BAB 68

4.2K 289 51
                                    

"DON'T come near me!!" Mr. Joe bergerak ke belakang sedikit. Penjuru dinding bilik yang suram itu dipilihnya. Setiap langkah kakinya digerakkan dengan berhati-hati.

Zaqwan yang sedang bersandar pada sebuah meja kayu bilik itu ketawa mengejek. Puntung rokok dicelahan jarinya yang masih lagi bersisa dan berasap kabur itu dihisap dalam.

"Bawak dia datang depan aku." Zaqwan menoleh ke arah Faiq yang sedang elok berdiri tegak di pintu bilik itu. Faiq mengangguk sekali.

"Don't touch me with your dirty hands!!" Mr. Joe meronta.

"Argh!!" Faiq memegang pipi kanannya. Berdarah! Siap ada kesan cakaran kuku Mr. Joe lagi.

Mr. Joe ketawa sakan. Dia menampar-nampar kuat belakang badan Faiq. Tamparan kuat itu membuatkan Faiq asyik-asyik saja mahu tersungkur ke bawah.

"Oh boy! You so stupid, you know?" Ketawa Mr. Joe lagi. Faiq pula sudah buat muka toyanya. Kecik besar je aku tengok perempuan ni. Getus hati Faiq.

Faiq merengus. Matanya mencerlung tajam pada Mr. Joe.

"Jahanam muka aku! Tak guna punya betina! Sini kau!!"

Faiq menyerang Mr. Joe. Mereka berdua saling bergelut. Zaqwan hanya membiarkan. Puntung rokok yang sudah habis dihisap dicampak ke lantai bilik lalu dipijaknya sehingga bara api kecil itu terpadam.

Mr. Joe mencengkam erat segenggam rambut Faiq lalu ditariknya dengan sekuat hati. Faiq menjerit dan menggelupur kesakitan. Mr. Joe ketawa puas.

Tidak lama itu, tanpa menunggu sesaat lagi, Faiq pula yang melakukan serangan balas terhadap Mr. Joe. Begitu kuat dan nyaring sekali suara Mr. Joe menjerit.

Dua manusia yang sedang bergelut itu fokus pada serangan masing-masing. Mulut pula? Usah cakaplah. Habis segala sumpah seranah yang keluar. Tidak cukup jika hanya jeritan sahaja yang bergema.

Zaqwan berpeluk tubuh. Suka pula dia lihat Mr. Joe dan Faiq bergaduh sesama mereka. Bergaduh macam perempuan. Kerja main tarik rambut je kerjanya.

"You're dead! I win! You're dead! I win!!" Ujar Mr. Joe sambil menumbuk wajah Faiq bertubi-tubi apabila aksi main tarik-tarik rambut dirungkaikan oleh mereka berdua. Huh! Kata-kata semangat tu.

Bila kulit kepala rasa terbakar dan dah nak tercabut barulah nak berhenti. Kalau tidak, mau sampai ke esok hari mereka berdua main tarik-tarik rambut agaknya. 

Faiq menyentuh hujung bibirnya. Darah yang terpalit dihujung ibu jarinya itu ditenung dengan bengis.

Mr. Joe bersorak kemenangan. Dia menari sakan ketika itu. Punggungnya digelek-gelekkan dengan penuh bersemangat sekali di hadapan Faiq.

Zaqwan yang memerhati, sudah menelan liurnya dengan payah sekali. Biar betul perempuan ni? Kemain lagi dia bergelek tak ingat dunia.

Bruh! Mr. Joe buat hal betullah.

Faiq mula berang. Dia menarik kolar baju Mr. Joe yang masih lagi sedang bergelek itu. Tanpa diduga, oleh kerana terlalu dikuasai perasaan marah, Faiq mencampak kuat badan Mr. Joe ke penjuru bilik sehingga dia berlanggar dengan sebuah rak besi sederhana yang kosong tanpa isi. Hampir saja rak besi itu hendak menghempap tubuh badannya waktu itu.

Zaqwan memandang tidak percaya pada Faiq. Dia berdiri sambil berpeluk tubuh. Mereka berdua dengar Mr. Joe mengerang kesakitan. Pastinya lah sakit kalau dah kena campak macam tu sekali. Macam bangkai dia buat.

"Arghh...."

Mata Zaqwan dan Faiq serentak memandang ke arah Mr. Joe yang sedang memegang kepalanya dengan mata yang terpejam celik.

Mr. Joe nampak terkejut. Dia berundur ke belakang apabila wajah Zaqwan dan Faiq menyapa pandangannya.

"Omo!"

Faiq senyum sinis. Baru sekarang nak takut.

"Bawak dia keluar. Papa aku nak jumpa dia." Ujar Zaqwan sambil memandang telefon bimbitnya dan berlalu keluar tanpa menghiraukan jeritan nyaring perempuan di dalam bilik itu.

"SUDAH lama I tak jumpa you. You makin cantik pulak sekarang ni ya, Tiara?" Dato Hisyam mengelus pipi Baby.

Baby pula dengan beraninya meludah tepat pada wajah Dato Hisyam. Dia jijik dengan perlakuan lelaki tua separuh abad itu. Bagi Baby, walaupun dia baru berusia 15 tahun, namun dia tahu akan 'sentuhan' seperti apakah itu. Dia tidak bodoh seperti yang disangka.

Terpejam mata Dato Hisyam seketika. Tidak sangka tang dia akan diludah. Dia mengambil beberapa helai tisu di dalam kotak tisu yang berada di atas meja pejabanya itu. Wajahnya yang tercalit air liur Baby itu dilap dengan kasar.

"Padan muka kau orang tua gayut tak sedar diri! Dah lah umur tu dah tak panjang! Kulit berkedut, kerepot, gigi rongak, busuk pulak tu! Lepaskan aku!!" Marah Baby senafas dengan lajunya. Siap kutuk lagi tu. Turun naik nafasnya ketika itu. Wajahnya juga sudah merah menyala. Geram betul dibuatnya.

Dato Hisyam, Zaqwan dan Faiq tergamam hebat. Memang kaw-kaw punya dia mengutuk dan mencaci Dato Hisyam ketika itu.

"Dahsyat betul mulut you ni rupanya, kan? I rasa masa you baru kahwin dengan Aariz dulu bukan main sopan saja I tengok you. Sampai nak bertentang mata pun bukan main susah lagi. Heh, I tak sangka pulak lepas kahwin macam ni jadinya. Apa Aariz tak cukup ajar you untuk jadi isteri solehah ke?" Dato Hisyam ketawa sinis.

"Mungkin Aariz nak kita yang tolong ajarkan bini dia ni kot, papa?" Zaqwan jungkit kening pada Dato Hisyam.

Zaqwan berjalan mendekati Baby yang sedang duduk di atas sofa satu dengan tangan yang terikat kemas di hadapan. Rambut Baby ditarik kuat ke belakang sehingga dia terdongak ke atas.

"Kalau kau nak tau... aku dengan papa aku ni memang bijak dalam menguruskan rumah tangga orang lain ni. Kalau setakat nak ajar kau, aku rasa tak ada masalah langsung. 'Ajaran' kami berdua... memang berkesan."

Rambut Baby dilepaskan. Zaqwan tersenyum penuh tersirat pada Dato Hisyam.

"Where to bring our 'new doll', papa?"

Dato Hisyam ketawa kecil. Dia mengurut-ngurut dagunya yang berjambang halus sambil merenung batang tubuh Baby.

"My room, son.."






.

.

Precious WifeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang