BAB 76

4.4K 314 21
                                    

"MORNING sayang." Aariz menghadiahkan satu kucupan hangat pada pipi dan leher Tiara yang terdedah itu kemudian dia mengambil tempat duduk di meja makan.

"Morning too, abang." Tiara menyenduk nasi lemak ke dalam pinggan lalu telur rebus, timun, kacang dan sambal diletakkan sekali. Nasi lemak di dalam pinggan itu kelihatan berseri dan automatik menjadikannya satu set hidangan lengkap bagi makanan tradisi itu.

Aariz telan liur. Mengancam betul dia tengok nasi lemak yang terhidang di hadapan matanya itu sekarang ini.

"Abang nak pergi mana tu?" Soalan Tiara mematikan langkah Aariz.

"Basuh tangan."

"Tak nak pakai sudu dengan garfu ke harini?"

Aariz menggeleng dan tersenyum.

"Tak nak. Harini aku nak makan pakai tangan. Ke... kau nak suapkan aku makan?" Usik Aariz.

"Ha?" Tiara blur terus. Berangan lagi! Aariz ketawa lalu dia bergerak ke sinki dapur dan membasuh bersih tangannya.

Pelik juga. Setahu Tiara, Aariz akan makan sarapan paginya dengan sudu dan garfu. Jarang-jarang dia nak pakai tangan. Lebih-lebih lagi jika nak pergi kerja lagi. Takut sangat kalau dia lambat. Yelah, bos kan? Mestilah kena punctual. Seorang yang workaholic pun ya juga.

Memang keturunan atuk dia betul. Keturunan Jacky. Yelah, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Makanya, hadap sajalah.

BUNYI ketukan bertalu dan kuat di pintu bilik Rania membingitkan telinganya.

"Aduhh.. bingitnya telinga aku. Siapa tu?! Nak apa?!" Rania menjerit daripada atas katilnya. Baru sedap-sedap nak mimpi dia datang kacau.

Semalam dia marathon habis cerita My Girl di Macbooknya. Entah kenapa dalam banyak-banyak K-Drama, Rania lebih suka melayan cerita Korea lama berbanding yang terbaru seperti yang ditayangkan di siaran TV Korea itu.

Akibatnya hari ini, dia mahu ganti semula tidurnya yang terganggu semalam itu. Seharian tak tidur. Disebabakan period jugalah Rania mengambil kesempatan yang ada itu dengan sebaik-baiknya.

"Siapa?!" Tanya Rania lagi.

Tiada sahutan. Yang ada hanyalah ketukan yang sama sahaja. Rania sudah fed up. Kepala digaru dengan kuat. Terhuyung-hayang dia turun daripada katil dengan rambut yang serabai dan kembang macam singa.

Mata terpejam disaat dia berjalan ingin membuka pintu. Apabila buka sahaja pintu, Rania basah lencun.

"Surprise!!" Jerit seseorang. Rania membuka matanya. Muka yang basah diraup perlahan.

"Kau..." Rania berkata dengan geram.

"Padan muka kau! Tidur lagi macam orang mati. Ambik penawar tu aku bagi. Segar tak?" Baby tayang sengih nakalnya pada Rania. Baldi yang digunakan untuk menyimbah air pada Rania itu tadi diletakkan atas lantai.

"Kau ni memang jenis yang tak diajar untuk beradap dengan orang ke macam mana ni, ha?"

"Lantak kau lah. Ni, pergi siap cepat. Kitorang tunggu dekat kereta. Kalau kau lambat... kau taulah nasib kau nanti macam mana." Baby mengugut.

"We? Who?" Dahi Rania berkerut. Siapa pulak kitotang yang dia maksudkan ni?

"Razin Oppa." Baby merangkul tangan Razin yang kebetulan, baru sahaja tiba dihadapan pintu bilik Rania itu sambil menaip di skrin Iphonenya.

"Dah ke? Rania, kenapa tak siap lagi ni? Asal basah pulak badan tu? Atap bilik bocor?" Razin menyakat. Dia pula yang mengenakan adiknya itu. Sah-sahlah dia tahu tu kerja si Baby.

Precious WifeWhere stories live. Discover now