan itu sejak dulu lagi jika ada diantara mereka yang meninggal. Sangat memudahkan urusan jika begitu. Lagi pula, ianya juga berhampiran dengan kawasan rumah mereka sekeluarga.
Oh ya, satu perkara lagi yang Tiara teringat apabila memandang kawasan perkuburan itu adalah berkaitan dengan Zaqwan dan Dato Hisyam. Dua beranak itu juga sudah bertemu dengan Ilahi awal 2 tahun berbanding Azman dimana hukumannya dilaksanakan pada seminggu yang lepas.
Kes Azman, Zaqwan dan Dato Hisyam, ketiga-tiga mereka telah melakukan jenayah yang sangat berat. Tetapi untuk Azman pula, kesnya lebih parah lagi apabila dia terlibat dalam kes jenayah berat 15 tahun dulu iaitu, membunuh dengan niat.
Kini, mereka bertiga telah menerima hukuman yang sewajarnya di atas kesalahan mereka itu sendiri.
Tiara mengucup batu nisan yang terakhir iaitu batu nisan yang tertera nama ibunya. Air mata hangat tidak henti-henti membasahi kedua belah pipi milik Tiara itu.
"Suatu hari nanti, Tiara akan teman ibu, ayah dengan abang-abang dekat sana jugak. Tunggu Tiara ya, ibu.." batu nisan itu diusap berulang kali.
Usapan yang dilakukan terasa seperti mengusap wajah ibunya suatu ketika dahulu. Cukuplah bagi melepaskan rindu yang terpendam.
"Sayang..." panggil Aariz. Tiara menoleh dengan pandangan yang sayu. Aariz menggeleng kepala kepadanya. Terus didakapnya tubuh tegap Aariz yang bersarung baju melayu berwarna hitam itu.
Bukannya Aariz tidak suka Tiara berbuat sedemikian. Tapi, dia tidak suka apabila Tiara seolah-olah tidak sabar mahu meninggalkannya di dunia yang sementara ini. Andai itu terjadi, dia tidak bersedia lagi.
"Aku dengan anak-anak ada dengan kau. Sentiasa ada. Jangan rasa diri kau sunyi dan keseorangan hidup dekat dunia ni. Jangan cakap macam tu lagi. Aku tak suka. Jangan terlalu meratapi pemergiaan seseorang. Tak elok." Pesan Aariz. Dia membantu Tiara untuk berdiri. Tikar mengkuang digulung oleh Adam lalu dia bergerak ke kereta bersama dengan Aeddy dan Tiana dibelakangnya.
"Jom kita balik. Lewat petang dah ni. Baby dalam perut tu mesti dah lapar. Kau tu pun bukannya makan banyak sangat. Nanti kau sakit, baby pun sakit sama. Kita pergi makan dulu dekat mana-mana restoran lepastu baru balik. Okey?" Cadang Aariz.
"Okey, abang.." akur Tiara. Aariz mengucup dahi Tiara sebelum tangan isterinya itu dipimpin lalu dibawa sehingga ke luar pagar tanah Perkuburan Islam itu.
Sampai sahaja di kereta, Aariz membukakan pintu kereta untuk Tiara.
"Tiara balik dulu. Assalamualaikum." Ujar Tiara sebelum dia masuk ke dalam perut kereta.
"KAU sure ke Tiara dah pulih sepenuhnya?" Soal Aariz serius. Dia tidak senang duduk di dalam bilik pejabat Amsyar itu yang berada di rumah agam miliknya sendiri.
YOU ARE READING
Precious Wife
Romance"Lain kali jalan tu pakai lah mata.Bukannya pakai kepala lutut kau.Ke kau ni buta hah?". -AARIZ RAYDEN- "Ta..tak, saya tak buta encik.Saya minta maaf sangat-sangat.Saya mengaku saya yang bersalah sebab jalan tak pandang depan tadi.Maafkan saya..". ...