"AKAK. Rania nak pergi toilet sekejap eh? Dekat sana tu je."
Rania berdiri dan mengambil beg tangannya disisi lalu disangkutkan pada bahunya. Tiara mengangguk dan tersenyum tipis.
"Rania tu macam muka Aariz, kan? Lawa betul dia tu." Lea mengacau kopi ais di dalam cawannya dengan straw.
"Nama pun adik-beradik. Mestilah sama mukanya. Kadang tu kita tak perasan dan selalu rasa muka kita ni lain daripada adik-beradik yang lain. Tapi hakikatnya bila jumpa dengan orang luar, orang akan cakap muka sama jugak. Jarang nak dengar orang cakap muka adik-beradik ni berbeza. Melainkan jarang jumpa je." Hujah Tiara.
"Hm, betul tu betul! Aku setuju. Macam kau lah. Perasan lawa je konon kau lah yang paling cantik dalam adik-beradik kau tu. Padahal tak cantik langsung! Tak malu." Sofea menyakat.
Tersedak air kopi yang diminum oleh Lea. Tiara dan Sofea ketawa serentak. Tiara menghulurkan tisu kepada Lea untuk mengelap mulutnya yang terkena sisa air kopinya.
"Kau kan Fea... kalau aku sumbat mulut kau dengan cawan aku ni sia-sia je hidup dekat dunia ni."
Lea menjeling.
"Tapi, memang aku yang paling lawa pun sebab aku satu-satunya anak perempuan dalam adik-beradik aku. Yang atas aku pulak ada dua orang abang. So? Eleh!!"
Lea membaling tisu yang digumpalnya itu tadi je muka Sofea. Sekali lagi mereka ketawa. Lea buat muka kelat. Lea itu, lawa dan manis sahaja orangnya. Cuma, sudah menjadi kebiasaan Sofea untuk tidak henti-henti mengusik mawan baiknya itu.
Ada saja dia mencari modal untuk mengenakan si Lea tu. Tak perlu salahkan Sofea saja. Tiara dan Lea juga sama saja perangainya.
"Tiara! Nanti kau tolong pinangkan Razin untuk aku eh? Boleh lah kota semua berbesan. Hehe.." Lea menyengih gatal.
Tiara dan Sofea berpandangan.
"Kau pedo eh?" Sofea angkat kening. Chot! Mulut!
"Lea, Razin tu baru nak masuk 19 tahun. Kau tu pulak 24 tahun. Nanti tak jadi laki bini. Tapi kakak dengan adik." Sambung Sofea lagi.
Hujung tudung Sofea ditarik kuat oleh Lea. Habis teralih kedudukannya. Sudahnya, dua-dua main balas tarik tudung. Tiara jugalah yang meredakan perbalahan Sofea dan Lea itu.
"RANIA tak ada dalam bilik air babe. Bilik air pun kosong je masa aku pergi tadi." Sofea menggigit kuku ibu jarinya.
Tiara hanya fokus pada telefon bimbitnya. Nada deringnya ada. Tapi tidak berangkat pula oleh Rania.
"Korang! Aku dah tanya semua pekerja dalam restoran ni. Diorang cakap, diorang nampak Rania masuk dalam toilet tadi, tapi tak nampak pulak yang si Rania tu keluar. Tapi, one of pelayan tu kata, ada sorang lelaki ni masuk dekat bahagian toilet tu. Tapi tulah. Takkan kita nak buruk sangka macam tu je?"
Lea bercekak pinggang. Matanya silih berganti memandang Tiara dan Sofea.
"Masalahnya sekarang ni... kita jangan nak fikir positif je. Kita tak tau. Mungkin lelaki tu dah culik Rania ke apa. Hah? Macam mana?" Ujar Sofea pula.
"Aduhh... serabut aku jadinya."
Lea menggaru kepala yang terasa gatal.
Mereka bertiga serentak pandang ke arah telefon yang berada di genggaman Tiara.
"Rania.." Ujar Tiara.
"LEPASKAN dia! Dia tak ada kena mengena langsung dalam hal ni! Dia tak tau apa-apa pun. Lepaskan dia, Zaqwan!!"
Tiara menengking di hujung talian. Seatbelt yang sudah dipakai tadi, dibuka semula.
"Tak ada kena mengena? Heh, kau silap Tiara. Sudah semestinya ada. Dia adik Aariz dan jugak adik ipar kepada kau. Satu advantage jugak aku dapat budak ni. Banyak benefits dia pada aku.."
Zaqwan ketawa besar. Tiara mengenggam penumbuknya.
