BAB 5

7.4K 375 2
                                    

TIDAK senang duduk Sofea dibuatnya apabila kelibat Tiara tidak kelihatan pada malam itu. Sudah acap kali dia menelefon Tiara. Masuk ni sudah 10 kali. Tapi Tiara tak angkat langsung! Sakit hati!

"Aduh Tiara... Mana kau pergi ni? Kereta ada je dekat luar ni" Kata Sofea sambil menyelak langsir di ruang tamu.

Telefon bimbit setia di telinganya. Panggilan bersambung tapi tak diangkat.

"Okey! Ni last. Kalau dia tak angkat juga memang aku sendiri yang keluar pergi cari dia. Bismillah.."

Sekali lagi panggilan dibuat. Berangkat! Bulat mata Sofea.

"Hello, Tiara? Eh, Tiara kau pergi mana malam-malam ni hah? Kau keluar dengan siapa? Asal aku call banyak kali kau tak angkat? Kau dengan siapa tu? Asal keluar rumah tak inform aku dulu? Kalau jadi apa-apa macam mana?"

Ambik kau! Macam machine gun dah soalan yang Sofea bagi.

Sunyi sepi saja tanpa suara. Sofea pelik.

"Tiara? Kau dengar tak aku cakap ni? Hello?"

"Mati.." Kata Tiara.

"Hah?! Apa? Aku tak dengar lah wey. Kau cakap apa? Kuat lah sikit"

"Aku. Nak. Mati" Sekali lagi Tiara memberitahu dengan suara yang keras. Tidak terlalu keras kerana ada terselit nada sedih di dalamnya.

"Mati?!!"

Bergema satu rumah apabila Sofea menjerit dengan kuat.

Apahal pula si Tiara ni? Cakap pasal mati pula. Buang tebiat dia ni. Sofea cuba bertenang.

"Tiara kau dekat mana sekarang ni? Kau relax dulu. Bawa bertenang Tiara. Tarik nafas dan hembus okey? Sekarang ni kau cakap dengan aku kau dekat mana sekarang. Aku pergi sana. Jangan takut, aku cuma nak jumpa kau je. Please.."

Sofea merayu dan cuba menenangkan diri Tiara. Dalam masa yang sama dia juga harus bertenang. Macam mana kalau buatnya Tiara memang betul-betul maksudkan apa yang dia cakapkan tadi tu? Mungkin sekarang ni Tiara ada dekat tengah jalan raya ke.. highway ke atau.. atas bangunan?

Allahuakhbar.. Janganlah Tiara buat macam tu. Tak mungkin Sofea boleh jadi waras lagi masa tu. Memang mustahil. Tiara, tolonglah jangan buat semua tu.

"Tiara kau dekat mana tu?" Soal Sofea lembut.

Dia sudah mengunci pintu pagar rumah. Kaki dilangkah laju kemudian dia terus masuk ke dalam keretanya. Enjin kereta dihidupkan.

Tut.. Tut..

Kurang asam jawa betul Tiara ni. Sofea tergamam seketika. Skrin telefonnya dilihat.

"Wah.. perempuan ni!" 

Skrin telefon ditekan-tekan. Penuh fokus Sofea melakukan kerjanya. Kerja detect dekat mana Tiara berada.

Jumpa!

"Dia buat apa dekat taman ni?"

Tidak mahu membuang banyak masa Sofea terus memecut laju keretanya.

■■

DARIUS termenung jauh ke hadapan. Kedua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket hoodie.

Sedih. Itulah suasana hati yang sedang dilanda oleh Darius ketika itu. Beberapa pasangan dan kaum keluarga yang sedang bergembira di taman itu kelihatan sungguh bahagia sekali.

Gelak ketawa mereka bergema di setiap pelosok taman yang luas itu. Darius senyum sinis. Kepalanya digeleng lemah.

Semua tu hanya lakonan semata-mata. Tak ada manusia yang bahagia dekat dalam dunia ni. Itu semua tidak nyata dan wujud sama sekali. Mereka semua hanya buat-buat. Hakikatnya, mereka sedih dan kecewa.

Itulah kepercayaan yang dipegang oleh Darius. Bagi dia, tak ada satu pun manusia di dalam dunia ini yang gembira mahupun bahagia. Semuanya buat-buat.

Tangan kanan dibawa keluar daripada poket bersama dengan sesuatu benda yang berkilau dan memantulkan cahaya. Pisau lipat!

Lengan baju kiri disinsing hingga ke pelipat siku. Perlahan-lahan bilah pisau lipat itu ditarik keluar daripada tempat persembunyiannya.

Kenapa aku tak bahagia? Aku nak rasa juga ada keluarga disisi sentiasa. Kau bodoh Darius. Semua ni salah kau. Kau gagal untuk selamatkan keluarga kau sendiri. Kau patut mati. Mati je Darius.

Air mata mengalir laju membasahi pipinya. Semakin lama semakin deras.

Ditalakan hujung mata pisau itu ke sasarannya. Ditekan sedikit demi sedikit sehingga lah mengalirnya cecair merah pekat dari kulit mulusnya itu.

"Ini hukuman untuk kau Darius. Kau dah gagal selamatkan diorang semua. Kau patut rasa kesakitannya.." Kata Darius sambil menangis.

"Kau buat apa tu?"

Darius terdiam. Suara yang menegurnya itu betul-betul berada di belakangnya. Dekat sekali. Tapi siapa?

■■

"BETUL lah taman ni.."

Sofea keluar daripada perut kereta. Skrin telefon dan kawasan taman luas itu dipandang silih berganti.

Besar juga taman ni. Mana dia duduk ek? Sofea menggigit bibir bawahnya. Pintu kereta ditutup lalu dikuncinya.

Angin kuat pada malam itu terasa menembusi sehingga ke tulang hitamnya. Sambil berjalan Sofea berpeluk tubuh. Sejuknya. Rasa macam dekat overseas pula.

Sofea cuba untuk menelefon Tiara kembali namun tidak dapat. Sama ada handphone Tiara habis bateri tak pun dia off. Fikir Sofea.

"Haihh.. Mana kau ni Tiara? Asal kau keluar rumah tak bagitau aku dulu? Risau aku jadinya.."

Sudah semestinya lah dia risau kerana Tiara itu sedang 'sakit'. Kalau dia tinggalkan Tiara sorang-sorang dekat rumah atau mana-mana sekalipun, memang dia akan terasa sungguh berat hati sekali.

Walaupun sudah puas Tiara memujuk dan memberitahu bahawa dia okey, tapi perasaan Sofea masih lagi sama.

Jangan buat kerja lah nak biarkan Tiara sorang-sorang. Buatnya dia switch, memang naya jadinya. Bala habis. Tak dapat nak bayangkan apa yang bakal jadi.

Bukannya dia tidak percayakan Tiara. Tetapi, pengalaman masa dulu mengajarnya untuk lebih berhati-hati lagi.

Tiara, mana kau ni?








.

.

Siapa nak feeling lebih bolehlah bukak lagu sedih untuk next bab🤣

Precious WifeWhere stories live. Discover now