TERKEDU Dato Hisyam dibuatnya apabila ada cengkaman yang kuat pada celah kelengkangnya. Alamak! Senjata hikmat dia tu! Perlahan-lahan Dato Hisyam mengangkat mukanya daripada ceruk leher mangsanya. Kerja menggauli mangsanya terhenti. Tak dapat lagi!
Mata Dato Hisyam membulat dan berair. Dua manusia itu saling bertentang mata. Mereka tersenyum menyeringai.
"Kau nak bangun ke tak? Kalau tak nak, aku pecahkan 'adik' tua kau ni. Cepat!" Fiq mengugut. Tangannya masih lagi mencengkam.
"Picit kuat lagi Fiq! Geram aku dengan orang tua ni. Tak sedar diri langsung! Dah nak mati pun masih lagi tak sedar-sedar diri." Mir menyampuk pula.
Yup! Datang sudah kembar yang satu lagi ni. Yang seorang selalu bengis dan seorang lagi asyik murung. Elok sangatlah kombonya tu. Tapi sekarang, dua-dua dah jadi mafia pula.
Wajah Dato Hisyam sudah merah dan dalam masa yang sama, turut menggigil kesakitan. Mulutnya dikemam kuat. Dalam keadaan kesakitan, Dato Hisyam merangkak perlahan turun daripada menindih tubuh Fiq dan Mir.
"Cepat!!" Fiq mencengkam dengan lebih kuat lagi. Sekuat hati!
"Aargghh!!!" Dato Hisyam menjerit kuat. Dengan lincahnya Fiq dan Mir menolak Dato Hisyam sehingga jatuh ke atas lantai.
"Mir! Pergi kunci pintu cepat!" Arah Fiq. Jari telunjuk ditala pada pintu bilik tidur Dato Hisyam itu.
"Apa kau ni? Kalau aku kena kunci pintu, kau kenalah gerak sekali."
"Apahal pulak?"
Mir tepuk dahi. Mahu saja penumbuknya itu hinggap di muka Fiq.
"Nama je abang. Tapi bodoh! Kau nak aku potong badan Kak Tiara ke macam mana sekarang ni?" Mir mengawal badan itu lalu bergerak ke pintu bilik lalu menguncinya.
Mereka berlari semula kepada Dato Hisyam yang masih lagi dalam kesakitan. Jemari diletupkan begitu juga dengan leher. Fiq senyum sinis.
"Kalini, biar aku pulak yang protect Kak Tiara." Ujar Fiq seraya memandang tepat pada Dato Hisyam.
"Apa pulak kau sorang je? Aku sekali lah." Pintas Mir. Fiq memutarkan bebola matanya.
"Fine! Kita.." dengan malas Fiq menjawab.
"Ulanglah balik ayat kau tadi tu." Mir menggesa.
"Ish, budak hingusan ni! Yelah-yelah! Kalini, biar kita berdua pulak yang protect Kak Tiara. Puas?!"
Mir ketawa suka. Fiq menjeling tajam. Mereka kembali fokus pada Dato Hisyam. Senyuman yang sukar ditafsirkan oleh sesiapa itu terukir dibibir mereka berdua.
Dato Hisyam sudah menggigil. Tidak tahu apa identiti kembar itu mahu lakukan kepadanya. Dia mengesot sedikit ke belakang. Fiq dan Mir semakin mendekat, dekat, dan dekat.
"AKU tanya mana bini aku lah sial!!"
Buk! Tumbukan padu mengenai rahang kanan Zaqwan. Darah tersembur keluar dengan banyak. Itu bukanlah tumbukan pertama yang Aariz berikan kepada Zaqwan. Mungkin sudah berpuluh-puluh kali yang diberinya.
Zaqwan mengelap darah yang mengalir keluar daripada dalam mulutnya itu dengan belakang tangan. Dia masih lagi terduduk di atas lantai.
"Aku tak sangka kawan yang aku percaya selama ni khianati aku.." Aariz mengenggam penumbuk. Zaqwan senyum sinis.
"Kau yang bodoh sebab percayakan aku, Aariz. Bukan salah aku. Aku tak pernah mintak pun untuk kau anggap aku sebagai kawan apatah lagi untuk dipercayai.."
YOU ARE READING
Precious Wife
عاطفية"Lain kali jalan tu pakai lah mata.Bukannya pakai kepala lutut kau.Ke kau ni buta hah?". -AARIZ RAYDEN- "Ta..tak, saya tak buta encik.Saya minta maaf sangat-sangat.Saya mengaku saya yang bersalah sebab jalan tak pandang depan tadi.Maafkan saya..". ...