"Satu peringatan mesra untuk kau, Tiara. Buat report polis, budak ni mati. Report pada Aariz, pun budak ni akan mati. Hanya satu jalan saja. Aku nak kau datang ke tempat aku sekarang ni. Seorang... diri. Kalau ada orang lain, kau tau lah apa yang aku akan buat dengan budak mentah tapi masih bergetah ni."
Zaqwan ketawa lagi. Dia pandang tubuh Rania yang sedang diikat pada kerusi itu dengan renungan penuh nafsu. Rania mengalihkan pandangan.
"Jadi... fikir baik-baik. Jangan cuba-cuba kau berani nak buat benda yang aku dah cakapkan tadi. Faham? Goodbye, sweetie.."
Panggilan dimatikan. Tiara terkedu. Telefon dijatuhkan dari telinganya. Stereng kereta dihentak dengan kuat.
Terkejut Sofea dan Lea ketika itu. Terus tak berani mereka mahu menegurnya. Seram.
Tiara meletakkan kepalanya di stereng kereta. Matanya dipejamkan rapat. Tolonglah aku. Zaqwan ni memang betul lelaki sial lah!
RANIA menangis teresak apabila dia sudah ditampar sebanyak tiga kali oleh Zaqwan. Kaki yang tadi terlepas tanpa diikat itu kini telah diikat pada kaki kerusi.
Kain yang menutupi mulut Rania dibuka oleh Zaqwan. Rambut Rania ditarik kuat ke atas sehingga terdongak gadis itu dibuatnya.
"Sedap makan penampar aku? Hm? Nak lagi ke? Kalau nak rasa lagi tendanglah aku sampai kau puas."
Mata Zaqwan melirik me bawah. Dia senyum sinis.
"Oh lupa. Kaki dah kena ikat. Nak tendang macam mana kan? Kesian.." Zaqwan mengejek.
"Lepaskan aku..." ujar Rania.
"Apa dia sayang? Abang tak dengar lah. Cakap lagi sekali. Kuat sikit.." sengaja Zaqwan menguji Rania.
"Lepas.. kan.. aku..!" Rania bersuara geram.
"Lepas? Heh, dalam mimpi kau jelah budak. Selagi kakak ipar kesayangan kau tu tak datang sini, selagi tulah kau akan duduk dekat dalam tempat ni tau!"
Kata Zaqwan sambil memandang ke dalam kawasan kilang lama itu.
Puih! Rania meludah ke muka Zaqwan. Terpejam mata Zaqwan ketika itu. Bajunya diangkat sedikit untuk mengelap sisa air liur Rania di mukanya.
"Kau..."
"Aku tak takut dengan kau lah setan! Lepaskan aku!!"
Pang! Pang! Rania ditampar lagi. Dan kali ini, dia terus tidak sedarkan dirinya lagi. Tamparan Zaqwan kali ini adalah yang paling kuat dan sakit Rania rasakan daripada yang tadi.
Zaqwan senyum mengejek.
"Rasakan. Nak sangatkan tunjuk berani dengan aku. Bodoh punya budak! Sama bodoh dengan abang kau tu."
Dahi Rania ditunjal kuat oleh Zaqwan. Kotak rokok dikeluarkan daripada poket seluar lantas satu batang rokok dinyalakan.
Zaqwan keluar daripada dalam kilang itu untuk mengambil angin diluar. Dua lelaki badan besar menjaga pintu masuk kilang itu dengan arahan Zaqwan.
TIARA menghentak-hentak kepalanya di stereng kereta dengan kuat. Puas Sofea dan Lea menarik tetapi, Tiara terus terusan melakukannya.
"Tiara, sudahlah tu! Kau gila ke apa, hah?! Kau nak bagi kepala kau tu pecah dulu ke baru nak berhenti?!"Marah Sofea.
"Kepala aku sakit..."
"Ye... tau kau sakit. Tapi cara macam ni bukan solution dia, Tiara.." Lea pula bersuara.
Akhirnya Tiara berhenti dan diam. Sofea dan Lea berpandngan.
"Oit! Tiara kau okey tak?" Sofea mencuit bahu Tiara.
Tiara angkat kepala dengan laju. Dia pandang Sofea dan Lea dengan senyuman senget di bibir.
"Siapa...?"
Sofea dan Lea berkata serentak. Tiara ketawa sinis. Sofea dan Lea sudah mula telan air liur. Jangan dia buat gila sudahlah. Getus hati Sofea.
.
.

ANDA SEDANG MEMBACA
Precious Wife
Romance"Lain kali jalan tu pakai lah mata.Bukannya pakai kepala lutut kau.Ke kau ni buta hah?". -AARIZ RAYDEN- "Ta..tak, saya tak buta encik.Saya minta maaf sangat-sangat.Saya mengaku saya yang bersalah sebab jalan tak pandang depan tadi.Maafkan saya..". ...