BAB 65

5.3K 327 25
                                    

SAMBIL menuruni anak tangga untuk ke dapur, jemari Tiara menekan laju keypad di touch screen telefonnya.

Tersenyum-senyum dia seorang diri apabila Aariz menghantar chat yang berbaur romantik sahaja. Aariz kalau dengan Tiara, perangai sweet talker dia memang tak boleh nak cover. Ada saja ayat-ayat manis hendak dituturkan. Sama ada secara lisan ataupun bukan.

Telefonnya diletakkan di atas meja makan yang berada di dapur. Segala  bahan basah dan mentah dikeluarkan daripada peti ais dan diletakkan di atas meja sinki.

Baru sahaja tangan Tiara mahu memulakan kerja memasaknya, pintu utama rumah diketuk kuat dengan kuat.

Tiara menoleh. Siapa pulak tu? Takkan laki aku kot? Awal lagi ni kalau dia nak balik. Tangan dibasuh kemudian di lap pada kain yang berada berhampiran dengannya.

Tudung di kepala dibetulkan terlebih dahulu. Tiara melangkah ke pintu utama rumah agam itu.

"Puan, dia datang atas urusan kerja bersama dengan Tuan Aariz di sini."

Sean berkata sebaik sahaja pintu rumah dibuka. Tiara sudah tidak senang dengan situasinya ketika itu.

"Kenapa tak pergi office Aariz je?"

Tiara menyoal tanpa memandang wajah Zaqwan yang sedang tersenyum sinis pada dirinya ketika itu.

"Dia yang suruh I datang sini. Takkan nak pergi office pulak, kan?"

Zaqwan mendekati Tiara selangkah. Tiata cepat-cepat berundur ke belakang. 

"Duduklah dulu. Saya nak ke dapur sekejap untuk buatkan air."

"Okey."

Zaqwan berjalan di belakang Tiata sambil memperhatikan lenggok jalan Tiara. Dia telan liur yang kelat. Kolar bajunya dibetulkan sedikit. Duduk sahaja di sofa, Zaqwan tersenyum penuh makna.

"Dah ada depan mata takkan nak lepaskan kot?" Gumam Zaqwan.

MEJA dapur dihentak kuat oleh Tiara. Merah mukanya kerana marah.

"Dia nak apa lagi ni? Asal dekat rumah jugak nak jumpa bincang pasal kerja? Erghhh!!"

Tanpa menunggu lagi, Tiara mengambil telefon bimbitnya. Nombor Aariz di dail.

Tidak diangkat! Puas Tiara mencuba namun tidak berjaya. Dia tengah busy ke?

"Abang... angkatlah call Tiara ni.."

Sambil telefon dilekapkan di telinga, Tiara mundar-mandir seorang diri di dapur.

Dia pelik. Mengapa nak bincang soal kerja di rumah? Tak pernah-pernah lagi Aariz buat macamtu. Segala hal kerja harus dibincangkan diluar rumah melainkan soal kerja di antara Aariz dan orang-orang suruhannya sahaja kerana mereka berkawal di rumah agam Aariz itu.

Aariz buang tebiat ke? Tapi... mungkin juga Aariz nak tukar selera dia ke? Argh! Tiara buntu.

PINTU utama rumah dikunci oleh Zaqwan dari dalam rumah tanpa mereka yang berada di luar rumah itu sedar.

Langkah kaki diatur ke dapur untuk mencari Tiara. Zaqwan mengurut-ngurut pelipisnya apabila melihat tubuh Tiara yang sedang membelakanginya ketika itu.

Tiara masih lagi tidak sedar akan kehadiran Zaqwan di dapur itu. Dia masih leka lagi dengan telefon bimbitnya.

"Hei, sayang..." bisik Zaqwan di telinga Tiara.

Tiara terkejut lalu laju sahaja dia menoleh ke belakang. Senyuman miang Zaqwan terukir dibibirnya.

"Ka.. kau buat apa dekat sini?"

Precious WifeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang