LAURA berdiri dihadapan cermin bilik air. Dia hanya merenung dirinya sahaja. Leher dan dadanya yang penuh kesan gigitan cinta Aariz dipandang kosong. Tangannya naik menyentuh satu kesan yang sedikit besar dilehernya.
"Buas."
Kutuk Laura. Tuala kecil yang berada ditangannya dicampak saja ke atas meja sinki lalu dia berlalu keluar.
Aariz yang masih lagi lena di atas katil itu didekati oleh Laura secara berhati-hati.
Kalau buatnya si buas ni bangun kejap lagi, boleh kena terkam balik aku jadinya.
Laura duduk disisi Aariz. Wajah tenang lelaki itu ditenung penuh khusyuk. Lama-kelamaan, Laura terleka. Seperti ada satu perasaan yang hadir di dalam hatinya ketika itu saat melihat Aariz.
Tanpa Laura sedar, dia sudah pun menyatukan bibirnya dengan bibir Aariz. Setelah agak lama, mata Tiara kembali terbuka luas. Dia duduk tegak semula.
"Tak boleh! Aku tak boleh wujudkan perasaan tu. Come on, Laura. Kau lupa ke apa niat kau yang sebenarnya?"
Laura berkata sendirian. Ikutkan hati, waktu itu juga dia mahu membunuh Aariz. Tapi, kenapa dia tak buat pula?
Arh, kau dah gila Laura. Tahan diri kau. Jangan pernah sesekali suka ataupun cinta kan musuh kau sendiri. Heh, benda tu takkan sesekali terjadi pada aku.
Sebelum Laura keluar daripada bilik itu, sempat dia mengucup dahi Aariz sekilas. Selimut yang menutupi tubuh lelaki itu juga turut dikemaskan.
Laura tersenyum sinis.
"Tidur macam gajah."
Kutuk Laura lagi.
Tak tau pula yang Laura pernah tengok gajah tidur. Hmm..
"LET'S kill this fries! Yeay, yeay, yeay, yeay, yeay!! Brraamm, bah, bah, bah, bah, bah, bah!!"
Sambil menyanyi Baby mencampak perlahan french fries ke dalam kuali dan gorengnya dengan berhati-hati.
"Yeahh, let's kill this fries!"
Meliang-liuk badan Baby menari dengan sudip ditangannya. Sudip juga yang dijadikan mangsa untuk berlakon sebagai pistol. Kononnya lah tu.
Dah lah suka-suka je ubah lirik. Rosak lagu orang.
"Yang kau terkinja-kinja depan kuali panas tu dah kenapa? Tengah memuja?"
Ujar Aariz yang sedang bersandar pada dinding dapur sambil memegang satu gelas susu segar di ditangannya.
Baby pantas menoleh. Mulutnya dijungkitkan ke atas kiri sedikit tanda meluat.
"Biarlah! Sibuk je oppa ni."
Dahi Aariz berkerut.
"Kau panggil aku opah? Apa masalah kau ni? Takkan tak reti nam bezakan jantina tu?"
Mangkuk yang berisi french fries dibawa oleh Baby ke meja makan dapur.
"Bukan opah lah, pakcik! O. P. P. A. Oppa!"
Siap eja satu-satu lagi hurufnya tu.
"Apa tu? Bahasa mana?"
Aariz sudah duduk ditempatnya. Satu nugget yang masih lagi panas diambil satu kemudian digigit sedikit.
"Korea."
Aariz senyum sinis.
"Bahasa Melayu pun gagap lagi, ada hati nak belajar bahasa Korea. Tak malu."

ANDA SEDANG MEMBACA
Precious Wife
Roman d'amour"Lain kali jalan tu pakai lah mata.Bukannya pakai kepala lutut kau.Ke kau ni buta hah?". -AARIZ RAYDEN- "Ta..tak, saya tak buta encik.Saya minta maaf sangat-sangat.Saya mengaku saya yang bersalah sebab jalan tak pandang depan tadi.Maafkan saya..". ...