BAB 20

6K 300 9
                                    

TIARA berjalan mendekati Aariz yang sedang duduk di atas sebuah bangku batu marmar putih di Lake Garden pada petang itu.

Pulang sahaja daripada kafe, entah apa yang Aariz fikirkan sehingga mahu berjumpa dengan Tiara di taman rekreasi itu. Apa yang Aariz katakan padanya adalah, ada hal mustahak yang ingin dibincangkannya.

Pada mulanya Tiara mengelak. Tapi setelah difikir beberapa kali, Tiara memberi kata putus jua. Dan dia bersetuju mahu berjumpa dengan lelaki itu.

Aariz menunduk. Dia tampak gelisah sedikit. Jauh tempat duduk yang dipilih oleh Aariz. Betulah agaknya tu. Mustahak betul.

"Aariz. Kenapa awak nak jumpa saya? Apa hal mustahak yang awak nak bincangkan dengan saya sangat tu?" Tanya Tiara setibanya dia disebelah Aariz.

Aariz tenung Tiara. Dia berdehem kecil. Kedudukkannya dibetulkan.

"Duduk lah dulu."

"Takpe. Saya boleh berdiri je." Ujar Tiara tidak selesa.

Mana maunya dia nak duduk disebelah Aariz. Kerusi tu bukannya besar sangat pun.

Aariz berdecit menyampah. Menyampah apabila ada orang yang tidak mahu ikut telunjuknya. Suruh duduk pun susah ke?

"Duduk jelah" Aariz bersuara dingin. Taham matanya menikam mata Tiara.

Tiara mengeluh. Suka-suka je nak paksa aku.

"Yelah, yelah.." Tiara mengalah. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Aariz. Betul-betul hujung kedudukkannya.

Aariz ketawa sinis. Takut lah tu.

"Awak nak bincang apa?" Soal Tiara semula.

Aariz tenung dalam mata Tiara. Dalam masa yang sama, dia cuba untuk mengumpul seberapa banyak tenaga dan kekuatan yang ada untuk bercakap mengenai hal yang besar itu.

"Aku nak kahwin dengan kau." Kata Aariz senafas.

"Ha?!" Jerit Tiara terkejut. Dahi Tiara berkerut seribu.

Dah kenapa mamat ni? Tiba-tiba je ajak aku kahwin. At least, bagi lah hint dulu ke apa. Ini tak, dia main direct je cakap.

"Awak ni dah kenapa Aariz? Demam eh?" Soal Tiara kekok.

"Aku serius nak kahwin dengan kau." Nada Aariz juga serius sahaja bertutur kata.

Tiara melepaskan tawa besar. Kelakar ke? Entahlah. Bagi dia kelakar. Sebenarnya, tak tau nak react apa lagi. Sebab tu lah gelak sahaja jawapannya.

"Sudi tak kau menjadi isteri aku, Nur Tiara?" Aariz masih lagi tidak berputus asa.

Tiara tergamam. Dia lihat sekeliling. Kot lah dia kena prank ke apa. Siapa tahu. Dia bersiap sedia je sebarang kemungkinan. Tapi, tak ada unsur-unsur langsung dia dikenakan. Tenang saja suasana ketika itu. Pandai betul Aariz pilih tempat.

"Err.. Aariz, awak. Erm.. Kit.. Kita tak boleh kahwin." Perlahan suara Tiara. Dia menunduk.

Aariz mendekatkan dirinya dengan Tiara.

"Kau cakap apa? Ulang semula." Minta Aariz. Sebetulnya, dia memang tak dengar.

Tiara pandang Aariz. Dia nekad! Dia tidak mahu berkahwin dengan lelaki itu. Bahkan, sesiapa sahaja. Sedar akan 'sisinya' yang satu itu. Tiara jadi gelisah dan takut. Takut mahu membawa orang baru masuk ke dalam 'dunianya' itu.

"Kita tak boleh kahwin, Aariz."

"Kenapa? Kau dah ada orang lain? Or kau dah kahwin sebenarnya? Bagi aku jawapan yang mana satu. Jawapan yang paling tepat!" desak Aariz.

"Bukan macam tu awak. Saya tak ada sesiapa pun. I mean, saya bukan milik mana-mana lelaki. Saya... Saya cuma belum bersedia lagi je nak jalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki. Saya nak tanya. Kenapa awak nak kahwin dengan saya, ya? Masih ramai lagi perempuan yang nak dekat awak kan?"

"Macam mana kau boleh tau ramai perempuan nak dekat aku?"

"Saya main teka jelah. Sebab tengok dari gaya awak ni pun saya dah tau dah awak ni memang kegilaan para wanita." Seloroh Tiara.

Aariz ketawa kecil. Mata Tiara meneliti tubuh Aariz atas dan bawah. Betul apa dia cakap. Aariz memang kegilaan para wanita dan gadis pun.

Tiara berdiri.

"Saya mintak maaf, Aariz. Saya ada kehidupan saya sendiri begitu jugak dengan awak. Dan saya belum pernah terfikir lagi nak mendirikan rumah tangga. And now, awak pulak tiba-tiba je nak ajak saya kahwin. Secara mengejut awak tau tak?!"

Suara Tiara meninggi sedikit. Dia mahu lelaki itu faham. Tapi lagak Aariz seperti tidak mengerti langsung. Masih menanti jawapan yang positif daripada Tiara.

"Lagipun... Awak tak takut ke nak korbankan riwayat hidup awak hanya semata-mata nak hidup bersama dengan orang yang baru sahaja awak kenal seperti saya ni? Awak masih belum kenal siapa saya lagi, Aariz. Saya tak nak awak terseksa dan tak bahagia hidup dengan saya. Saya mintak maaf. Saya harap awak faham. Keputusan saya muktamad!"

Tiara berlalu pergi meninggalkan Aariz. Rasa macam nak menangis sahaja rasanya ketika itu. Tiara benci bermain dengan soal hati dan perasaannya sendiri.

Sudahlah. Perasaan itu sudah lama mati. Sudah berbelas tahun lamanya ianya terkubur. Tidak mungkin perasaan itu akan hidup semula.

"Nanti dulu, Tiara!"

Aariz merangkul lengan Tiara kasar. Tiara berdecit sakit. Dia meronta minta dilepaskan tetapi Aariz terus menerus mengetatkan rangkulannya.

"Siapa pun kau, apa latar belakang hidup kau selama ni.. Aku ikhlas untuk menerima segalanya. Aku berani bersumpah dengan nama ALLAH, Tiara. Aku terima segala kekurangan yang ada pada diri kau. Memang kita baru kenal. Dan semua ni jugak tiba-tiba je. Tapi aku dah bersiap-sedia sebarang kemungkinan yang bakal berlaku nanti." Aariz separuh merayu.

Tiara terkesima. Sebegitu rupa sekalikah Aariz berjanji. Sehingga sanggup bersumpah dengan nama Tuhan. Lelaki ini benar-benar nekad dengan keputusan yang diambilnya.

"Jangan suka-suka nak bersumpah ataupun bermain dengan nama ALLAH, Aariz." Tiara berpesan.

"So what? Tak salahkan? Sebab aku bercakap mengenai hal yang sebetulnya."

Aariz menyeluk tangan ke dalam poket seluarnya. Sebuah kotak kecil berwarna kelabu dikeluarkan.

"Think nicely, Tiara. Aku rasa dah tiba masanya untuk kau bukak pintu hati kau tu untuk sesuatu yang bernama cinta dan sayang."

Silih berganti Tiara melihat kotak kecil itu dengan Aariz. Tak percaya!

"15 Julai, pukul 6, hari ahad, tempat biasa dan di taman ni. Aku nak kau bagi aku jawapannya. Kalau kau datang dengan memakai cincin tu pada jari kau.. Bermakna kau bersetuju untuk menjadi isteri aku. Dan jika sebaliknya, aku faham dan aku takkan munculkan diri aku dekat depan kau lagi. Itu janji aku!" Aariz bersuara tegas.

Dia nekad!

"Goodbye, Tesoro."

Pipi Tiara ditepuk manja. Aariz meninggalkan Tiara seorang diri di kawasan taman rekreasi itu. Tiara mengeluh. Kotak cincin itu digenggam erat.

Apa yang patut aku buat ni, Ya ALLAH? Aku terlalu buntu. Aku terlalu takut untuk membuat keputusan. Bantulah hambaMU ini, Ya ALLAH.

Bagi Tiara, Aariz terlalu berani. Tak sangka manusia seperti itu wujud sebenarnya. Tanpa berfikir panjang terus saja mahu berkahwin.

Apa Aariz tidak takut ke jika dia dikhianati? Atau ini hanya sekadar permainan Aariz sahaja?

Tiara bukanlah seorang gadis yang terlalu naif. Cumanya, dia hanya buntu dan sesekali itu, dia tiada jawapan lagi untuk membalas. Tetapi ini soal hidup mereka berdua. Masa depan mereka berdua.

Boleh ke Aariz menerima dirinya itu jika segala-galanya sudah terbongkar nanti? Ah, pasti dia akan ditinggalkan. Dia tidak mahu berhadapan dengan situasi sebegitu lagi. Cukuplah!

.

Precious WifeWhere stories live. Discover now