AARIZ merenung tajam wajah Darius sambil berpeluk tubuh. Sejak dia diselamatkan oleh Aariz beberapa saat yang tadi sebelum Darius terjun, tidak henti-henti air matanya merembes keluar.
"Kenapa kau selamatkan aku? Kau tak patut buat semua tu. Kenapa tak biarkan je aku mati tadi?" Soal Darius dengan wajah yang menunduk.
"Aku bukan manusia yang bodoh sampai nak biarkan orang mati dengan cara yang macam ni. Kejam! Cara kau ni kejam kau tau tak?!" Marah Aariz.
Mungkin bagi sesetengah orang akan membiarkan sahaja mereka yang berkelakuan diluar kewarasan akal sebegini. Tapi bukan pada Aariz. Siapa pun orang itu, tapi jika dah melibatkan kesihatan mahupun nyawa, pasti dia akan cuba sedaya upaya untuk menolong.
"Kenapa kau buat semua ni? Kalau ada masalah sekalipun bukan macam ni cara nak selesaikannya" Suara Aariz kembali mengendur.
"Ni je cara yang aku ada.."
Aariz menggeleng tidak percaya. Nasib baiklah dia terserempak dengan Darius yang mana hampir-hampir saja dilanggar olehnya itu tadi. Melihat Darius yang berjalan ke arah bangunan lama itu, Aariz turut mengekorinya daripada belakang.
Mulanya dia buat tidak endah saja. Tapi akhirnya bila dah agak kama berfikir, dia ikut juga ke mana Darius pergi. Dan sungguh dia tidak sangka ini pula yang terjadi. Nasib baiklah dia ikut tadi. Kalau tak memang dah lama arwah di Darius ni.
"Jom!"
Tangan Darius ditarik oleh Aariz. Dia tidak mahu duduk di bangunan kosong itu lama-lama. Silap pandang sikit pastu Darius akan terjun.
Darius hanya diam sahaja. Dia pun tidak tahu kemana Aariz mahu membawanya. Dia juga sudah malas mahu melawan. Rasa tak berdaya pula.
"Masuk" Kata Aariz seraya membuka pintu keretanya di bahagian penumpang kepada Darius.
"Nak pergi mana pula ni? Aku ada bawa kereta sendiri lah.."
"Masuk jelah. Jangan banyak cakap boleh tak?" Kata Aariz. Kepala Darius ditekan ke bawah lalu badan Darius dipaksa untuk masuk ke dalam perut kereta.
■■
"NAH"
Aariz menghulurkan satu airkrim Cornetto coklat kepada Darius. Darius hanya mengambil tanpa bersuara. Dibuka pembalut aiskrim itu lalu disuapkan ke dalam mulutnya.
Mata Darius melihat ke sekeliling. Macam taman yang dia pergi malam tu. Tempat duduk pun sama.
"So, kau nak share apa-apa tak dengan aku?" Tanya Aariz.
Dia bukannya profesional bab-bab macam ni. Dan dia juga tidak suka masuk campur hal orang. Tapi, tak salah rasanya dia cuba untuk bersimpati sikit dan mengambil berat terhadap orang lain.
"Kau siapa nak tau?"
"Aku Aariz. Tak adalah.. Aku cuma care je pasal kau. Tak salah kan?"
"Salah lah. Kau hanya orang luar je" Balas Darius riak.
Aariz ketawa kecil. Bukan main sombong lagi perempuan ni.
Leka Aariz meneliti wajah sembab Darius yang sedang makan airkrim coklatnya itu. Aku tak salah orang kan? Memang betul lah perempuan ni yang langgar aku masa dekat kedai haritu.
"Nama kau apa?" Soal Aariz.
Nak tau juga. Alang-alang dia dah perkenalkan nama dia pada Darius tadi. Ingat senang ke dia nak buat macam tu?

ANDA SEDANG MEMBACA
Precious Wife
Roman d'amour"Lain kali jalan tu pakai lah mata.Bukannya pakai kepala lutut kau.Ke kau ni buta hah?". -AARIZ RAYDEN- "Ta..tak, saya tak buta encik.Saya minta maaf sangat-sangat.Saya mengaku saya yang bersalah sebab jalan tak pandang depan tadi.Maafkan saya..". ...