"WHAT the hell you're thinking, Laura?! It's all wrong!!"
Marah Kristien. Kedua belah bahu Laura dipaut erat lalu digoncang-goncangkan sekuat hati bagi menyedarkan Laura bahawa tindakan perempuan itu adalah salah sama sekali.
"Ish! Lepaslah!"
Laura menepis tangan Kristien dengan kasarnya.
"Hei, Kristien! Kau dengar sini aku nak cakap satu benda dengan kau. Aku bukannya saja-saja suruh kau datang sini untuk buat kerja tu secara percuma tau! Aku bayar! Ni! Nampak ni?! Aku bayar!"
Cek bernilai 700 ribu itu dicampak ke muka Kristien oleh Laura. Kristien menggelengkan kepalanya.
"Duit tak bermakna apa-apa pun Laura. Nyawa itu lebih penting. Duit boleh dicari. Tapi, nyawa? You sendiri boleh fikir kan?"
Nasihat Kristien lembut. Laura ketawa sinis. Dipandang Kristien atas dan bawah.
"Duit dan nyawa tak ada bezanya, Kristien.."
Riak Laura berbicara.
"Jangan pura-pura dengan aku lah Kristien. Mana ada manusia yang senang-senang saja nak tolak duit sebanyak tu dengan mudahnya kan? Duit datang melayang kot. Ataupun.. kau nak aku tambah lagi, hm? Cakap sajalah, jangan malu-malu. Aku tau kau nak sebenarnya kan?"
Perli Laura. Dia menanti jawapan daripada mulut Kristien.
"Eh, hello!! Kerja I menyambut kelahiran bayi. Bukannya menyambut ajal bayi. I mean.. I bukan pembunuh bayi macam yang you fikirkan. I laksanakan tugasan I dengan penuh bertanggungjawab. I tak pernah buat kerja-kerja gila yang tiba-tiba macam ni!"
Kata Kristien dengan geramnya.
"I tak nak buat semua ni, Laura. I mintak maaf. I balik dulu.."
Laura menarik tangan Kristien yang ingin beredar itu dengan kuat sehingga berpaling semula kepadanya.
"Kenapa kau bersetuju masa aku call kau tadi? Kenapa kau datang sini kalau hanya semata-mata nak membebel saja?!"
Laura mula berang.
"I bersetuju untuk datang ke sini sebab I nak hentikan perbuatan gila you tu saja, Laura. And yes! I berpura-pura. Macam yang you nampak sekarang ni. Ada ke I bawak alat-alat untuk buat abortion tu? Tak ada kan?! Heh, I pun tak sangka yang masih wujud lagi rupanya manusia kejam macam you ni dekat dalam dunia ni, Laura!"
Berani Kristien melawan semula kata-kata Laura.
"Sebab kau bodoh. Memang lah kau tak akan sangka punya. Kau tak sedar berapa ramai manusia zaman sekarang ni yang hanya memakai topeng penyamaran untuk menjadi seorang manusia yang baik. Tapi pada hakikatnya... perangai mengalahkan syaitan dan binatang! Jangan jadi terlalu naif Kristien. Manusia zaman sekarang jugak, lebih banyak yang hidup berpura-pura. Jangan mudah terpedaya dengan semua tu."
Kristien mengeluh berat. Laura sudah duduk di birai katilnya. Pinggang yang sakit diurut-urut perlahan.
"Kenapa you bencikan baby ni, Laura? Dia tak bersalah.."
Kristien menyoal ingin tahu.
"Dia bersalah."
"Jangan disebabkan you benci dan berdendam dengan orang lain.. baby ni yang jadi mangsa. Dia tak tahu apa-apa pun.."
Teka Kristien. Seperti ada satu kemarahan di dalam diri Laura yang Kristien lihat.
Kristien memegang bahu Laura dan mengurutnya perlahan.
YOU ARE READING
Precious Wife
Lãng mạn"Lain kali jalan tu pakai lah mata.Bukannya pakai kepala lutut kau.Ke kau ni buta hah?". -AARIZ RAYDEN- "Ta..tak, saya tak buta encik.Saya minta maaf sangat-sangat.Saya mengaku saya yang bersalah sebab jalan tak pandang depan tadi.Maafkan saya..". ...