"KAU tak cukup tidur ke, Tiara? Kau tak sihat? Muka kau nampak lesu tak bermaya je ayah tengok. Ada masalah ke?"
Azman merenung Tiara dalam. Tiara mengenggam gangan telefon dengan erat. Dia melepaskan keluhan sebelum bercakap dengan Azman.
"Tiara okey je ni ayah. Biasalah. Tiara kan ada anak kecik. Tiga orang pulak tu. Sejak kebelakangan ni diorang asyik meragam je. Sikit-sikit nangis. Tak nak duduk bawah langsung."
"Besar pengorbanan kau ni, Tiara.."
"Itu memang dah menjadi tanggungjawab Tiara dah ayah. Diorang anak-anak Tiara. Takkan lah Tiara nak abaikan kot?" Tiara mengetap bibir bawahnya.
Azman mengangguk perlahan.
"Ayah rasa... diorang masih tak boleh terima dengan apa yang dah berlaku sebelum dan sekaramg ni. Kau kena kuat dan tabah Tiara. Anak-anak kau lebih memerlukan kau sekarang ni disebabkan keadaan yang tak mengizinkan. Hm, biasalah. Anak-anak kau tu manja je ayah tengok. Nak-nak pulak si Tiana tu. Dia yang paling rapat dengan papanya. Selalu sangat nak berkepit 24 jam. Bila dah jadi macam ni, dia pun terkejut lah tu. Tak biasa lagi dengan situasi yang baru."
Tiara mengalirkan air matanya. Puas dia tahan sejak tadi lagi. Gangang telefon diletakkan di atas meja seketika. Tiara menekup mulutnya agar tangisannya tidak menjadi dengan lebih teruk.
Azman membiarkan. Dia tahu Tiara juga pasti masih lagi bersedih. Anaknya itu, tidak henti-henti menyakahkan djri sendiri selepas kejadian pada malam itu.
Kejadian itu merupakan mimpi ngeri dalam hidup Tiara. Cukuah dia sudah merasa bagaimana seksanya kehilangan orang yang tersayang.
Dan Aariz pula pada malam itu, mengulangi semula kejadian yang sama seperti dulu.
Azman mengesat air matanya yang menitis. Semua ni salah aku jugak. Punca yang awal adalah aku. Aku yang berikan dia derita hidup yang tak tertanggung. Kini, anak aku lebih menderita. Andai saja masa boleh diundur, ingin saja aku mengubah segala-gakanya. Tetapi... semuanya sudah terlambat.
Mata yang sudah sedia bengkak bertambah bengkak lagi. Tiara menenangkan dirinya sekejap. Setelah itu, barulah dia mengangkat gangang telefon semula dengan tangan yang menggigil.
Masa untuk berbual dengan Azman juga tidak lama. Jadi, dia harus gunakan masa yang ada untuk terus bertanya khabar Azman.
"Jangan menangis lagi, nak.."
Tiara mengangguk.
"Ayah dah makan?"
"Dah. Baru je. Kau dah makan?"
Tiara menggeleng. Kali ini, Azman pula yang mengeluh.
"Kau kena makan, Tiara. Badan kau tu susut jugak ayah tengok. Ingat Tiara. Kau masih ada anak-anak yang memerlukan kau. Kalau kau sakit, siapa nak jaga mereka? Kalau ada yang sanggup jaga pun mungkin diorang tak nak. Kadang, ada sesetengah budak... tak suka dijaga oleh orang lain."
"Balik nanti Tiara makan, ayah..."
"Baguslah kalau macam tu. Sudahlah Tiara. Ayah dah tak nak tengok kau menangis dan bersedih lagi terlalu lama. Buruk padahnya di masa depan. Bersabar lah, nak. Sesungguhnya, Allah itu sentiasa ada bersama dengan orang-orang yang bersabar.."
Nasihat Azman. Tiara menangis lagi. Esakkannya tidak boleh ditahan lagi ketika itu.
"Ni semua salah Tiara ayah. Kalau bukan sebab Tiara, Mesti..."
"Berapa kali ayah nak cakap jangan salahkan diri kau lagi? Kau tak faham bahasa ke?" Azman memintas percakapan Tiara.
"Semua ni bukan salah kau, nak. Korang berdua dah berusaha bersama-sama untuk selamatkan diri masing-masing pada malam tu. Bersyukurlah Tiara. Aariz jatuh bukan sebab dia sengaja, tapi sebab dia tergelincir sebenarnya. Dia bukannya bunuh diri. Bukan dia saja-saja nak terjun dalam air laut tu. Benda nak jadi Tiara. Kadang kita dah usaha sampai separuh nyawa dah pun... tapi kalau Allah kata jadi, maka jadilah ia."
Sepanjang berada di dalam penjara, Azman selalu hadir ke ceramah motivasi dan agama yang disampaikan oleh penceramah luar yang datang berkunjung.
Setiap ilmu yang diberikan kepada banduan-banduan di dalam penjara itu, amat Azman titik beratkan. Dia tahu, dahulunya... dia jahil tentang agamanya sendiri. Dia tidak solat, tidak berpuasa dan hanya tahu melakukan dosa sahaja sepanjang dia hidup di dunia luar sebelum ini.
Hidup di dalam penjara sungguh terseksa. Dia mula rindukan dunia luar. Penjara... memang merupakan penjara dunia buat sesiapa sahaja yang masuk ke dalamnya. Sepanjang Azman berada di dalam penjara, ada juga banduan yang hampir gila dan menjerit setiap malam minta dilepaskan. Tak ketinggalan juga yang bercakap seorang diri.
Namun, semuanya sia-sia sahaja. Salah mereka juga. Tidak berfikir panjang sebelum mahu melakukan apa-apa jenayah yang berat di dalam negara yang menpunyai undang-undang negara yang ketat dan tegas.
Hidup mereka di dalam, serba ketakutan. Kerinduan pada anak, bini dan keluarga mulai menerjah naluri hati. Disaat-saat yang begini, barulah mereka terasa seperti mahu memulakan segala-galanya semula. Hidup sementara di dunia pinjaman ini, akan mereka manfaatkan sepenuhnya demi mencari sesuatu yang baik dan juga bekalan untuk akhirat kelak.
Tetapi, nasi susah menjadi bubur. Sudah terlambat mahu mengubah apa yang jelas berlaku. Mereka di dalam penjara ini, hanya menunggu masa dan menghitung hari untuk menerima hukuman masing-masing.
"Tiara... sudahlah. Jangan menangis lagi. Lap air mata kau tu. Ayah tak nak tengok kah sedih-sedih lagi macam ni. Lap air mata tu."
Tiara mengikut. Air matanya dilap sehingga kering. Tetapi, esakkannya yang bersisa masih lagi ada.
"Kau ada nak pergi mana-mana ke kejap lagi?"
"Takde ayah. Nak balik rumah terus. Nak rehat. Petang nanti Tiara nak pergi melawat kubur arwah pulak.."
"Hmm.. yelah. Kalau dah itu adalah cara untuk kau melepaskan rindu yang terpendam selama ni... buatlah. Asalkan, kerinduan tu tak buat kau bertambah sengsara mahupun merasa terbeban lagi.."
"Baik, ayah..."
YASSIN ditutup oleh Tiara. Tangan ditadah bagi membaca doa. Seketika, bacaan surah Al-Fatihah kedengaran terbit keluar daripada bibirnya.
Bersungguh-sungguh Tiara membaca doa sehingga menitis-nitis air matanya tidak henti. Doanya, adalah semoga orang-orang yang tersayang, ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman dan sentiasa berada disisi Allah swt.
Tiara mengaminkan doanya itu. Air mata diseka. Batu nisan putih itu dipegang dan diusap lembut.
"Terima kasih sebab pernah menyanyangi Tiara dengan sepenuh hati walaupun tidak lama. Tiara amat-amat menghargainya. Kasih sayang sebegini, tiada gantinya lagi. Kasih sayang ini terlalu mahal untuk dijual beli.."
Tiara tersenyum. Dia berdiri dan memakai sandalnya semula. Tikar mengkuang kecil itu digulung dengan kemas.
"InshaAllah, satu hari nanti... Tiara akan bersama dengan orang-orang yang Tiara sayang.."
Tiara melangkah untuk keluar daripada kawasan Perkuburan Islam itu. Namun, dia menoleh ke belakang semula dan tersenyum manis.
"Nanti Tiara datang lagi, ya? Tiara bawak anak-anak sekali. Tiara balik dulu. Assalamualaikum..."
.

ANDA SEDANG MEMBACA
Precious Wife
Romance"Lain kali jalan tu pakai lah mata.Bukannya pakai kepala lutut kau.Ke kau ni buta hah?". -AARIZ RAYDEN- "Ta..tak, saya tak buta encik.Saya minta maaf sangat-sangat.Saya mengaku saya yang bersalah sebab jalan tak pandang depan tadi.Maafkan saya..". ...