"DAH, jom masuk." Kata Tiara seraya berdiri daripada bertinggung.
Sofea dan Lea juga turut berdiri. Selesai sudah kerja mereka bertiga untuk kebumikan bangkai kucing hitam yang sudah tidak cukup sifat itu dibelakang rumah.
Pintu pagar dapur dikunci lalu mereka duduk di meja makan. Tiara mencuci tangan terlebih dahulu sebelum bergerak ke peti ais. Air putih sejuk di dalam jag dikeluarkan olehnya.
"Lea, kalau kau rasa tak sedap badan pergi lah baring dekat dalam bilik." Arah Sofea.
Dahi Lea yang panas disentuh. Lea sememangnya seorang yang terlalu sensitif akan hal-hal yang sebegitu. Tambahan pula, dia seorang pencinta haiwan yang tegar. Lagi-lagi kucing.
"Pergi lah tidur dulu, Lea. Semalam pun kau tak cukup tidur kan? Harini biar kitorang je yang masak apa semua. Kau rehat je."
Tiara pula bersuara. Ketika itu pula, Sofea sedang menyuapkan ubat tahan sakit untuk Lea. Lemah benar kawan baik mereka itu. Wajahnya pucat saja. Lenanya semalam pun tidak tenteram.
Kadang itu, Lea menjerit kerana terlalu takut. Bayangan bagaimana kucing hitam itu dibunuh sungguh kejam sekali.
Lea mengangguk lemah. Sofea mengiring Lea sekali untuk masuk ke dalam biliknya. Setelah Lea memejamkan matanya, Sofea beredar keluar dan duduk bersama Tiara kembali di dapur.
"Kesian dia. Memang shock habis tu. Sampai demam dibuatnya." Ujar Sofea.
Tiara meletakkan gelas kaca ke atas meja semula.
"Tak nampak ke siapa yang buat semalam?"
"Tak. Kitorang pun tak tau siapa, babe. Orang tu ketuk pintu rumah pun dua kali je. Lepastu hilang tak tau ke mana. Bila dah hilang siap boleh tinggalkan gift lagi tu dekat depan rumah."
Sofea menggeleng. Tiara ketawa kecil.
"Kau rasa siapa?" Giliran Sofea pula yang mengajukan soalan.
Tiara menggeleng lemah. Dia pun tidak ada jawapannya. Hari sudah petang. Sekejap lagi pun dia harus pulang segera kerana itu semua arahan daripada Aariz.
Dia sudah duduk di rumahnya itu daripada pagi lagi sejurus sahaja Sofea menelefonnya pada waktu Subuh dan memberitahunya akan kejadian ngeri itu.
Ini pun Aariz tidak tahu. Puas Tiara kelentong konon katanya rindu. Tapi hakikatnya, hanya mereka bertiga sahaja yang tahu mengapa.
Kalau Aariz tahu memang tak dapat Tiara fikir apa tindakan suaminya itu kelak. Silap-silap, rumahnya itu pun sudah tidak boleh dia singgah lagi walaupun sekejap sahaja.
Atau... Ada yang lebih teruk? Hm.
"Aku tak tau lah, babe. Buat masa sekarang ni.. Kita kena berhati-hati je walau dimana pun kita berada. Especially, korang berdua. Jangan nak keluar rumah atau keluar berseronok sangat. Kita tak tau bahaya apa yang sedang menunggu kita di hadapan."
Pranngg!!
"Hm, kan. Baru je cakap."
Tiara dan Sofea sama-sama ketawa apabila melihat ke arah gelas kaca yang tidak sengaja dilanggar oleh Sofea itu tadi yang sudah pun selamat mendarat di atas lantai dapur itu.
■■
WAJAH yang basah dilap dengan menggunakan tuala kecil sehingga kering. Tiara berjalan ke arah pintu bilik air yang terbuka. Tiba-tiba sahaja telinganya berdesing dengan kuat. Tiara berhenti berjalan.
Salah satu benda yang dia paling benci. Bila dah berdesing telinga tu, sakit kepala kuat pula yang datang menyerang. Tiara tersandar lemah di dinding bilik air.
YOU ARE READING
Precious Wife
Romance"Lain kali jalan tu pakai lah mata.Bukannya pakai kepala lutut kau.Ke kau ni buta hah?". -AARIZ RAYDEN- "Ta..tak, saya tak buta encik.Saya minta maaf sangat-sangat.Saya mengaku saya yang bersalah sebab jalan tak pandang depan tadi.Maafkan saya..". ...