2 TAHUN KEMUDIAN
Kecoh suasana di banglo resort pada petang itu dengan kekecohan suara-suara lantang orang berbual, sehinggalah kemeriahan gelak tawa mereka yang berada disitu.
Tiara meletakkan semangkuk aiskrim vanila dan coklat di dalam mangkuk kaca kecil dihadapan Laura iaitu anak kedua dia dan Aariz yang baru sahaja berusia setahun setengah. Atau mungkin juga... anak yang berada ditangga keempat selepas triplets.
"Yeayy!!" Laura bersorak gembira sebelum aiskrim kegemarannya itu disuapkan ke dalam mulut dengan banyak. Tiara tersenyum bahagia.
Tiara bergerak duduk di atas sebuah buaian kayu yang pernah dibuat sendiri oleh Laura suatu masa dahulu. Kecantikkan ukiran serta kekemasan yang dilakukan pada buaian itu kelihatan cukup sempurna sekali.
Laura. Satu nama yang sudah lama duduk bertakhta di dalam fikiran Tiara sejak dulu lagi. Nama itu, tidak pernah pudar walaupun sedikit.
Tiara senyum sendiri. Dia melihat seorang demi seorang wajah anak-anaknya yang semakin meningkat usia dewasa.
Adam Rayqarl, Aeddy Rayqarl, Airis Tiana dan Airis Laura. Keempat-empat nama cahaya mata dan harta dunia akhiratnya itu semuanya diberikan sempena nama-nama orang yang hebat dan tersayang yang pernah Tiara miliki di dalam hidupnya.
Nama Adam diberikan sempena nama abang sulung Tiara yang sudah meninggal dunia pada usianya 12 tahun kerana demam panas yang teruk selepas menamatkan peperiksaan UPSRnya dan berjaya memperoleh 5A di dalam semua subjek yang diambil.
Aeddy, ialah sempena nama abang kedua Tiara yang telah dibunuh oleh Azman berbelas tahun lalu bersama dengan ibu mereka.
Tiana pula, nama ibu Tiara sendiri. Seorang ibu yang sangat penyanyang dan penuh tanggungjawab tetapi malangnya, dibunuh oleh suami sendiri hanya kerana duit dan dadah. Tiana merupakan seorang wanita yang hebat. Walau dipukul dan diherdik, dia masih mampu bertahan demi anak-anak yang masih kecil dan perlu dijaga serta disara sehingga dewasa. Akan tetapi, usianya tidak panjang untuk terus menemani sang anak perempuan kecil yang tinggal sendirian tanpa dibela kehidupannya. Tiara.
Dan terakhir, Airis Laura. Nama Laura diberikan sempena nama identiti Tiara sendiri iaitu, Laura. Walau Laura itu tidak wujud, tetapi bagi Tiara, Laura itu masih kekal wujud dan hidup di dalam dirinya. Mungkin orang tidak tahu akan hal itu. Tapi, tidak mengapalah. Biarlah hanya dia seorang saja yang tahu akan semua itu.
Nama Rayqarl diberikan oleh Laura sendiri. Dek kerana terlalu teruja akan bayi pertama Tiara, Laura juga tidak mahu melepaskan peluang untuk memberikan nama buat triplets. Dan bagi nama Airis pula, diberi dan dicadangkan oleh Aariz sendiri.
Mata Tiara beralih ke sekeliling kawasan banglo resort itu. Nyaman dan tenang sekali. Tidak tahu pula Tiara bahawa Laura yang menghias banglo resort itu setelah dibelinya. Bonda Khaleeda jugalah yang memecahkan rahsianya.
Laura seorang yang multitasking. Semua benda dia bijak dan berkemahiran. Dia pandai melukis dan membuka galeri seninya sendiri. Dalam tempoh 12 tahun, dia sudah ada 10 galeri yang dibuka di beberapa buah negeri di seluruh Malaysia. Terdapat beberapa harga lukisannya itu juga pernah dijual beli pada harga jutaan ringgit oleh seorang ahli perniagaan dari beberapa buah negara seperti Rusia, Jerman, Itali, Arab Saudi dan USA.
Rahsia itu juga telah dibongkarkan pula oleh Zayn dan Khir sendiri kerana mereka yang sering berurus niaga dengan pelanggan luar negara.
Tidak cukup dengan itu, Laura juga memiliki perniagaan import dan export barangan perabot yang berkualiti tinggi dari luar negara dan dibawa masuk ke dalam Malaysia dan dijual dengan harga yang mampu milik oleh pembelinya.
![](https://img.wattpad.com/cover/213394027-288-k186698.jpg)
YOU ARE READING
Precious Wife
Romansa"Lain kali jalan tu pakai lah mata.Bukannya pakai kepala lutut kau.Ke kau ni buta hah?". -AARIZ RAYDEN- "Ta..tak, saya tak buta encik.Saya minta maaf sangat-sangat.Saya mengaku saya yang bersalah sebab jalan tak pandang depan tadi.Maafkan saya..". ...