BAB 19

5.6K 302 2
                                    

HARI ini sudah masuk hari kedua Baby menguasai tubuh Tiara. Pening Sofea dan Lea dibuatnya. Macam jaga anak kecil. Padahal Baby tu sudah remaja. Boleh berdimari sendiri. Tapi, dia lebih memilih untuk jadi manusia yang tiada otak bak kata Lea.

Sofea keluar daripada ruangan dapur. Sampai saja diruang tamu, belakang telinga kirinya digaru lantas dia terus bercekak pinggang.

Matanya memerhati ke sekeliling bahagian ruang tamu itu dengan perasaan marah yang masih lagi tertahan. Baby yang sedang baring melunjur di atas sofa ketika itu tidak perasan langsung akan kehadiran Sofea disitu.

"Baby!"

Baby yang sedang menyuap masuk keropok Twisties ke dalam mulutnya itu memusingkan kepalanya ke belakang sedikit untuk melihat Sofea. Kemudian, dia kembali menjamah makanan ringannya sambil melayan K-Drama di televisyen.

"Boleh tak tolong jangan nak buat sepah? Akak penat lah nak kemas balik. Jangan lah jadi pemalas sangat. Dah makan tu kemas lah balik. Baby ingat ni rumah setinggan ke apa? Awak tu bukannya budak kecik yang makan pun nak kena orang yang suapkan lagi. Dah 15 tahun dah. Dah boleh fikir sendiri kan? Takkan tak reti-reti lagi nak jaga kebersihan macam mana?!" Bebel Sofea geram.

"Bla.. Bla.. Bla. Membebel je kerja" ejek Baby.

Sofea merengus geram. Tak makan saman betul!

"Jangan nak kurang ajar sangat boleh tak? Kemas cepat!!" Marah Sofea.

"Ergh! Yelah, yelah.." Baby mengalah. Dia bangun daripada berbaring. Sofea dijelingnya.

Baby memulakan aktiviti mengemasnya. Sofea tekun memerhati. Pandai pun kemas. Tapi, pemalas!

"Dah siap. Puas hati? Werkk!"

Baby berjalan melepasi Sofea dengan wajah yang cemberut. Sengaja bahu Sofea dilanggarnya kuat. Sofea menahan marah. Kalau ikutkan hati, mahu saja dicekik-cekiknya si Baby itu.

Tapi kalau nak difikirkan balik, yang akan menangungnya tu nanti, Tiara. Hmm..

"Babe. Asal ni? Daripada tadi aku dok dengar kau terjerit-jerit. Dah kenapa?" Soal Lea yang baru sahaja masuk ke dalam rumah setelah selesai berbual dengan ibunya melalui panggilan telefon.

Sofea mengeluh. Dia menghenyakkan punggungnya di atas sofa dan berpeluk tubuh. Lea turut serta. Matanya meliar memandang kawasan dalam rumah itu.

"Budak tu mana?" Tanya Lea yang semestinya bertanya tentang Baby.

"Dah masuk bilik. Merajuk lah kot"

"Asal?"

"Aku marah dia tadi. Sebab dia buat sepah"

"Ohh.. Ingatkan apa lah tadi"

Lea pandang Sofea yang nampak sedikit tertekan. Dahinya berkerut seribu seperti memikirkan sesuatu.

"Jom keluar makan. Lapar lah.." kata Lea dengan mimik wajah kasihannya. Perut ditepuk berkali-kali memberi tanda bahawa dia sedang lapar.

"Lauk tengah hari tadi ada lagi. Aku dah panaskan dah. Pergi lah makan. Nak buat apa makan luar?"

"Alaa.. sekali-sekala nak tukar angin jugak. Jom lah.." pujuk Lea.

"Kau pergi lah sorang. Baby ada dekat dalam bilik tu. Buatnya dia buat entah apa-apa kerja dekat dalam rumah ni kita mana tau kan? Perangai dia tu tak boleh nak jangka sikit. Tak pun tiba-tiba dia jadi orang lain pulak macam mana? Ha? Hang ada akai?" Ujar Sofea.

Lea ketawa.

"Kejap aku pergi tengok Baby dekat dalam bilik. Aku try pujuk dia" Lea sudah berdiri dan bergerak ke bilik Tiara.

Precious WifeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang