BAB 30

6.1K 312 36
                                    

"AARIZ! Wake up!"

Seru satu suara perempuan dalam nada yang tegas namun seakan berbisik sahaja suaranya itu. Tenggelam timbul bunyinya.

Aariz terasa bahunya ditepuk beberapa kali. Mata dicelik pentas. Terus dia melompat daripada berbaring di atas sofa biliknya.

"Mati! Aku dah mati! Laura mana Laura?! Dia yang bunuh aku! Mana Laura!!"

Jerit Aariz tidak tentu hala seperti orang kerasukkan.

Pang!

Amsyar menampar muka Aariz. Serta-merta Aariz terdiam. Pipinya yang perit diusap. Terkebil-kebil mata Aariz memandang Amsyar dan Adriana serentak.

"Kau ni bangun-bangun je dah kena rasuk. Apahal? Tulah, orang tua-tua selalu pesan, kalau nak tidur tu ambik air sembahyang dulu, baca doa, zikir ke... Baca surah apa-apa ke yang patut.. Ha, lepastu baru tidur. Ini tak! Tak kira balik daripada mana terus je terburu-buru nak tidur." Hujah Adriana panjang lebar.

Dalam pada masa yang sama, sempat lagi tu dia menyindir kelakuan wajib Aariz dalam kehidupan seharian lelaki itu selama ini.

"Am, Tiara mana? Aku rasa.. Laura yang dah ambik alih badan dia."

Amsyar senyum tipis. Dia duduk disisi Aariz.

"Mana ada. Dia tak split pun lah. Tiara just pengsan je tadi tu. Bukannya bertukar identiti."

Amsyar merendahkan intonasi suaranya. Aariz dan Amsyar sama-sama memandang Adriana yang sedikit jauh daripada mereka. Takut Adriana dengar pula nanti.

"Pengsan?"

Dahi Aariz berkerut seribu. Amsyar angguk.

"Kenapa?" Soal Aariz kembali.

"She was a little depressed and had a severe migraine. Kau ada buat apa-apa ke dekat dia?"

Adriana menyoal sambil tangannya lincah mengemas kembali barang-barangnya untuk memeriksa Tiara sebentar tadi.

Ya, Adriana juga seorang doktor. Sama seperti Amsyar. Sama-sama menetapkan cita-cita yang sama sejak kecil lagi.

Cuma bidang kedoktoran mereka itu sahaja lah yang berbeza. Yang seorang pakar psikiatri dan seorang lagi pakar sakit puan. Elok sangat lah tu!

"Mana ada aku buat apa-apa deka dia. Happy-happy je hidup kitorang. Takde gaduh apa pun."

Balas Aariz dengan wajah blurnya.

"Guys, aku balik dulu eh?"

Ujar Adriana yang sudah siap dengan beg peralatannya itu. Amsyar berdiri.

"Biar aku yang hantar kau." Kata Amsyar.

"Nak buat apa? Kan aku datang sini bawak kereta sendiri. Kalau kau yang hantar habis kereta aku tu takkan nak tinggal sini kot?"

"Lain kali bagilah orang habis cakap dulu. Bukannya hantar kau sampai rumah. Aku hantar kau sampai pintu rumah Aariz je. Takkan nak suruh Aariz pulak? Habis Tiara tu siapa nak jaga? Aku? Uisy! Memang makan kaki lah jawabnya. Hergh! Perasan je lebih kau ni. Dah, jom cepat!"

Amsyar menarik lengan Adriana untuk berjalan bersamanya.

"Thanks, Adriana." Ucap Aariz.

"Welcome, bro. Jangan lupa bagi Tiara makan ubat yang aku bagi tu tau. Bye!"

Aariz berjalan mendekati Tiara di katil yang masih lagi tidak sedarkan dirinya itu. Wajah tenang Tiara yang sedang lena itu sungguh dapat menyejukkan hati Aariz yang sedang dilanda gundah dan gelisah tatkala itu.

Precious WifeWhere stories live. Discover now