KERETA mewah Aariz terletak elok ditengah laman sebuah kampung pedalaman itu. Jika nak diikutkan, luas juga kawasan hadapan rumah keluarga pemilik tanah ini. Mungkin, tanah pusaka dan persendirian.
Dengan perasaan berkobar, Aariz keluar daripada perut keretanya sambil membuka cermin mata hitam Rayban yang tersangkut elok di hidung mancungnya itu. Kacak! Matanya tajam memandang ke seluruh kawasan rumah kayu itu. Bersih! Pandai diorang jaga rumah.
"Pintu rumah dah terbuka dah tu. Jomlah!" Ajak Amsyar seraya menepuk bahu Aariz.
"Relaks, okey.." sambung Amsyar lagi sambil ketawa halus.
Amsyar berjalan beriringan dengan Aariz. Dibelakang mereka pula ada Sean, Jerry, Zayn dan Qhir yang turut ikut serta dalam misi mencari dan menyelamatkan Tiara serta triplets. Kerana mereka juga, adalah orang-orang terpenting dan tahu tentang penyakit Tiara itu.
"Assalamualaikum.."
Amsyar memberi salam. Kepalanya terjenguk-jenguk untuk melihat ke dalam rumah. Kosong pula.
"Bagi lah salam lagi." Arah Aariz.
"Assa..."
"Waalaikumusalam..."sambut seseorang.
Intan berhenti di muka pintu rumah. Ternganga sekejap dia melihat ketampanan lima jejaka yang sedang berdiri tegak dihadapan rumah keluarganya ketika ini. Jejaka daripada kayangankah ini? Gaya Aariz dan mereka semua bukan main segak lagi dilihat. Padahal, mereka hanya berpakaian kasual sahaja.
"Amboiii... bukan main helok sangat ni. Boleh lah aku jual minyak.." gumam Intan perlahan. Dia ketawa sendiri.
Aariz, Amsyar dan mereka semua berpandangan sesama sendiri. Aariz menggeleng kepala. Dia sudah tahu apa yang Intan sedang fikirkan itu. Hmm.. perempuan. Biasalah.
"Err... cik?" Tegur Amsyar.
Intan masih lagi mengelamun.
"Aku rasa perempuan ni kena sampuk lah.."
Qhir menyiku tangan Jerry disebelah.
"Nak senja dah ni kan? Faham-faham jelah. Ini bakal kena rasuk kejap lagi ni."
"Hish! Korang berdua ni kan! Kesitu pulak diamnya. Mulut tu tolong jaga sikit boleh tak? Tak sedar ke kita dekat mana sekarang ni? Please behave sikit eh.." Zayn menyampuk. Sean pula hanya tersenyum dan diam sahaja. Malas nak ambil port sekali.
"Cik!" Suara Amsyar lebih kuat kali ini. Intan tersedar terus.
"Eh? Err... maaf. Ermm.. encik semua ni siapa, ya?"
Belum sempat Amsyar menjawab, Irma sudah menegur terlebih dahulu. Dia menolak Intan ke belakang. Tak puas hati betul muka dia bila tak nampak nak mengorat lagi. Intan berpeluk tubuh.
"Jemputlah masuk dulu.."
Irma menggariskan satu senyuman manis untuk tetamu-tetamu rumahnya itu.
"DIORANG ada dekat dalam bilik tu. Tengah main dengan adik-adik saya. Encik pergilah tengok mereka dulu.."
Intan menyelak sedikit langsir putih bilik tidur triplets. Bilik itu juga merupakan milik tidur Laura jika Laura ke rumah keluarga angkatnya itu. Aariz mengangguk sebelum dia masuk dengan perlahan.
Daripada luar lagi dia sudah boleh dengar suara comel anak-anaknya itu ketawa riang.
Syukri dan Naim agak terkejut dengan kehadiran Aariz di dalam bilik itu. Mereka hanya tersenyum kekok kepada Aariz. Intan yang meninjau sedikit le dalam bilik itu mengangguk sekali. Mulut Syukri dan Naim membentuk 'O'. Kini, tahulah mereka siapa Aariz.

ANDA SEDANG MEMBACA
Precious Wife
Romance"Lain kali jalan tu pakai lah mata.Bukannya pakai kepala lutut kau.Ke kau ni buta hah?". -AARIZ RAYDEN- "Ta..tak, saya tak buta encik.Saya minta maaf sangat-sangat.Saya mengaku saya yang bersalah sebab jalan tak pandang depan tadi.Maafkan saya..". ...